Dr Mahathir, DAP DAN ISU PERKAUMAN

Posted on April 20, 2011

1


Dr Mahathir dukacita dengan politik rasis DAP

BERNAMA – Monday Apr 18, 10.40PM reported as follows:

“PELABUHAN KLANG, (Bernama) – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berasa dukacita kerana parti DAP berjaya membawa politik rasis ke Sarawak.

Katanya kemenangan 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi oleh DAP pada pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu, telah memisahkan kaum Cina dengan kerajaan Sarawak.

Sebelum ini, katanya, rakyat Sarawak tanpa mengira kaum bersama-sama membentuk kerajaan negeri tetapi kehadiran DAP yang mengamalkan politik perkauman menyebakan masyarakat Cina menolak hubungan pelbagai kaum.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran kapal pengerukan ‘Inai Letree’ milik Inai Kiara Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang menceburi bidang pengerukan dan penambakan di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kesan perkembangan DAP di Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 nanti, Dr Mahathir berkata beliau berharap rakyat Malaysia di tidak terikut-ikut dengan perjuangan DAP menubuhkan satu kerajaan campuran berasaskan perkongsian kuasa di antara kaum di negara ini.

“Harap rakyat sedar pendekatan DAP yang meraih sokongan dengan memburukkan hubungan antara kaum,” katanya.

Mengenai kemungkinan faktor Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyebakan kemerosotan sokongan kepada Barisan Nasional (BN), Dr Mahathir berkata: “Ada kemungkinan sebab Taib jadi calon tetapi hakikatnya parti beliau menang 100 peratus (kerusi yang dipertandingkan).”

Ini menunjukkan partinya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menerima kepimpinan Abdul Taib dan yang jelasnya orang Cina tidak dapat menerimanya kerana hasutan DAP, katanya.

Terdahulu itu, Dr Mahathir menyaksikan pelancaran kapal pengeruk kedua, ‘Inai Liatree’ yang dibina oleh anak syarikat milik penuh, Selat Melaka Shipbuilding Corporation Sdn Bhd, di limbungan di Pulau Indah, di sini.

Kapal Keruk bernilai RM250 juta, berkuasa 13,800 kuasa kuda dengan kemampuan menggali sedalam 22 meter itu, dirasmikan oleh isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. ”

komen:

Tak perlu komen apa-apa. Barangkali pengalaman Tun selama 20 tahun menjadi PM dan puluhan tahun melibatkan diri dalam politik cukup mengajarnya dalam masalah hubungan kaum dalam masyarkat majmuk di negeri ini. Kadang-kadang terfikir juga alangkah bagusnya jika penduduk Malaysia homogeneous sifatnya, seperti halnya di negara jiran.

Tak banyak masalah perkauman. Kalau pun ada ia lebih bersifat perbezaan pandangan dan pendapat yang masih berada dalam lingkungan kekeluargaan. Dalam benak Tun mungkin beliau teringatkan pengalamannya dalam persengketaan kaum di negeri ini kira-kira 42 tahun yang lalu. Generasi muda hari ini tidak pernah mengalami peristiwa  pahit begitu.

Posted in: Uncategorized