Revert DBP’s Function to Its Original Publishing Role

Posted on August 9, 2011

4


Dewan Bahasa dan Pustaka

Image via Wikipedia

The message below is from an article by Blogger Pena kembara, with special reference to an article by Ku Seman Ku Hussain, a journalist with Utusan Malaysia (attached). Time  tells us DBP has been undergoing changes to its role and structure since 1956. Ungku Aziz was appointed the first DBP Director and since then literary personalities took over the reign one after the other. Tun Syed Nasir Ismail was the most famous. Being a politician himself he ensured that DBP would be utilized to his advantage and fulfilled DBP’s nationl spirtions. He became embroiled in the National Language issue, in which he believed the current government had gone astray and worked abainst,  some mentioned,  as going against the Constitution. The then Prime Minister, Tunku Abd. Rahman Al-Haj was alleged to be at the centre of the controversy.

Datuk Haji Sujak Rahiman, formerly from Perbadanan Nasional, was being asked by the then PM, Tun bd. Razak, who took over from Tunku,  to lead DBP. Datuk Sujak introduced the printing industry to DBP. In the end DBP has added another function to its present role of publishing and upgrding the language and literature of Malaysia. DAWAMA came along and took over the printing and distributing all DBP’s books. And today you know the rest.

Sunday, 7 August 2011

Kembalikn Fungsi DBP Ke Peranan Asal Dengan Sistem Payungnya!!

 Tidak perlu komen apa yang ditulis wartawan Utusan Malaysia Ku Seman Ku Hussain tentang “kerugian Dawama” seperti yang tersiar dalam Mingguan Malaysia, 6 Ogos 2011 hari ini. Legasi Allahyarham Datuk Haji Sujak Rahiman, Ketua Pengarah DBP mewujudkan syarikat percetakan DBP kini menjadi titik lemah peranan DBP. Ada sesuatu yang tidak kena dengan Dawama sehingga kebanyakan pekerjanya berada dalam keadaan tidak menentu.

Apa yang cuba dirungkaikan Ku Seman di bawah ini tidak harus dilihat remeh oleh pihak berwajib, terutama ia menyangkut masa depan pelajaran anak-anak bangsa. Masalah yang timbul mungkin hanya seperti kata mat saleh “a tip of the iceberg.” Mungkin ada banyak lagi “skeleton” dalam almari DAWAMA, juga DBP. Mungkin mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Hassan Ahmad yang mengendalikan Yayasan Karyawan, dapat membantu menyelesaikan kekusutan antara DBP-DAWAMA ini. Atau DAWAMA perlukn bantuan nasihat daripada beberapa personaliti yang pernah mentadbir DBP. Antaranya, Datuk Johan Jaafar, mantan Pengerusi DBP, Senator Dato. Dr. Firdaus Abdullah, mantan Ketua Pengarah DBP dan Dato’ Baharuddin Zainal, mantan Timbalan Ketua Pengarah DBP.  Yang lebih penting mintalah nasihat Dato’ Mohd. Noor Azam dan kalau perlu minta beliau menangani masalah ini.Berundinglah dan jangan biarkan DBP dan DAWAMA jadi bahan ketawa orang ramai.

Saya mencadngkan supaya dibentuk satu jawatankusa merungkai masalah DAWAMA-DBP yang dipengerusikan Datuk Dr. Hassan Ahmad dengan anggotanya terdiri daripada Dato’ M. Noor Azam, Dato’ Baharuddin Zainal, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah  serta wakil daripada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kewangan. Tak perlu ramai dengan Ketua Pengarah sekarang bertugas sebagai Setiausaha bersama dengan Pengarah Urusan DAWAMA.

Rungkai misteri kerugian Dawama

Oleh Ku Seman Ku Hussain

SEBELUM syarikat konsesi percetakan dan pengedaran buku, Dawama dikatakan mengalami “kerugian”, seorang kawan memberikan reaksi yang sangat sinis.

Katanya, dia sama sekali tidak percaya Dawama yang mendapat kontrak mencetak dan mengedarkan buku teks Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengalami kerugian. Ini kerana perniagaan Dawama tidak ada persaingan, syarikat ini diberi kontrak oleh kerajaan mulai 2002 hingga 2014 untuk mencetak buku teks. Katanya, peluang Dawama ibarat satu-satunya penjual pelampung yang ada di tepi kapal Titanic yang hampir karam.

Tetapi hakikatnya Dawama kini mendakwa mereka mengalami “kerugian”. Semua orang tidak percaya Dawama boleh rugi kerana tahun ini sahaja Dawama sepatutnya mencetak enam juta naskhah buku teks untuk diedarkan ke sekolah. Bayangkan untungnya berapa? Tidak ada syarikat lain yang mendapat kontrak tunggal “menjual pelampung di tepi kapal Titanic” seperti yang diberikan kepada Dawama. Menurut sumber, sejak 2002 hingga kini DBP telah membayar RM650 juta kepada Dawama.

Tetapi akibat “kerugian”, Dawama telah bertindak di luar paras kemanusiaan. Mereka memaksa hampir 400 pekerja bercuti tanpa gaji beberapa hari lalu. Peliknya cuti tanpa gaji itu tidak ada tempohnya, adakah sebulan, setahun atau sepuluh tahun? Pekerja Dawama sebahagian besarnya adalah kakitangan DBP yang berkerja di kilang percetakan di Hulu Kelang.

Kerajaan mesti menyelongkar perihal kewujudan Dawama pada 2002 dulu dan mengapa Dawama mengalami kerugian. Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kerana semua orang percaya Dawama tidak mengalami kerugian seperti yang didakwa. Maka isu Dawama sekarang bukanlah sekadar menyelamatkan pekerja yang diberi cuti tanpa gaji. Isu Dawama adalah bebanan kepada DBP yang terpaksa mengambilalih mencetak enam juta naskhah buku teks.

Sebenarnya mengswastakan kerja-kerja pracetak, percetakan dan pengedaran buku-buku DBP adalah sangat pelik. Difahamkan nisbah agihan keuntungan 80: 20 (Dawama : DBP). Kalau dilihat nisbah ini, penswastaan itu menganiaya DBP kerana royalti dan bahan editorial ditanggung oleh DBP. Sedangkan Dawama hanya mencetak dan mengedarkan sahaja. Promosi buku teks tidak perlu kerana pembeli sudah ada.

Sebelum kewujudan Dawama, DBP mengamalkan konsep payung kepada beberapa syarikat percetakan untuk diberi tugas mencetak buku teks. Konsep ini ternyata berjaya kerana tidak ada masalah timbul dan ini juga banyak membantu syarikat percetakan terutama bumiputera mendapat peluang. Tetapi selepas penswastaan, Dawama menjadi induk kepada beberapa syarikat lain.
Cemerlang

Kewujudan Dawama tidak memperlihatkan peningkatan jualan buku-buku umum dan sastera terbitan DBP. Sepuluh majalah DBP juga tidak meningkat jualannya. Pengedaran buku-buku teks sudah ada pembeli. Siapa yang edar pun buku teks sekolah akan laris dan menguntungkan.
Kakitangan DBP telah terbukti mampu melaksanakan kerja-kerja penerbitan dengan cemerlang. Sebelum wujudnya Dawama, pengedaran buku teks tidak mengalami masalah untuk sampai sebelum sekolah dibuka. Jadi, memberikan kontrak mencetak dan pengedar buku teks adalah anugerah kepada kepada Dawama. Malangnya anugerah itu kini menjadi beban kerajaan.

Maka apabila Dawama memberi masalah kepada DBP, pihak yang mengusulkan penswastaan mesti dipersoalkan. Siapa yang membawa usul pelik ini hingga Dawama bukan meringankan DBP tetapi membebankan.

Ini satu kerja yang tidak baik sebenarnya dan kesan daripada perbuatan itu kita dapat ihat hari ini apabila DBP terpaksa bertungkus lumus memastikan enam juta buku teks dicetak dan diedarkan sebelum mula persekolahan 2012.

Imej DBP mesti dibersihkan apabila ada pihak meletakkan kesengsaraan Dawama disebabkan DBP seolah-olah pembayaran tidak disalurkan kepada Dawama. Tetapi kata Ketua Komunikasi Korporat DBP, Ghafar Abdullah, pejabat urusan Dawama yang terletak di kilang percetakan milik DBP di Hulu Kelang pun masih tertunggak sewanya. Kenapa sedaif itu?

Mustahil

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong baru-baru ini berkata, adalah mustahil Dawama boleh mengalami kerugian kerana jualan buku teks sekolah menerusi kontrak dengan Kementerian Pelajaran adalah besar dan terjamin. Ini diperkuatkan lagi dengan dakwaan gaji pengurusan kanan terlalu tinggi, hingga hampir sama syarikat minyak. Jadi apa sebenarnya masalah Dawama hingga kelihatan hampir muflis? Adakah disebabkan kelemahan urus tadbir hingga menyebabkan kerugian? Atau memang untung tetapi tidak mahu berkongsi dengan pekerja bawahan?

Isu Dawama cukup memalukan. Ini memperlihatkan kegagalan sebuah syarikat Melayu yang diberi kontrak oleh kerajaan dan tidak bersaing dengan syarikat lain, tetapi akhirnya gagal. Sekarang semua orang mahu tahu dengan pembayaran RM650 juta sejak 2002 kepada Dawama, apa yang dibelanjakan hingga syarikat hampir muflis? Kontrak pracetak dan percetakan buku DBP perlu dikerjakan oleh syarikat yang bukan sahaja mempunyai kewangan yang kukuh tetapi berwibawa. Dawama diwujudkan untuk mendapat kontrak ini dan belum teruji sebagai syarikat penerbitan atau percetakan yang berpengalaman.

Posted in: Uncategorized