Rusdi Abd. Rahman: Rumah Munsyi Abdullah Jadi Galeri & Pusat Dokumentasi
RUMAH MUNSYI ABDULLAH PUSAT DOKUMENTASI
Oleh Rusdi Abd. Rahman
Ada cadangan di majlis perbincangan mengenai pemikiran Abdullah Munsyi yang berlangsung di Melaka akhir April lalu. Perbincangan mahukan supaya kediaman Abdullah Munsyi di Kampung Pali di Melaka dijadikan galeri dan pusat dokumentasi dan diwartakan sebagai warisan negara.
Galeri itu nanti akan menyimpan semua karya yang pernah dihasilkan Munsyi Abdullah sepanjang hayatnya berdasarkan sumbangan pemikirannya.
Cadangan lain yang dirumuskan dalam perbincangan sehari itu ialah memikirkan anugerah sewajarnya berdasarkan sumbangnya yang besar dari segi pemikirannya melalui karya-karya yang dihasilkan. Satu lagi cadangan yang patut difikirkan ialah menerbitkan semula semua karya Munsyi Abdullah sebagai karya agung dan dijadikan sebagai teks bagi pelajar di semua peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Antara karya yang dihasilkan (asli mahupun terjemahan) ialah Kitab Adat Segala Raja-Raja Melayu dan Segala Negeri (1837), Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, Syair Singapura Terbakar, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Terengganu, Hikayat Galilah dan Daminah (terjemahan) dan Kisah Pelayaran Ke Jedah.
Sebelum cadangan ini dikemukakan, lima orang sarjana memberikan pandangan mereka tentang pemikiran Abdullah Munsyi ini. Prof. Dr. Abdullah Hassan dari UPSI menganalisis kandungan Hikayat Abdullah. Prof. Dr. Abdullah Zakaria dari Universiti Malaya meninjau sosial dan politik Pahang melalui kaca mata Munsyi Abdullah. Thilagavathi Gunalan dari USMmenilai tokoh serba boleh tokoh besar ini. Prof. Madya Dr. Noriah Mohamad dari UKM menilai sumbangan tokoh ini dari dari sudut budaya ilmu. Sementara dua sarjana dari Jabatan Kesusateraan UM Dr. Zahir Ahmad dan Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi menafsir Abdullah sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden.
Abdullah Hassan melihat Munsyi Abdullah betapa penting “kita belajar bahasa sendiri dan bahasa asing seperto orang Yunani dahulu. Munsyi Abdullah selalu yakin bahawa bahasa Melayu mempunyainya nahu sendidi sehingga bahasa itu berkesan dan komunikatif.
Gunalan menganggap Munsyi Abdullah dinamik tanpa menyekat dirinya berbahasa Melayu. Munyi Abdullah katanya, “dapat menyesuaikan bahasa Melayu pada zamannya.” Abdullah melihat nahu bahasa Melayu yang ditulis orang Barat telah diubahsuai dan seperti dipaksa untuk diterima pengguna bahasa Melayu.
Lebih jauh, Noriah melihat Abdullah amat sedar tentang perkembangan bahasa Melayu, malah amat prihatin bahawa bahasa itu telah digunakan di pelbagai peringkat di Melaka. Ertinya sudah wujud apa yang dinamakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pengucapan budaya tinggi. Hanya ketika itu Noriah berpendapat bahawa pembelajaran kepada tatabahasa secara khusus tidak ditemui di mana-mana.
Amat menarik apabila Munsyi Abdullah ditafsir sebagai bapa kesusasteraan moden. Menurut Zahir dan Taufik, Munsyi Abdullah tidak lagi menulis atas dasar khayalan tetapi berpijak di bumi nyata. Kata mereka, “Abdullah telah menghasilkan tulisan yang menyimpang daripada tradisi sebelumnya. Tidak lagi menulis cerita dongeng dan khayal.”
Abdullah juga merupakan orang pertama yang mencetak karya untuk disebarkan kepada orang lain, berbanding penyebaran sebelum ini yang hanya menggunakan bentuk bertulis sahaja. Lebih penting Munsyi Abdullah membuat pembaharuan dengan mencipta perkataan dan ungkapan baru dalam bahasa Melayu “untuk membincangkan hal atau benda baru yang timbul akibat pertembungan dua kebudayaan Timur dan Barat.
Negeri Melaka melalui Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) menjadi tuan rumah kali kedua untuk membincangkan pemikiran tokoh budayawan. Tahun dahulu Melaka mengadakan perbincangan pemikiran Tan Sri Aziz Tapa dan Dato’ Wira Borhan Mohd Yaman, dua tokoh yang tidak asing lagi di negeri Hang Tuah itu. 10 Mei 2006.
hajar
January 28, 2012
Hi, adore your site..please do research out my internet site at conditions and escape from your comment. thanks