AIDC: strategi samakan anwar dengan aung san su kyi. betul ke sama?

Aung San Suu Kyi greeting supporters from Bago...

Aung San Suu Kyi greeting supporters from Bago State on 14 August 2011. (Photo credit: Wikipedia)

AIDC 2 April 2012 Strategi Samakan Anwar Dengan Aung San Su Kyi

Published by AIDCon April 2, 2012|1 Comment
AIDCNews – 02/04/12 – “Nasib Suu Kyi hampir sama dengan nasib Anwar”, begitulah bunyi di twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan usaha menyamakan kedua-dua tokoh Burma dan Malaysia itu.

Sebenarnya usaha menyamakan kedua tokoh ini adalah salah satu strategi ‘kumpulan pemikir Anwar’ yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) sejak dari tahun 2007 lagi.

Anwar sendiri kelihatan bersungguh-sungguh mahu menyamakan dirinya dengan tokoh wanita dari Burma itu.

Kehadirannya ke Asia Plateau, Panchgani, India pada 8-12 Januari 2012, dalam program ‘Making Democracy Real” semata-mata untuk mencapai obejetif tersebut.

‘Making Democracy Real‘ adalah satu program untuk mengangkat tokoh-tokoh demokrasi seperti Aung San Suu Kyi untuk membina demokrasi sebenar di negara masing-masing dengan sokongan pihak Barat.

Persidangan kumpulan demokrasi itu dibuka tirai dengan tayangan video Aung San Suu Kyi dan ucapan perasmian Rajmohan Gandhi, Presiden Initiatives of Change (IofC).

Rajmohan, cucu Mathma Ghandi yang dijadikan icon melaksanakan ‘kerja-kerja demokrasi’ dengan bantuan dana Barat.

Pembantu Rajmohan, Varshney adalah kroni Soros yang mendapat tajaan daripada yayasan penyangak matawang Yahudi itu untuk melaksanakan persefahaman Hindu-Muslim di India yang meniru model persefahaman Muslim-Christian di Indonesia.

Rajmohan membantu karier politik Suu Kyi, yang dipuji Anwar sebagai “penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi..demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah”, sedangkan wartawan Barat mengetahui mengetahui hakikat sebenar bahawa Gandhi juga ‘pro-homoseksual’.

Joseph Lelyveld, pemenang Pulitzer Prize dalam bukunya, “Great Soul” mendedahkan demokrasi diperjuangkan Mahatma Gandhi salah satu adalah kebebasan homoseksual di India.

Suu Kyi Proksi Barat

Tony Cartalucci, wartawan Land Destroyer Report bertajuk “CIA Coup Army Uncovered in Asia” melaporkan Suu Kyi adalah proksi yang ditaja pihak Barat berdasarkan rekod penglibatannya sebagai bekas petugas Bangsa-Bangsa Bersatu dan pemenang Anugerah Keamanan Nobel.

“Aung San Su Kyi merupakan peserta akhir bagi anugerah Chatham House Prize 2011, dan disebabkan ini maka tidak hairanlah jika beliau juga mendapat sokongan daripada pertubuhan ‘Freedom Now’.

“Pertubuhan Freedom Now menerima bantuan kewangan darpada Moriah Fund, Lantos Foundation yang disertai Presiden rejim Zionis Israel Shimon Peres sebagai “penasihat,” Real Networks Foundation (yang juga membiayai pertubuhan Democracy Now) dan Charles Bronfman Prize yang mengisytiharkan pada laman webnya slogan “Nilai Murni Yahudi. Impak Global.

“Beliau menuntut di luar negara, pernah bertugas dengan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York dan menerima ijazah PhD daripada University of London sebelum pulang ke Myanmar untuk memimpin pergerakan pro-demokrasi ”, lapornya.

Menurutnya, NED dan Soros menaja ‘Revolusi Safron’ di Burma, sama seperti yayasan dana asing menaja BERSIH 2-0 di Malaysia.

Su Kyi Bukan Anwar Ibrahim

Rachel Motte, wartawan New Ledger menyifatkan Anwar Ibrahim dan Aung San Suu Kyi adalah tidak sama berdasarkan rekod peribadi kedua-dua tokoh tersebut.

“Anwar bukan Aung San Suu Kyi. Sebenarnya, tindakan beliau sebagai pengasas bersama sebuah badan yang memperjuangkan Persaudaraan Islam Sejagat menunjukkan beliau jauh berbeza dengan Suu Kyi, yang telah banyak berkorban untuk memperjuangkan demokrasi,” tulis Motte, penulis New Ledger laman web berhaluan kanan di AS.

Menurut Motte, rekod peribadi Anwar sangat berbeza apa yang berlaku terhadap Suu Kyi, malah lanskap politik Malaysia dan Myanmar tidak langsung mempunyai persamaan.

Ujarnya, Suu Kyi pernah dinobatkan dengan Anugerah Nobel pada 1991 atas usaha perjuangan tanpa keganasan untuk demokrasi dan hak asasi manusia di Myanmar. Ayahnya, Aung San yang terlibat dalam proses perundingan kemerdekaan Burma dari jajahan British pada 1947, telah dibunuh oleh musuh politiknya ketika Suu Kyi berumur dua tahun.

“Apabila ibunya yang berkhidmat sebagai duta meninggal dunia pada 1989, Suu Kyi telah menghambakan diri dalam memperjuangkan demokrasi seperti mana keluarganya. Beliau aktif dalam pergerakan pro-demokrasi di Myanmar yang kemudian mengakibatkan Suu Kyi dikenakan tahanan rumah pada 1989 tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan dilakukan”, katanya.

Katanya lagi, Suu Kyi yang dibebaskan dari tahanan rumah pada 13 November lepas telah menderita akibat dikenakan tahanan rumah dalam tempoh 15 tahun dari 21 tahun lepas selain terpaksa berpisah dari keluarga. Beliau hanya berpeluang menemui suaminya Michael Aris sebanyak lima kali dalam 10 tahun terakhir sebelum kematiannya.

“Walaupun terdapat campur tangan dari tokoh seperti bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan dan Pope John Paul II, ia tidak mampu mengubah pendirian pihak junta supaya Aris diketemukan dengan Suu Kyi.

“Beliau juga telah terpisah sejak sekian lama dari dua orang anaknya selain terpaksa hidup dalam keadaan kesempitan dan kesusahan dan adakalanya tanpa bekalan elektrik,” kata Motte.

Tegasnya, “Jika ada sesiapa yang tersiksa dalam usaha menegakkan demokrasi, orang itu adalah Suu Kyi tetapi bukan Anwar. Beliau telah menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan untuknya seperti faedah perbicaraan, sepasukan peguam, kemudahan kepada perhubungan media sama ada tempatan dan luar negara, memiliki parti politiknya sendiri malah berpeluang mengembara ke seluruh dunia”.

Ujar Motte lagi, bukti paling kukuh Anwar tidak sama dengan Suu Kyi adalah penglibatan Anwar sebagai pengasas sebuah pertubuhan Global Muslim Brotherhood menunjukkan beliau sebenarnya menolak idea mengenai demokrasi yang diperjuangkan Suu Kyi.

Tulisnya, pada tahun 70-an dan 80-an ketika Suu Kyi sibuk dengan kerja-kerja yang mengakibatkan beliau dihumban ke penjara, Anwar pula terlibat dalam gerakan Islam, PKPIM, ABIM yang mempunyai rangkaian antarabangsa, termasuk WAMY (World Assembly for Muslim Youth) dan IIIT (International Institute of Islamic Thought).

“Pada 2002, Suu Kyi telah mengambil peluang dari pembebasan sementara untuk menyambung kerja-kerja berkaitan pembebasan Myanmar.

“Manakala Anwar pula melalui IIIT telah dikenakan saman bagi pihak mangsa dan keluarga yang terkorban dalam peristiwa 11 September 2001, yang dilancar terhadap pertubuhan yang didakwa membantu dana kumpulan radikal Islam,” tulis Motte yang juga graduan dari Torrey Honors Institute dalam pengajian Sejarah.

Menurutnya, pada 2007, apabila Suu Kyi membuat kenyataan nasional media, yang pertama dalam tempoh empat tahun dari tahanan rumah, Muslim Brotherhood pula menamakan IIIT yang dikaitkan dengan Anwar dalam senarai ke 29, “pertubuhan kami dan pertubuhan untuk rakan kami” (our organisations and the organisations of our friends).

“Walaupun secara terang-terangan Anwar cuba menyamakan masalah politik dan perundangan yang dihadapinya di Malaysia dengan penyalahgunaan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Suu Kyi di Myanmar, namun tiada siapa pun boleh menyamakan mereka.

“Anwar dan Suu Kyi mungkin menjadi pemimpin pembangkang di negara masing-masing tetapi persamaan antara mereka hanya setakat itu saja,” katanya.

Share

13

Twitter

10

Email

//

Be the first to start a conversation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: