Aris Hj. Mohd. Tahir Penulis Bandar Maharani
Aris Hj. Mohd. Tahir
Aris bin Hj. Mohd. Tahir, guru pesara dan aktif dalam persatuan penulis. Sewaktu berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara X dan Pertemuan Sasterawan Malaysia 1 (PSN X/PSM 1) di Johor Bahru April 1999 beliau begitu aktif melayan para tamu, terutama dalam acara mendaftarkan peserta dari negara-negara senusantara. Aris merupakan salah seorang ahli jawatankuasa pendaftaran peserta yang dipimpin Shapiai Mohd Ramly.
Dalam Seminar Warisan Johor 1-4 Ogos 1996 lalu ada sebuah kertaskerja yang menghuraikan perjuangan dan kesinambungan organisasi penulis Johor, sejak 108 tahun yang lalu. Ketika kertas kerja itu “membincangkan” penubuhan Perkumpulan Penulis dan Peminat-Peminat Bahasa Muar (PPPBM) nama Aris Tahir terkeluar daripada senarai pengasas perkumpulan itu. Pengasas-pengasas yang disebut ialah Mohd Salleh Kasmin (Maskam), Mahadi Abdul dan Abdul Manaf Semo. Padahal Aris turut mengasaskan persatuan itu. Badan penulis di Muar ini ditubuhkan kerana kebanyakan penulis di daerah itu tidak setuju dengan hasrat Persatuan Penulis Johor (PPJ) untuk menyatukan semua penulis Johor ke dalam persatuan yang tunggal. PPPBM ditubuhkan sebaik sahaja PPJ didaftarkan pada pada 10 Mei 1967. Salah satu matlamat pembentukan ialah mencari jalan memupuk dan membimbing bakat-bakat penulis dan peminat-peminat bahasa di daerah Muar.
Aris mula menulis untuk Utusan Kanak-Kanak pada tahun 1953. Tulisan pertama tersiar dalam akhbar itu ialah “Budi Bahasa”. Ketika itu usianya beliau berusia 16 tahun. Ketika itu akhbar Utusan Kanak-Kanak merupakan salah satu penampungan penulisan kreatif yang cukup.
Aris sebagai penulis Johor jarang diperkatakan baik di kalangan sesama penulis di Johor mahupun di kalangan penulis di luar Johor. Sehingga dengan demikian kurang sangat maklumat tentang dirinya, juga tentang penglibatannya dalam kegiatan penulis dan persatuan. Penulis generasi muda, kecuali yang di Johor, tidak ramai yang tahu tentang kewujudannya sebagai penulis.
Misalnya, Aris, yang lahir di Kampung Tengah, Sungai Terap, Muar dan berusia 66 tahun pada tahun 2004 tidak disebut oleh seorang pengkritik sastera, Rahman Shaari. Dalam kertas kerjanya “Puisi Moden Johor” di Seminar Warisan Persuratan Johor pertama, Rahman membariskan beberapa nama penulis Johor yang telah memberikan sumbangan besar dalam persajakan tanah air. Antara penulis-penulis yang disebutnya ialah Anis Sabirin, Alis Murni, Jaafar HS, Zam Ismail, Gunawan Mahmood, Shapiai Ramly, Inzura Kosnin dan beberapa lagi. Nama Aris tidak disebut dalam barisan itu.
Begitu juga halnya dengan Anis (Amida @ Hamidah Abdul Hamid), melalui kertas kerjanya “Cerpen dan Cerpenis Johor, Riak Citra Darul Takzim” hanya menyenaraikan sebilangan nama penulis Johor ” yang pernah dan/atau sedang turut mewarnai prasarana dunia pencerpenan Johor. Antara nama-nama yang disebut Anis ialah Tongkat Warant (Dato’ Dr Usman Awang), Nora (Ali Hj Ahmad), Anis Sabirin, Rokiah Abu Bakar, Adibah Amin, A. Shukor Haron, Zaharah Nawawi, Salmah Mohsein, Khadijah Hashim, Zawiyah Mohd Noh, Anis (Amida @ Hamidah Abdul Hamid), Sarah Rahim, Habsah Hassan, Rogayah A. Hamid, Siti Aishah Murad, Halilah Hj. Khalid, Gunawan Mahmood, Hasidah Disan, Saadiah Hj Ibrahim, Siti Muhawa Rahmat, Azmi Taib dan Amiruddin Ali dalam bidang cerpen. Nama Aris Tahir tertinggal juga.
Namun nama Aris sebagai penulis telah benyak menyumbang kepada khazanah kesusasteraan tanah air, terutama puisi. Telah terbit empat buah buku antologi puisi, iaitu Suara Selatan Semenanjung (1960), Bicara Hari Ini (1985), Jejak-Jejak (1995) dan Catatan Sepanjang Sungai Muar (1995). Aantologi puisi Salam Keakraban diterbitkan oleh Kementerian Perpaduan Negara pada tahun yang sama (1995). Aris menggunakan banyak nama samaran dalam karya-karyanya, antaranya Said Tahir, Said Johor dan Sitarama. Kebanyakan karya puisi Aris mengambil sumber tempatan, berlegar di sekitar tempat Aris bermukim.
Aris pernah bertugas sebagai pemberita sambilan atau stringer untuk akhbar harian, lima tahun dengan akhbar Berita Harian (1979 – 1984); akhbar Watan juga selama lima tahun (1985-1990. Bagaimanapun, sumbangan besarnya kepada negeri Johor ialah ialah usaha penyelidikan dan penulisan dalam bidang sejarah tempatan dan pendidikan. Aris terlibat dalam penyelidikan ini di bawah projek “Pewaris” tajaan Yayasan Warisan Johor. Dalam pada itu di Muar sendiri Aris menyelenggarakan penerbitan risalah An-Nuur. Risalah ini diterbitkan oleh Lujnah Ta’mir, Muar. Pengalamannya dalam bidang penerbitan ini berpunca daripada kegiatannya sebagai salah seorang anggota sidang pengarang majalah Kebudayaan yang diterbitkan oleh Persatuan Guru-Guru (1956-1965).
Aris masih aktif menulis, terutama dalam genre puisi, namun kesibukan dengan kegiatan semasa dalam persatuan dan kerjasamanya dengan Yayasan Warisan Johor menyebabkan karyanya jarang ditemui di dada-dada akhbar atau majalah. Aris kini menjadi pengerusi PPJ, Daerah Muar di samping menjadi salah seorang ahli Jawatankuasa PPJ sendiri. Kurang jelas sejak bila dia merujuk semula ke PPJ setelah beliau dan kawan-kawan mengasaskan PPPBM di Muar beberapa dekad yang lalu. Dalam PPJ, Aris juga pernah dilantik sebagai pengerusi Biro Penerbitan dengan tanggungjawab menerbitkan Dupa.
Lemuel Hetchman
March 16, 2012
WOW very usefull, especially for me THX
konto firmowe
March 25, 2012
Thanks! Really helpful
draw something apk
May 9, 2012
Aris Hj. Mohd. Tahir Penulis Bandar Maharani afyassin I was suggested this blog by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my problem. You are amazing! Thanks! your article about Aris Hj. Mohd. Tahir Penulis Bandar Maharani afyassinBest Regards Cassetta