Insan Pejuang Abad Ke-20
INSAN PEJUANG ABAD KE-20
Nama Buku : Insan Pejuang Abad Ke-20
Penyelenggara : Dr. Khairul Azmi Mohamad, A.F.Yassin & Ahmad Faizal
Setelah hampir 50 tahun merdeka bangsa Malaysia berjaya meletakkan dirinya pada satu kedudukan yang setaraf dengan mana-mana bangsa di dunia. Pencapaian ini bukanlah sutau keupayaan atau kemampuan tanpa dirancang. Ia adalah hasil perjuangan pejuang bangsa Malaysia terdahulu.
Detik kebangkitan bangsa Malaysia, terutama orang Melayu abad ke-20 bermula daripada perjuangan insan-insan yang datang silih berganti dalam usaha menyatukan segala etnik yang ada di negara ini. Melalui perjuangan yang berterusan ini tertubuhlah pelbagai kelompok politik yang berjuang mempertahankan kepentingan masing-masing, antaranya UMNO, MCA dan MIC, iaitu tiga parti komponen terbesar. Parti-parti komponen inilah juga yang telah sepakat melahirkan perpaduan di kalangan rakyat dan menerajui kepemimpinan negara pada masa ini. Tahun depan Malaysia akan merayakan Jubli Emasnya, setelah 50 tahun bebas daripada belenggu penjajahan. Selama 450 tahun rakyat negara ini dicengkam minda mereka oleh penjajah, bermula daripada Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Sebilangan besar tokoh pejuang yang dipilih untuk dianalisis peranannya dalam perjuangan itu dipaparkan dalam buku ini.
Buku yang dinamakan Insan Pejuang Abad Ke-20 ini merakamkan sebahagian daripada tokoh-tokoh pejuang Melayu, Cina dan India di Semenanjung dan beberapa lagi di Sabah dan Sarawak untuk dihayati oleh rakyat, terutama generasi muda. Pemilihan tokoh-tokoh ini didasarkan kepada pengiktirafan rakyat terhadap sumbangan mereka yang telah berjasa besar kepada bangsa, negara, dan agama.
Buku ini ditulis dengan menggunakan pendekatan yang bukan akademik, tetapi tidak pula terlalu umum sehingga menjejaskan nilai ilmiahnya. Bahasa yang digunakan adalah besahaja (langsung) dan mudah untuk mempastikan mesej yang ingin disampaikan diterima dan difahami oleh pelbagai lapisan rakyat dan anak-anak muda generasi hari ini. Oleh kerana matlamat sebenar buku ini ditujukan kepada golongan ini maka pendekatan umum seperti ini amat wajar diberi keutamaan.
Senarai tokoh yang dipilih untuk buku ini:
Tokoh-tokoh Melayu.
- Dato’ Onn Jaafar
- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
- Tun Abd. Razak Hussein
- Tun Hussein Onn
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
- Tun Abd. Ghafar Baba
- Tun Musa Hitam
- Tun Dr. Ismail Abd. Rahman
- Tun Sardon Jubir
- Tan Sri Seni Abd. Rahman
- Tan Sri Syed Jaafar Albar
- Tan Sri Khir Johari
- Dato’ Bahaman Shamsuddin
- Tan Sri Zainun Munsyi Sulaiman
- Tan Sri Fatimah Hashim
- Tan Sri Aishah Ghani
- Tan sri Ghazali Shafie
- Datuk Abdul Rahman Talib
- Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
- Tan Sri Zainal Abidin Ahmad (Za’aba)
- Tan Sri Sulainam Ninam Shah
- Tun Syed Nasir
- Abd. Aziz Ishak
- Dato’ Haji Ahmad Badawi Abdullah Fahim
Tokoh-tokoh Cina
- Tun Tan Cheng Lock
- Tun H.S. Lee
- Tun Tan Siew Sin
- Dato’ Lee San Choon
- Dr. Tan Chee Koon
- Dato’ Wong Pow Nee
- Tun Leong Yew Koh
- Tun Omar Ong Yoke Lin
- Dato’ Michael Chen
- Tun Ling Leong Sik
Tokoh-tokoh India
- Tun V.T. Sambanthan
- Dato’ Manickavasagam
- Dato’ Seri Samy Vellu
- Dato’ S. Subramaniam
- Dato’ Vijandran
Tokoh-tokoh Sarawak
- Tun Abd. Rahman Yaakob
- Tan Sri Taib Mahmood
- Temenggung Jugah Anak Bariang
- Tun Haji Openg
- Dato’ Tawi Sli
Tokoh-tokoh Sabah
- Tun Datu Haji Mustapha
- Dato’ Fuad Stephen
- Tun Haji Said Keruak
- Dato’ Haris Salleh
- Dato’ Pairin Kitingan
konto firmowe
March 19, 2012
This webpage doesn’t show up appropriately on my droid you may want to try and repair that
headset playstation
April 7, 2012
Many thanks for an incredible submit, would examine your others content. thank you your ideas with this, I soon became somewhat strike by this short article. Thanks again! You wanna make an excellent moment. Got some excellent facts here. I feel that in case more people thought about it doing this, they’d possess a better time period get the hold ofing the issue.