Hassan Yaakob: Gamat Sumber Inspirasi

Gamat jadi sumber inspirasi Oleh NORAINI ABD RAZAK  mm 19 jun 2011
noraini.razak@utusan.com.my
Foto IZHAM JAAFAR & Ihsan PROF. DATUK DR. HASSAN YAAKOB

 

DUA kali hampir mati lemas, dua minggu terlantar di hospital akibat dipatuk ular, terpaksa diselamatkan bomba gara-gara tidak boleh turun dari pokok dan seminggu sesat di hutan sudah cukup untuk menggambarkan betapa ‘nakalnya’ personaliti hebat ini.

Bukan setakat itu, namakan apa saja permainan yang popular di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 60-an, kesemuanya ‘dalam tangan’ Prof. Datuk Dr. Hassan Yaacob yang lebih dikenali sebagai Hassan Gamat.

Semuanya mahu dicuba. Laga ayam, laga biji getah, menangkap ikan, masuk hutan mencari buluh untuk dibuat wau, bermain gitar dan pelbagai aktiviti lagi mewarnai zaman kecilnya. Dia juga pandai menganyam jala, tinju siam menjadi kegemaran sehingga mencapai peringkat berlimau.

Justeru tidak hairanlah jika dia menyifatkan adakalanya dirinya seperti mati hidup semula lantaran peristiwa-peristiwa yang dialami semasa zaman kanak-kanak dan di alam persekolahan.

Mengimbau kisah diselamatkan bomba, Dr. Hassan tersenyum. Keinginannya melihat sarang burung helang di atas pokok besar mencabar keterujaannya untuk memanjat pokok tersebut. Selepas hasrat tercapai, tatkala mahu turun baru terasa gayat apabila angin membuai dahan yang dipijak. Maka terpaksalah dia menunggu diselamatkan pasukan bomba.

Di sebalik pengalaman yang pelbagai Dr. Hassan tidak boleh lupa kejadian dia dan rakan-rakannya tersesat di dalam hutan. ‘Ekspedisi’ ke kawasan air terjun di Manek Urai berlangsung tanpa pengetahuan keluarga. Dari Kuala Krai, mereka menaiki van ke Manek Urai. Dari situ, kumpulan tersebut berjalan kaki selama sejam sebelum sampai ke destinasi.

Ekspedisi ke air terjun berakhir dengan tragedi sesat di dalam hutan selama seminggu menyebabkan keluarga masing-masing membuat laporan polis.

Dr. Hassan mengakui pencapaiannya semasa sekolah rendah ‘below average’. Malah, sekolah bukan keutamaannya. Dia sering ponteng. Biar dipaksa mahu pun dirotan – kalau katanya tidak mahu bersekolah, maka buatlah macam mana sekali pun jangan harap dia akan ke sekolah.

Jika pun ke sekolah, perjalanan balik sering melencong ke tempat lain. Beca yang sepatutnya membawanya pulang ke rumah kebiasaannya dibiarkan menunggu lantaran ada ‘dunia’ lain yang menunggu untuk diteroka Dr. Hassan.

”Selalu saya balik jalan kaki sejauh lima kilometer sebab banyak benda yang diteroka. Masuk hutanlah dan main macam-macam.

”Perasaan ingin tahu sangat tinggi ketika itu lebih-lebih lagi persekitaran saya memang diwarnai dengan corak kehidupan yang aktif dengan pelbagai kegiatan,” katanya ketika ditemui di House of Healin di Temasya Industrial Park, Shah Alam Rabu lalu.

Sains

Biar pun tidak cemerlang di sekolah dan sering duduk di kelas terakhir, namun bakatnya dalam bidang sains amat menyerlah. Markah bagi mata pelajaran sains sering menyamai malah adakalanya lebih baik berbanding pelajar kelas A.

Auranya sebagai saintis bermula apabila dia curi-curi membawa pulang asid hidroklorik dari makmal dan menggunakannya untuk menyuntik tikus-tikus yang ditangkap setiap Khamis malam Jumaat.

”Semasa sekolah menengah lagi saya dah biasa guna jarum untuk suntik tikus. Perasaan ingin tahu dan berani mencuba telah ada dalam diri saya sejak kecil lagi,” kata pengasas Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd itu.

Kecenderungan Dr. Hassan untuk berjaya dalam pelajaran terdetik apabila melihat abangnya melanjutkan pelajaran ke Scotland.

Memasuki tingkatan tiga, penuntut Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu itu mula terasa berdebar mengingati peperiksaan LCE yang bakal didudukinya. Ketika itu dia mula ‘kehilangan’ rakan-rakan sepermainan yang kebanyakannya menghabiskan masa mentelaah pelajaran.

Dr. Hassan turut berbuat demikian sehingga lulus peperiksaan dan satu-satunya pelajar yang terpilih memasuki aliran sains di Maktab Sultan Ismail. Selepas itu beliau terus cemerlang dalam bidang sains sehingga ke tingkatan enam walaupun terpaksa mengulangi peperiksaan MCE kerana gagal mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Kisah budak nakal itu bertukar menjadi siri penjelajahan saintis terkenal apabila beliau atas tiket biasiswa JPA dan UM melanjutkan pelajaran ke Royal College of Surgeons (terkenal sebagai universiti pemenang Nobel Prize). Di situ segala-galanya bermula.

Dr. Hassan yang merupakan satu-satunya anak Melayu di universiti tersebut bijak menyesuaikan diri dengan masyarakat di sana tanpa ada rasa kekok jauh sekali gentar untuk bersaing. Peluang bergaul dengan ‘orang putih’ mengajar Dr. Hassan tentang cara hidup serta corak pemikiran masyarakat barat.

”Tidak ada budaya mengumpat, daya saing di kalangan mereka sangat tinggi selain terbuka dan bersedia menerima orang lain yang berbeza keturunan dan warna kulit,” katanya.

Tamat pengajian dengan membawa pulang ijazah kedoktoran, Dr. Hassan meneruskan khidmat di di Jabatan Farmakologi, Universiti Malaya. Dunia penyelidikannya cuba diperluaskan namun terlalu banyak kekangan selain budaya ‘yang terpakai hanya dalam jurnal dan buku’.

Keadaan itu menyebabkan kegilaan Dr. Hassan untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan menjadi agak terbatas. Dia cenderung mengkaji tentang gamat yang bukanlah asing bagi dirinya dan orang kampung.

”Saya masih ingat ketika itu baru pulang ke tanah air pada tahun 1989. Satu malam saya terdengar nenek yang baru menjalani pembedahan di bahagian perut mengerang kesakitan. Keesokan harinya saya suruh nenek ke hospital, tapi dia enggan.

”Hari-hari kemudiannya saya tidak lagi dengar nenek mengerang. Apabila ditanya nenek memberitahu dia menggunakan air gamat, lukanya juga sembuh,” katanya yang memulakan projek perintis penyelidikan gamat pada 1989 iaitu selepas sembilan tahun berada di luar negara.

Biarpun penyelidikan tersebut gagal namun Dr. Hassan tidak berputus asa mahu mencari jawapan bagaimana air gamat yang berbau hanyir itu mampu merawat luka dan mempunyai kuasa penyembuh.

Dia yang teruja turun ke Pulau Pangkor, namun projeknya gagal apabila mentimun laut yang diperolehinya bukan gamat yang sebenar. Dr. Hassan memberitahu terdapat 29 jenis mentimun laut di Malaysia dan lebih 180 di seluruh dunia tetapi bukan semuanya gamat.

”Hanya satu spesies iaitu Stichopus horrens atau mentimun laut keemasan adalah gamat. Dan saya pergi ke Pulau Pangkor sekali lagi untuk melihat bagaimana ekstrak gamat diperbuat,” katanya.

Beliau berjaya memperoleh geran penyelidikan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menerusi program Penyelidikan Intensif dalam Bidang Keutamaan (IRPA) yang akhirnya membawa kepada kejayaan membuktikan ekstrak gamat yang ditulenkan mengandungi sebatian aktif.

Sebatian tersebut bukan sahaja mampu merawat luka tetapi kesan penyembuhan yang sangat tinggi.

Hasil penyelidikannya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Ditanya prinsip hidupnya, Dr. Hassan mengakui dia bukan seorang yang sensitif, justeru apa saja tohmahan atau cakap-cakap orang langsung tidak menjadi masalah baginya.

”Saya juga amat terbuka, bersedia menerima kritikan dan belajar daripada kritikan tersebut,” katanya yang sinonim dengan jenama Healin serta berjaya melahirkan usahawan Melayu yang ada di antaranya berpendapatan RM1 juta.

Selepas 15 tahun berkecimpung dalam bidang keusahawan, Dr. Hassan kini masih giat menjalankan penyelidikan. Malah setiap Sabtu beliau sendiri turun padang merawat pesakitnya di Seksyen 14, Petaling Jaya. Healing membina rangkaian usahawannya sendiri sehingga diiktiraf Perbadanan Nasional Berhad (NPNS) sebagai syarikat francais terbesar dan paling berdaya maju.

Tokoh Maulidur Rasul 2008 yang juga bapa kepada tiga cahaya mata itu tekun dalam setiap apa yang dilakukannya. Membaca, berkebun dan beriadah adalah kemestian rutin hariannya. Hasratnya mahu melihat usahawan Melayu berjaya dan dia percaya peranan yang dimainkan mampu menyumbang ke arah itu.

Namun segala-galanya bermula daripada sikap serta keinginan usahawan Melayu untuk membina kejayaan, malangnya kebanyakan usahawan hanya berjaya sekerat jalan. (Dipetik daripada Mingguan Malaysia, 19 Jun 2011.)

 

8 Responses “Hassan Yaakob: Gamat Sumber Inspirasi” →
  1. I conceive this internet site holds very excellent indited articles articles .

    Reply
  2. Awfully enlightening many thanks, It looks like your current readers might possibly want even more blog posts similar to this continue the great effort.

    Reply
  3. I appreciate an unbelievable publish, may examine your others posts. many thanks for your thinking within this, I felt a lttle bit made an impact to by this article. Many thanks again! You earn a terrific moment. Portrays natures best by the wonderful report here. I do think that if a greater number of people consideration for it like this, they’d have got a better time period receive the suspend ofing the matter.

    Reply
  4. An interesting discussion is value comment. I think that you should write extra on this topic, it might not be a taboo subject but generally persons are not enough to talk on such topics. To the next. Cheers

    Reply
  5. Nice post. I learn something more challenging on different blogs everyday. It will always be stimulating to read content from other writers

    Reply
  6. Located your write-up really interesting indeed. I actually experienced examining it therefore you make really some fantastic points. I’ll bookmark this web-site to the potential! Relly terrific article.

    Reply
  7. I have read a lot of your posts now so that I considered I’d personally create a review and just go ahead and claim that you post awesome stuff here. Saved as a favorite this fabulous website years ago and still have been here for a little while. Again, many thanks for making all this easily readable for the public.

    Reply
1 Trackback For This Post
  1. stop premature ejaculation

    Just read this ……

    There may be noticeably a bundle to learn about this. I assume you made certain nice factors in options also….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,112 other followers

%d bloggers like this: