PAKATAN RAKYAT SAYS IT, WE DON’T…

Posted on April 10, 2012

0


List of political parties in Malaysia

List of political parties in Malaysia (Photo credit: Wikipedia)

Sometimes, one wonders why on earth does someone froma pro-PR blogger or medium write such a damaging news story for the public. Just read the news story below and you know what I mean. This is not good for the vision and aspiration of the PR. Unless of course this is an inside job. Anyway a good propaganda news story for BN. Or that Malaysians are now in the midst of a changing mindset embarking on a new political maturty drive as has been suggested times and again by majority of public political wish.

Suara Pakatan Rakyat 9 April 2012 Malapetaka Kalau PR Tidak Tunaikan Janji PRU12

PENULIS melihat bila Perdana Menteri sendiri memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat yang ditinggalkan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, itu memberi tanda bahawa pilihanraya umum sudah semakin hampir.

Buktinya, di kala Najib sendiri sudah terbeban dengan pebagai tugas sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dia tidak akan menyusahkan dirinya lagi dengan memimpin satu lagi kementerian.

Kecuali atas sebab-sebab yang kukuh seperti pilihanraya umum yang semakin hampir.

Sekilas pandang Manifesto bagi negeri Kedah, Selangor dan Pulau Pinang pada 2008, penulis melihat masih banyak lagi janji-janji yang perlu dilaksanakan semua negeri tersebut, sedangkan tempoh pemerintahan penggal kali ini semakin sampai ke kemuncaknya.

Percayalah, malapetaka besar akan melanda Pakatan Rakyat jika semua janji-janji ini tidak dilaksanakan kerana di pihak sebelah sana, mereka sedang sibuk menabur janji dan wang untuk memastikannya janji mereka menjadi kenyataan.

Kalau boleh penulis ulang siar janji-janji pilihanraya umum 2008, mengikut negeri yang kita perinta untuk makluman semua pengunjung.

Selangor

Memastikan semua pemimpin bebas rasuah, Menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri, Menghentikan projek-projek membazir dan rugi, Memastikan ketelusan pentadbiran negeri , Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan, Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan.

Membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, Memberi bantuan RM 75 sebulan bagi setiap anak yang di hantar ke nurseri, Memberi bantuan RM 50 sebulan seorang bagi pendidikan anak pra sekolah, Memberi hadiah RM 1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke Universiti, Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor, Memberi bantuan kepada kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia, Mencarum takaful bernilai RM 2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim, Memberi elaun ibu tunggal yang layak , Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak mereka, Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri, Mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam.

Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin, Memberi 14 hari cuti suami yang isterinya bersalin, Memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami, Menyediakan perubatan percuma unutk warga 65 tahun ke atas.

Menyediakan premis perniagaan yang cukup, Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda, Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk 2 tahun pertama, Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%, Memberi bekalan air domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan, Menjalankan program bagi membolehkan rakyat termiskin terutama petani dan nelayan mendapatkan perkhidmatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan.

Menguatkuasakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir, Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan, Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.

Kedah

Mentadbir dengan baik dengan mengutamakan KEADILAN, PERTANGGUNGJAWABAN dan INTEGRITI, Mempastikan pentadbiran yang SIFAR RASUAH, Mengkaji semua elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh MENTERI BESAR dan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan, Melaksanakan pemberian kontrek secara telus dan adil, Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan, Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa FAEDAH untuk kakaitangan kerajaan.

Menubuhkan Institusi Imam (Maahad Imamah)untuk melahirkan pegawai mesjid yang terlatih, Elaun untuk imam yang setimpal dengan peranan mereka sebagai ketua kariah, Memberi elaun kepada guru guru Al-Quran persendirian, Mempercepat proses penyelesaian masaalah kekeluargaan Islam dalam Mahkamah Syariah.

Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing, Mengiktiraf dan menjamin budaya, adat resam semua kaum, Melantik EXCO daripada bukan Islam.

Pulau Pinang

Pertahankan demokrasi dengan cara mendapatkan sokongan rakyat untuk mencegah demokrasi kepada sebelah pihak sahaja, Pecahan sempadan seterusnya akan dilaksanakan pada tahun 2010, dengan hanya dapat dilakukan sekiranya dapat merubah 2/3 daripada majoriti kerusi.

UMNO akan menyuarakan permintaan tambahan kerusi untuk memudahkan mendapatkan jawatan Ketua Menteri pada 2013, Menafikan majority 2/3 BN untuk mencegah dari UMNO meningkatkan peruntukkan jumlah kerusi, Kerajaan Pulau Pinang telah kehilangan kuasa dalam sector pengangkutan awam dan bekalan air kepada kawalan kerajaan persekutuan.

Menganjurkan dan mempromosikan ekonomi pihak berkepentingan kepada semua dimana syarikat yang memperoleh kontrak dengan kerajaan melebihi RM 10 Juta di Pulau Pinang, perlu menyumbangkan sebahagian daripada keuntungan mereka, Menarik minat pelabur yang mampu membayar gaji pekerja dengan lebih tinggi ( bukannya membayar gaji rendah yang akan menyebabkan kemasukan buruh asing yang murah), Mentadbir pemerintahan kerajaan yang bebas daripada NEP, Rasuah, ketidakcekapan yang hanya akan mendatangkan faedah kepada segelintir kumpulan kecil orang-orang UMNO sahaja, Menaiktaraf industri Hi-Tech, pembuatan dan IKS/PKS pada rangkaian nilai global, Meremajakan sector pelancongan dan perkhidmatan industri dengan cara membina persekitaran hijau seperti pembinaan Zoo Pulau Pinang yang baru, hotel dan kawasan Warisan Pelancongan, Merombak dan menyusun semula Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang, Pelaburan Pulau Pinang, Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang dan Pelaburan Autoriti Pulau Pinang untuk merangsang kemasukan lebihan pelaburan asing, Pelan komprehensif untuk menggalakkan ekonomi berasaskan pengetahuan untuk menyelamatkan Pulau Pinang dalam dunia globalisasi yang pesat berubah, Menembusi Diaspora Pulau Pinang untuk program “ Brain Gain”.

Kemampuan memiliki rumah untuk semua, Meningkatkan keadilan sosial dan membenteras apa sahaja bentuk diskriminasi termasuklah diskriminasi terhadap jantina, bangsa, agama dan kurang upaya, Menurunkan kadar jenayah dan meningkatkan keselamatan awam dengan meletakkan lebih ramai polis di jalanan, Memperbanyakkan kawasan hijau dan menghentikan projek pembangunan yang berleluasa seperti contoh Pusat Bandar Global Pulau Pinang (PGCC) yang tidak mematuhi peraturan dan tidak dimasukkan atau dinyatakan dalam draf rancangan penstrukturan Pulau Pinang 2005-2010, Mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di Sungai Juru dan Sungai Pinang.

Keadaan system pendidikan kita adalah menyedihkan. Tidak dapat diduga bagaimana kerajaan BN boleh memperuntukkan lebih dari RM 1 Trilion untuk projek koridor dan bukannya memberi tumpuan kepada pembinaan system pendidikan yang baik yang jelas menjadi tunggak kepada kejayaan ekonomi Negara, Kami hendak mendesak kerajaan BN untuk tidak melibatkan sebarang unsur-unsur politik dan politik keagamaan didalam Sekolah Kebangsaan, menerima dan juga menyalurkan peruntukkan kewangan kepada semua Sekolah Venakular dan menghormati hak pendidikan bahasa ibunda kepada semua pelajar, Kami menyokong matapelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa ibunda pelajar manakala pelajar memberi tumpuan kepada meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris mereka melalui kelas tambahan, Kami mahu memastikan Institusi Pengajian Tinggi kita mencapai tahap akreditasi dan pengiktirafan yang tinggi daripada badan-badan antarabangsa untuk membina tenaga kerja yang mahir dan bertaraf dunia dalam usaha untuk bersaing secara berkesan dengan
Negara-negara lain. Zaman pengeluaran kos rendah telah berlalu.

Wakil-wakil yang dipilih untuk berkhidmat dalam Kerajaan Tempatan untuk melaksanakan kerja-kerja Majlis Tempatan, tidak cekap dan menyeleweng. Perkara ini merupakan satu penghinaan terhadap demokrasi, Memulihkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan sebagaimana yang diperuntukkan dibawah Artikel 113 (4) dalam perlembagaan, Pembiayaan penuh untuk akauntabiliti, perbelanjaan dan penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan ketelusan serta keadilan dan bukannya ketidakadilan seperti kes-kes dimana hanya beberapa penjaja yang dihukum sebaliknya bangunan haram yang didirikan oleh UMNO Tanjong tidak dirobohkan.

Tiada perobohan haram rumah ibadat untuk semua agama seperti Kuil Tow Boo Keong di Bukit Mertajam, Kebebasan beragama, menyuarakan pendapat dan kebebasan bertindak menggubal maklumat, Memasang papan tanda jalan dalam bahasa lain, Tender terbuka bagi semua projek Kerajaan Negeri, dengan keutamaan diberikan kepada Perbadanan Kontraktor Pulau Pinang dengan semua butiran dipamerkan untuk tontonan awam, Melaksanakan undang-undang integriti yang memeerlukan pengistiharan harta bagi semua pegawai
awam.

Kerajaan Negeri perlu mengekalkan kawalan mutlak terhadap lessen dan operasi sistem pengangkutan awam untuk memastikan kualiti perkhidmatan, Pendekatan holistik – Menyepadukan system pengangkutan yang pelbagai seperti bus, feri, perkhidmatan rapid transit (MRT) dengan rangkaian transit yang menyeluruh.

Dengan pecahan sistem pemeriksaan dan imbangan institusi seperti Badan Kehakiman, Agensi Rasuah dan Polis dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri perlu ada suara pembangkang yang kuat, Adalah penting untuk memastikan calon-calon pembangkang yang cukup dalam kedua-dua Dewan Undangan Negeri dan Parlimen kerana tidak ada banyak kerusi yang diperuntukkan untuk dimenangi, Peranan DAP dikedua-dua Dewan Undangan Negeri dan Parlimen adalah untuk memastikan tidak ada komuniti yang ditinggalkan dalam proses pembangunan. Kami akan memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kepercayaan, agama dan
jantina.

Artikel Berkaitan:

  1. Dalil Kenapa Tapak Masjid Bayan Mutiara Tidak Perlu
  2. Pengerusi MAIPP: Anwar Perlu Tunai Janji Permatang      Pasir
  3. Janji Mega Pakatan Rakyat Untuk PRU13
  4. Bajet 2011 PR: Tunaikan Segera Manifesto 2008 Untuk      Yakinkan Rakyat
  5. Kalau Macam Nii..Umno “Putih Mata” Nak Ambil PP      Semula..??

Tags: janji, manifesto 2008, pakatan rakyat

No Comments

Leave a Reply

 

Posted in: Current Issues