Latest On the Newsfront!

Posted on July 9, 2011

1


Flag of the Supreme Head of Malaysia.

Flag of the Supreme Head of Malaysia Image via Wikipedia

Zul4kulim.blogspot.com says…

(Isu himpunan haram 09.07.2011 cuba menenggelamkan masalah besar yang dihadapi Anwar dalam kes meliwat Saiful yang akan disambung bicara 16.07.2011)

Salam 2 all.

Teman menjunjung kasih dan angkat tabik kepada Tuanku YDP Agong atas keprihatinan Tuanku untuk memastikan keselamatan, keamanan dan keharmonian kehidupan rakyat akibat agenda jahat kaum yang mahu menganjurkan perhimpunan haram 09 Julai. Titah Tuanku sangat jelas, dan cukup bijak. Tuanku tidak melarang, tetapi menasihat dan memberi panduan. Nak buat boleh, tapi jangan sampai menyusahkan rakyat Tuanku. Buatlah di tempat yang terkepung dan terkawal, lebih kurang macam dalam zoo. Sebab yang beriya-iya nak berhimpun haram ni adalah golongan yang sedara-mara mereka kat zoo pun malu nak ngaku sedara yop! Sebab dema ni kaum yang sesama sejenis dema tak balun yop …

The Star says…

Lockdown enforced, 9 July 2011

8.10am: Heavy police presence, light traffic but no sight of crowds in areas around Chow Kit and Kampung Baru

8.05am: Jalan TAR is sealed off with large police presence outside Sogo.

8.00am: The city is near deserted. At Jalan Raja Laut, only policemen on duty were seen. Outside City Hall, about 200 policemen were seen having their breakfast. A police helicopter is hovering over the city.

KUALA LUMPUR: Police have sealed off all major roads leading to the heart of the capital, telling people to stay away from any rally Saturday.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said the police had acted fairly in not issuing any permit to hold rallies.

The Sultan of Selangor said mosques and surau should not be used as a meeting place by those who come from other places to join in the street demonstrations.

The Ruler told his subjects to also stay away from street protests, saying this would harm the unity of the people. However, Bersih 2.0, Umno Youth and Perkasa look set to press ahead with their plans.

Bersih 2.0 insisted that its supporters will gather at Stadium Merdeka while Umno Youth under its Patriot umbrella will march at Jalan Bukit Bintang.

Perkasa has told its members to “stroll” around Tasik Titiwangsa.

 Letters@NST.com.my says…

Rallies Was this a publicity stunt, 7 July 2011?

I AM relieved that good sense has finally prevailed. The Bersih street rally is off, and so are the protest marches by Umno Youth and Perkasa. But some questions remain.

After a “wonderful” meeting with the Yang di-Pertuan Agong, Bersih 2.0 organiser Datuk S. Ambiga declared that the rally was off. This is as it should be, as it shows maturity and respect for our king. But respect for the king also means respect for the executive and legislature and their lawful decisions.

What argument did the king proffer that was not already expressed by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, Deputy Prime Minister Tan Sri MuhiyuddinYassin and Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar?

One can safely assume that the king offered the same advice, that is, maintenance of public order and security.

My contention, therefore, is that Ambiga’s decision to call off the rally was not motivated by further arguments forwarded by the authorities and the public but rather by sentiment. I believe lawyers do not temper the law with sentiment. By the nature of their profession, lawyers are expected to pursue their cases or causes by strict adherence to the law and not to sentiment.

One of the aims of Bersih was to hand over a memorandum to the king at the end of their march. If that was their only intention, why didn’t Ambiga hand over the memorandum to the king on Tuesday?

Was her intention only to draw the attention of the king to Bersih’s case or was it to seek international publicity?

To a layman like me, it is all puzzling.

PHILIP MARKUS, Kuala Lumpur


Sinar Harian says…

Anwar akan ketuai Himpunan Bersih esok sinar harian 8 julai 2011?

Di sebalik larangan polis ke atas 91 individu berada di Kuala Lumpur, pemimpin Pakatan Rakyat akan tetap turun bersama orang ramai yang akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya di laman sosial tweeter sama ada mereka akan ke Kuala Lumpur esok, menjawab, “ Pemimpin Pakatan Rakyat akan hadiri”.

Semalam, polis mengeluarkan senarai beberapa individu yang dilarang memasuki ibu negara termasuk Anwar, Mursiyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Berikutan dengan perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong, atas kapasiti sebagai rakyat negara ini bukan sebagai Pengerusi Bersih, kerana Bersih adalah kumpulan Haram; Ambiga Sreenevasan mengumumkan bahawa Bersih 2.0 sudi menerima tawaran Perdana Menteri Najib Razak supaya mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Pihak Kerajaan menawarkan Stadium Melawati untuk tujuan perhimpunan tersebut dengan syarat pertubuhan yang sah atau individu hendaklah memohon permit terdahulu.

Namun, tawaran Kerajaan itu ditolak oleh Ambiga, sebaliknya berdegil mahu juga berhimpun di Stadium Merdeka.

Pihak pengurusan Stadium Merdeka, tidak dapat memenuhi permintaan Bersih kerana stadium tersebut masih dalam proses baik pulih.

Dipetik daripada blog Apa Yang Tersirat (Bloger Musram Rakunman)

 Kolumnis Sinar Harian says…

Apa motif Ambiga nak demonstrasi oleh Yusof Harun, 7 Julai 2011?
Belum pernah lagi di dunia ini sebuah parti yang menguasai kerajaan demokratik dapat memenuhi seluruh cita rasa rakyat. Atas kertas, termasuk kertas undi, walaupun majoriti rakyat sokong parti pemerintah, namun ada juga tidak berpuas hati seperti yang dipamer pengikut dan penyokong parti pembangkang – tidak puas hati dengan parti pemerintah selagi mana tidak kuasai kerajaan.Lazimnya jika kerajaan berjaya ditumbangkan, bermakna pemikiran rakyatnya kurang bertamadun atau mereka tidak memahami maksud istilah demokrasi yang sebenarnya. Di sebalik pelbagai slogan mengenai jalinan kemesraan antara kaum, demokrasi kita sebenarnya sangatlah rapuh dan kompleks. Sekiranya kita tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa Barat, tetapi akhirnya memilih untuk mengamalkan sistem demokrasi dan Raja Berparlimen seperti hari ini, sudah tentu hak mengundi, hak mewakili rakyat dan hak menubuhkan parti politik terletak semata-mata di tangan orang Melayu.

Maknanya jika mereka bertelagah sekalipun, ia sudah tentu satu golongan menuduh satu golongan lagi tidak pandai mentadbirkan negara. Soal politik perkauman, tuntutan untuk kaum dan soal sesuatu kaum ditindas tidak akan timbul sama sekali.

Suka atau tidak, orang Melayu ini adalah satu bangsa yang baik. Kalau tidak masakan mereka sanggup berkongsi kuasa dengan kaum pendatang hanya kerana British enggan mendengar tuntutan kemerdekaan.

Hari ini sementara masih ramai yang asal-usul keturunannya daripada kaum pendatang bersikap patriotik dan tidak terlalu ghairah mempertahankan apa juga yang berpaksi pada akar keturunannya, sebaliknya menerima Malaysia sebagai sebuah negara mereka dan rela dikenal pasti sebagai bangsa Malaysia, terdapat juga segelintir yang tidak sedar diri dan menuntut yang bukan-bukan.

Tidak cukup dengan hal tersebut, mereka menggunakan pertembungan politik di antara dua golongan besar Melayu agar terus berpecah dan bertelagah sesama sendiri bagi memastikan agenda mereka tercapai.

Lebih serius ialah terdapatnya bukti bagaimana golongan ini mahu mengakhiri dominasi Melayu dalam politik dengan menjatuhkan kerajaan yang mana UMNO adalah tonggaknya. Tentulah agak pelik bagaimana seorang keturunan India seperti Ambiga berperi-peri mahu memperjuangkan perihal perjalanan dan pentadbiran pilihan raya di negara ini sehingga sanggup ambil pelbagai risiko peribadi dan memperjudikan keselamatan awam.

Lebih menghairankan seorang yang bukan sahaja pengamal undang-undang, tetapi pernah memimpin Bar Council tidak menghormati undang-undang. Memang benar Perlembagaan jamin hak untuk berhimpun dan bersuara. Tetapi Perlembagaan juga menyatakan syarat tertakluk kepada tahap keselamatan.

Ambiga atau Mat Sabu, atau sesiapa sahaja bukanlah orang yang layak menentukan soal keselamatan. Ini kerja polis. Sebab itu Akta Polis memperuntukkan kuasa memberikan permit perhimpunan dan menangkap mereka yang berhimpun tanpa permit. Ini undang-undang. Suka atau tidak, Ambiga, Mat Sabu, seluruh AJK Bersih 2.0 dan sesiapa saja menyokong perlu hormati dan fahami undang-undang. Kalau perkara semudah ini pun susah untuk mereka hormati, bagaimana mahu menjadi pemimpin rakyat?

Nampaknya Ambiga bukan saja tak faham, tak hormat dan memperlekeh kedaulatan undang-undang negara, malah turut tidak hormat nasihat Ketua Polis Negara apabila tetap berdegil mahu meneruskan demonstrasi. Dalam hal ini nampaknya Ambiga berlagak lebih hebat dan lebih penting daripada Perdana Menteri.

Di benak kita, persoalan popular ialah kalau belum dapat kuasa sudah berlagak sedemikian, macam mana kalau dapat kuasa?

Kini apabila Yang di-Pertuan Agong keluarkan kenyataan agar membatalkan demonstrasi 9 Julai itu, Ambiga dan rakan-rakannya seolah-olah bak kata idiom Inggeris ‘caught with the pants down’ (kantoi dalam keadaan seluar sudah terlondeh ke bawah).

Maka selain Ambiga, puak dalam Pas pun sibuk nak tunjuk baik, nak tunjuk hormat lalu memuji titah Yang di-Pertuan Agong walaupun dalam hati tak puas hati kerana tak dapat berdemonstrasi.

Ambiga telah memohon menghadap ke bawah duli untuk sampaikan memorandum yang hendak disampaikan menerusi demonstrasi itu. Siapa Ambiga, penting sangatkah urusan menghadap itu? Apakah beliau punya integriti dan kedudukan sosial yang begitu tinggi untuk menghadap ke bawah duli?

Nampaknya tidak cukup dengan perbuatan memecah belahkan perpaduan rakyat khususnya orang-orang Melayu, dia kini seolah-olah cuba menyeret Yang di-Pertuan Agong dalam kemelut ciptaan beliau dan konco-konconya? Jika Ambiga kesal dengan perbuatannya tindakan terbaik ialah dengan memohon maaf dan membatalkan saja rancangan asalnya itu.

Inilah dia. Sejarah sering memperlihatkan bagaimana sikap sesuatu bangsa apabila tersepit dan apabila mereka bebas serta menjadi orang kaya dan bergelar intelektual pula, mereka mudah lupa daratan. Bukankah cerita ini pernah menjadi salah satu bidalan popular dalam kamus pepatah bangsa Melayu?

 Utusan Malaysia says…

Anwar berjaya pergunakan rakyat benci kerajaan kata Gobalakrishnan um 9 julai 2011

KUALA LUMPUR 8 Julai – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya dalam karier politiknya dengan menanam kebencian rakyat terhadap kepimpinan politik lain yang menentangnya.

Kata Ahli Parlimen Padang Serai itu, semua yang menentang perjuangan dan matlamat Anwar termasuk ahli dalam parti juga akan menjadi mangsa kebencian Anwar dan konco-konconya.

Katanya, tindakan Anwar telah bermula semasa beliau berada dalam UMNO dengan menanam kebencian dalam kalangan ahli UMNO terhadap pemimpin parti seperti Tun Abdul Ghafar Baba dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya juga merupakan salah seorang daripada mereka yang menjadi sasaran konco-konco Anwar supaya rakyat membenci saya.

“Oleh itu, saya mengesahkan dakwaan dengan bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari kerana ia merupakan strategi ketua pembangkang itu supaya rakyat ‘dipergunakan’ untuk membenci kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gobalakrishnan diminta mengulas mengenai dakwaan Anuar bahawa ramai pemimpin dalam PKR dilatih untuk menjadi antikerajaan.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Perpaduan Rakyat Malaysia (Perkemas) mendakwa, PKR juga ‘menggunakan’ rakyat dalam pelbagai aspek supaya membenci kerajaan bagi memastikan cita-cita Penasihat PKR itu menerajui Malaysia tercapai.

Katanya, tindakan membenci itu merupakan ‘strategi’ Anwar untuk menunjukkan kerajaan sentiasa bersalah sekali gus menjadikan rakyat membenci kerajaan sedia ada.

Menurut beliau, tindakan PKR yang berterusan menyerap elemen kebencian dalam kalangan rakyat akan menjadikan usaha kerajaan mengukuhkan semangat perpaduan menerusi konsep 1Malaysia sukar dicapai.

“Walaupun pembangkang mempunyai lebih banyak wakil di Dewan Rakyat untuk menyuarakan sesuatu isu, mereka lebih memilih untuk ‘bersuara’ di jalanan bagi mengajak rakyat biasa membenci kerajaan,” katanya.

Kolumnis Berita Harian says…

Berjayakah BERSIH capai matlamat Oleh Razak Ghows, 9 julai 2011

Penganjur perhimpunan haram tak hormati kehendak rakyat

HARI ini, rakyat jelata seluruh negara termasuk wartawan dan media antarabangsa memberi tumpuan kepada perhimpunan haram kedua yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar.

Sehingga semalam, semua petanda menunjukkan bahawa penganjurnya belum mendapat permit untuk berkumpul beramai-ramai dan mengadakan perhimpu-nan, namun mereka tetap berdegil dan tidak menghormati arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mungkinkah sejarah hitam perhimpunan haram berulang hari ini dan mengakibatkan kemusnahan harta benda awam dan kerugian besar kepada warga kota seperti yang pernah berlaku pada 2007?

Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan tetap berdegil meneruskan perhimpunan haram itu di Stadium Merdeka dengan menggunakan salah sebuah persatuan di bawah gabungannya untuk mendapatkan permit polis. Alasannya, masa sudah suntuk untuk mereka menukar lokasi seperti yang ditawarkan polis, di samping kesulitan yang dihadapi penyokong sekiranya ia dibuat di tempat lain.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membatalkan perhimpunan mereka yang dicadangkan di Stadium Titiwangsa, sementara Pergerakan Pemuda UMNO menyatakan mereka akan berarak ke Stadium Merdeka sekiranya BERSIH meneruskan perhimpunan berkenaan.

Beberapa pemimpin pembangkang yang dilarang masuk ke bandar raya Kuala Lumpur juga dilaporkan oleh portal berita online, mereka akan hadir pada perhimpunan haram yang dianjurkan itu. Antara yang tersenarai ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, Khairy Jamaluddin dan Datuk Ibrahim Ali.

Kira-kira 66 daripada mereka ialah ahli BERSIH, 14 daripada PERKASA dan 11 daripada Pemuda UMNO. Antara lokasi panas ialah sekitar Dataran Merdeka, Masjid Jamek Kampung Baru, Masjid Jamek Jalan Tun Perak, pusat beli belah Sogo, Maju Junction, Istana Negara, Pasar Seni dan KLCC.
Risikonya semua pihak menjadi susah – pejabat ditutup, pengangkutan awam terhenti, perniagaan merosot, kompleks beli-belah lengang dan orang ramai terkeliru. Suasana aman damai pada hujung minggu berubah menjadi tegang dan kecoh.

Sebarang perancangan ibu bapa untuk membawa ahli keluarga bersiar-siar terpaksa ditangguhkan. Jalan keluar-masuk ke ibu kota ditutup, dikawal dan diperiksa oleh anggota keselamatan. Hentian bas ekspres diubah jauh dari tempat asal.

Kebebasan apakah ini dan adakah ini yang dikehendaki penyokong BERSIH? Di mana keadilan untuk rakyat jelata yang cintakan keamanan kerana kumpulan itu hanya memikirkan soal diri mereka saja. Soal orang lain, bereskan sendiri. Apa yang penting ialah mengadakan perhimpunan, kalau bernasib baik kena tahan, lebih tinggi rating kerana dalam istilah politik pembangkang, sesiapa yang kena ‘tangkap’ dianggap hebat dan diraikan.

Justeru, tidak hairanlah ada dalam kalangan pemimpin utama pembangkang yang disekat daripada memasuki ibu kota berkeras juga untuk masuk. Dengan sedikit kekecohan dan liputan media, terutama media Barat, perjuangan politiknya menjadi lebih dikagumi. Kalau berlaku pergelutan lagi bagus kerana itulah yang dicari.

Tetapi mereka silap kalau menyangka semua rakyat berpandangan sedemikian. Ramai lagi rakyat ingin terus bergerak bebas pada hujung minggu tanpa diganggu-gugat dengan sekatan jalan raya disebabkan demonstrasi.

Bagi rakyat golongan ini, demonstrasi terbabit ditonton menerusi kaca televisyen. Perbuatan mereka lebih membuatkan golongan yang tidak menyokong berasa menyampah, marah dan bertambah benci.

Justeru, adalah wajar kita menjauhkan diri daripada perhimpunan haram ini. Jangan membiarkan diri kita dipermainkan oleh mereka seperti mana Ambiga membenarkan dirinya diperalatkan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Rakyat sudah melalui detik hitam ini ketika perhimpunan haram BERSIH pertama pada 2007. Keadaan dulu tidak sama seperti sekarang. Pilihan raya umum 2008 mengubah segala-galanya. Jika pembangkang berasakan mereka mempunyai peluang lebih baik pada pilihan raya umum akan datang dengan mengadakan bantahan dan demonstrasi, pihak kerajaan pun lebih bersedia.

Hakikatnya, ramai yang membantah perhimpunan haram itu dan ia bukanlah kuasa yang boleh diketepikan begitu saja.

Andainya pertubuhan haram BERSIH berhasrat menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung ketidaktelusan proses pilihan raya umum, kenapa tidak diserahkan saja ketika mereka menghadap Seri Paduka di Istana Negara Selasa lalu?

Jelas bahawa bagi mereka, yang lebih diutamakan ialah perhimpunan haram. Soal memorandum sudah menjadi perkara kedua. Ini disahkan oleh salah seorang anggota BERSIH, Zaid Kamaruddin, Ahli Jawatankuasa Induk Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang dilaporkan sebagai berkata BERSIH tidak menyerahkan memorandum itu kepada Seri Paduka kerana ingin terlebih dulu mengadakan perhimpunan haram.

Di sini dapat kita lihat sejauh mana kejujuran BERSIH dalam perjuangannya – hendak bersuara mengenai pilihan raya atau membenarkan dirinya digunakan oleh pihak lain untuk memperjuangkan politik mereka.

Comment:

D-Day in the new chapter of Malaysian politics? Hopefully majority rule will prevail!

Advertisements
Posted in: Uncategorized