CHE DET, PAK LAH DAN KANG JIB APA CERITA?

Posted on June 3, 2011

1


lynas  masalah zaman pak lah oleh gelagat anwar 25 mei 2011

LYNAS ini bukannya isu baru. Isu semua zaman Pak Lah. Zaman ‘Patrick Badawi’. Zaman ‘KJ’. Zaman kerajaan tiga beranak. Semua kelulusan Lynas dilakukan di zaman Pak Lah. Semua ‘deal’ dah settle zaman Pak Lah. Siapa dapat untung pun kita tak tahu.

Lynas pada asalnya nak buat projek di Terengganu. Idris Jusoh tentang dan tak setuju. Katanya, ‘deposit’ dah ambil di Putrajaya. Siapa? Wallhua’Alam. Kita pun malas nak buat spekulasi. Tapi CEO Lynas pun tak mahu beritahu. Terlalu sensitif katanya.

Sekarang, Lynas sudah jadi isu kepada BN Pahang. Bukan isu kecil. Isu besar. Pak Lah boleh senyum ambil elaun IKIM. BN terus dilanda masalah.

Soalnya, apa lagi agaknya ‘deal’ zaman Pak Lah yang boleh menyusahkan BN? Apa lagi? Jangan ada surprise lagi. Penat kita nak melawan.

Sekarang ini kita terpaksa tunggu keputusan yang bakal dibuat oleh panel pakar antarabangsa yang dijemput dari seluruh dunia. Semua pakar-pakar utama dalam bidang masing-masing. Lynas nak jadi atau tidak akan bergantung kepada keputusan panel ini nanti.

===================================================

The panel will be headed by Dr Tero Varjoranta (pic) , the IAEA’s director of the Nuclear Fuel Cycle and Waste Technology at its Nuclear Energy department.

Other members of the panel include Dr Magnus Vesterlind, Dr Horst Monken Fernandes, and Hanna Kajander — all of whom are attached to the nuclear agency.

Asides from its own personnel, the IAEA panel will also include outside experts Jan van der Steen, Dr Leo M. Lowe, Dr PM Balagopala Pillai, Dr Dennis Wymer and Ulric Schwela.

The multinational panel was announced today by Minister of International Trade and Industry Datuk Seri Mustapa Mohamed, who also pledged that the government will reveal the panel’s finding in its entirety upon completion.
====================================================

Kita harap PKR dapat menerima keputusan ini dengan hati terbuka. Malahan YB Fuziah pun akan dijemput sama bagi memberikan pandangan di hadapan panel IAEA. Beritahu apa yang Fuziah rasakan perlu. Jangan guna jalanan. Guna ruang yang ada dengan sebaiknya.

Panel ini bukan ‘budak-budak’ hingusan. Semua pakar dan antara yang terbaik di dunia dalam bidang dan kepakaran masing-masing. Kita harap Fuziah pun jangan emosional. Kena berikan sebab dan arguments secara terknikal. Kalau tak pandai; boleh jemput Penasihat Ekonomi Selangor masuk sekali.

Komen:

Nampaknya kebanyakan bloger yang pro-kerajaan pusat suka sangat spin cerita dan laga-lagakan pemimpin. Lihatlah apa yang sedang diusahakan kepada tiga pemimpin utama UMNO ini, iaitu Che Det (Tun Mahathir), Pak Lah (Tun Abdullah) dan Kang Jib (DS Najib Tun Razak). Satu ketika ada bloger yang hentam Che Det. Setelah itu mereka pukul habis Pak Lah dan la ini mereka dok puji Kang Jib melambung-lambung. Sampai satu masa nanti Kang Najib pun tidak akan terlepas daripada terkena godam juga. Hari ini ada satu stasion TV swasta yang hampir setiap malam menyusun program warta perdananya begitu rupa untuk memberikan keutamaan kepada tokoh dan bukannya isu.  Ada isteri seorang PM pun dapat tempat dan ruang perdana sehingga meminggirkan menteri-menteri kanan yang lain. 

Dalam cerita tentang projek Lynas di Pahang itu macam-macam spin telah dan akan kita dengar. Yang ditekankan adalah bahawa  projek ini dimulakan pada zaman Pak Lah.Dan Pak Lah yang putuskan projek itu seorang.  Seolah-olah kononnya, orang lain tak campur tangan. Seolah-olah Pak Lah memerintah dengan cara kuku besi. Begitu juga dengan projek raksasa yang diusahakan  satu ketika di bawah pimpinan Che Det. Semua kata Che Det meminpin cara kuku besi. Dan buat dan luluskan projek secara sendiri-sendiri. sekarang ini belum lagi ada tanda-tanda yang Kang Jib mula menerima “pukulan” begitu. Kang Jib masih harum. Semuanya bagus belaka.

Sekarang Kang Jib mahu rakyat menerima UMNO dan BN kembali. Maksudnya Kang Najib ingin kembalikan kerajaan BN yang mendapat  dua pertiga di Parlimen  dan semua negeri yang kini dalam kerajaan pembangkang dikuasai kembali. Soalnya boleh ke impian Kang Jib ini tercapai? Dengan Che Det dan orang-orang bloger yang berada di belakangnya  masih menghentam Pak Lah dan orang-orangnya termasuk menantunya apakah mungkin UMNO dan BN kembali bersatu? Projek Lynas ini contoh terbaru. Konon, Pak Lah puncanya. Padahal projek itu adalah persetujuan kabinet. Dan kabinet bukan Pak Lah seorang. Termasuk juga dalam kabinet waktu itu, hampir semua menteri yang ada sekarang. Termasuk Kang Jib dan Timbalannya Mas Yiddin  (TS Muhyiddin). Ketika kempen pemilihan UMNO yang terakhir Mas Yiddin membuntuti Che Det hampir ke mana-mana kerana mahukan sokongannya. Padahal Che Det sudah keluar UMNO dan belum masuk semula. 

Rakyat yang faham politik UMNO amat mengerti bagaimana Bang Ali Rustam dari Melaka tidak dibolehkan bertanding. Untuk calon Ketua Pemuda Dik Khairy boleh bertanding tapi dikenakan tindakan lunak. Semua kononnya disebabkan mereka mengamalkan politik wang. Ok jugalah. Tapi lazimnya setelah selesai pertandingan orang UMNO dulunya bertaut kembali, sama-sama memperkuat jentera semula. Tapi sudah lebih dua tahun “permusuhan” antara dua bekas presiden UMNO tidak kunjung selesai. Seolah-olah “permusuhan” akam terus bagaikan satu menjadi abu dan satu lagi menjadi arang. 

Bagaimana Kang Jib? PRU ke-13 akan datang, masanya Kang Jib yang tentukan. Kalau pemimpin masih enggan bersatu bagaimana dengan anak buah dan orang di akar umbi? Dulu, UMNO  kata pembangkang menang kerana UMNO dan BN lemah, bukan disebabkan mereka kuat. Bimbang juga dalam PRU ke-13 nanti UMNO dan BN semakin terperosok. Dan kali ini UMNO, terutamanya betul-betul “terpeleot” dan “terkeluceh”, sekadar mengambil istilah orang Negeri Sembilan.

Kang jib terpaksa bertegas kalau nak survive dan menang. Ketepikan perselisihan. Perbetulkan keadaan. Dan lebih penting jangan burukkan keadaan. Perpaduan pemimpin dan ahli maha penting. Jangan disebabkan dendam berpanjangan UMNO terus “terbarai.” Dan isteri Kang Jib, eloklah ikuti cara isteri PM terdahulu, jangan terlalu menonjol sebab sudah ramai orang berkata supaya isteri Kang Jib duduk “ontok-ontok ”  jangan terlalu aktif ke sana ke mari. Maaf cakaplah. . Sekarang ini terlalu ramai masih sayangkan isteri bekas PM kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Di kalangan pihak media perdana dan media laman sosial yang lain, eloklah jangan terlalu banyak bikin spin. Eloklah Kang Jib beri mereka nasihat sedikit dan jangan terlalu obses dengan tujuan memuji, seolah-olah mereka tidak punya agenda tertenu. Mana tahu sesetengah mereka mungkin ada “skeletons in the cupboard”. Kalau boleh bukalah cupboard itu dan lihatlah jenis skeleton yang ada.

Posted in: Uncategorized