Pak Sulung: Singapura Kembali Masuk Malaysia?

Bila Anwar jadi PM  Singapura akan masuk semula Malaysia satu melayu 12 jun 2011?

“PERCAYALAH! Kalau Anwar berjaya jadi Perdana Menteri Malaysia melalui PRU-13 nanti, Singapura akan masuk semula Malaysia. Macam mula-mula Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963.”

Demikian pandangan seorang sahabat lama yang SM jumpa semasa menghadiri majlis kenduri kahwin anak seorang teman di Teluk Intan, semalam. Sahabat itu seorang bekas guru sekolah dan orang lama Umno yang aktif diperingkat bahagian tetapi tidak berpeluang jadi wakil rakyat kerana tak ada nasib.

Dalam perbualan kami sambil menghisap rokok selepas menjamu selera, sahabat itu berkata: “Kalau mike kaji, kempen Anwar yang kononnya akan jadi PM pada 16 September dua tahun lalu adalah bertepatan dengan tarikh tertubuhnya negara Malaysia.”

“Teman yakin, Anwar memilih tarikh itu setelah ada rundingan dengan kuasa asing yang mahu melebarkan kuasa ‘negara pulau’ itu di Nusantara ini.

“Singapura adalah bagaikan Israel di Asia Barat untuk Nusantara. Kuasa Barat menjadikan Singapura sebagai tapak untuk mereka melebarkan agenda di rantau ini. Oleh kerana Singapura terlalu kecil dan ekonominya sangat bergantung kepada bahan mentah dari Malaysia dan Indonesia, maka memasukkan semula negara itu ke dalam Persekutuan Malaysia sangat penting.”

“Tapi negara itu jauh lebih maju dan lebih kaya dari Malaysia dan Indonesia?” balas SM memancing hujah yang lebih mendalam.

“Betul! Sejak Singapura keluar Malaysia pada 1965, Lee Kuan Yew telah berjaya membangunkan negara pulau itu dengan pesat sekali, hinggakan tidak ada tanah lagi untuk dibangunkan. Singapura jadi sempit.

“Bagaimanapun, setelah Malaysia dan Indonesia membangun secara perlahan di mana semua bahan mentahnya diproses sendiri dan menjadi pengeksport barangan siap juga secara sendiri, maka kedudukan Singapura sebagai hub  mengeksport barangan dari dua negara jirannya semakin terbatas.

“Sekarang pertumbuhan ekonomi Singapura semakin perlahan dan mengecil. Inflasi semakin meningkat dan rakyat asing semakin ramai diambil bekerja kerana bayaran gaji yang murah. Keresahan dan kegelisahan ekonomi rakyatnya semakin mendesak. Itu sebab pada PRU Singapura baru-baru ini, pihak pembangkang menang banyak kawasan. Hinggakan Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong terpaksa letak jawatan sebagai Menteri Mentor dan Menteri Kanan,” jelasnya dengan panjang lebar.

“Bolehkah rakyat negara ini terima Singapura menganggotai semula Malaysia setelah sekian lama mengecam dan menghimpit negara kita dengan pelbagai karenah. Hinggakan Tun Dr. Mahathir nak bina Jambatan bengkok pun tidak berjaya kerana bantahan negara itu?” tanya SM kepadanya.

“Jambatan Bengkok dibatalkan kerana kelemahan pentadbiran Pak Lah. Ketika itu mungkin Anwar juga ada berperanan di sebalik tabir.

“Masalah rakyat Malaysia nak terima atau tidak tak timbul. Kalau Anwar jadi PM dia akan buat apa yang dia suka dan akan ada konco-konco dia yang setuju nanti.

“Lihat sahaja apa yang terjadi dengan Pas sekarang. Kerana DAP berjaya peralatkan Anwar dan Anwar pulak boleh menguasai Pas, dasar perjuangan Islam parti itu telah berjaya diubah sendiri oleh Presiden Pas melalui muktamarnya, semata-mata kerana takutkan sokongan kaum Cina kepada pakatan – terutamanya Pas, akan terbantut.

“Maknanya, jika pakatan berjaya berkuasa dan Anwar pula berjaya diangkat jadi PM, kuasa pemerintahan negara ini akan berada di tangan kaum Cina pada kadar tidak kurang dari 60%. Ketika itu – sebagaimana yang terjadi sekarang, Melayu Pas dan Melayu PKR hanya jadi tukang ‘angguk’ saja kerana takut terlucut jawatan sebagai wakil rakyat dan lain-lain jawatan yang ‘disedekahkan’ oleh DAP nanti,” jelasnya.

“Apa maksud mike kaum Cina yang lebih berkuasa?” tanya SM lagi.

“Yalah! Sekarang ini walaupun DAP tidak berkuasa penuh tetapi dengan pakatan tiga parti itu mereka dapat kuasa. Dan kuasa yang mereka perolehi nanti adalah atas sokongan undi kaum Cina.

“Katakanlah di satu kawasan parlimen di mana undi kaum Melayu 50%, kaum Cina 40% dan India 10%. Yang akan bertanding atas tiket BN mungkin MCA atau Gerakan atau Umno. Sedangkan yang akan menentangnya adalah calon pakatan dari Pas.

“Sudah tentu undi Melayu akan pecah dua – untuk BN dan untuk Pas, sedangkan undi kaum Cina solid untuk Pas, menanglah Pas, berjayalah pakatan. Inilah yang teman maksudkan undi kaum Cina menguasai wakil rakyat Melayu,” jelasnya.

“Kalau begitu eloklah Singapura kembali jadi anggota Persekutuan Malaysia?” usik SM meminta teman itu melanjutkan hujahnya.

“Elok kata mike? Kalau Singapura masuk Malaysia jumlah anggota parlimen dari kaum Cina akan bertambah. Lebih dari 20 anggota parlimen dari PAP Singapura akan menduduki parlimen Malaysia. DAP dah tunggu, tambah lagi dengan MP Singapura, maka majoriti kaum itu di parlimen negara Malaysia akan bertambah.

“Tidak cukup dengan itu, sudah tentu PAP dari Singapura akan diterima jadi anggota BN. Maka semakin bertambahlah kuasa mereka.”

“Tak apalah…. Perdana Menterinya masih Melayu, Anwar Ibrahim…. ,” celah SM mengusiknya yang nampak semakin serius. Suara bualannya pun semakin tinggi.

“Anwar!… Anwar bin Ibrahim? Kalau dalam pakatan sekarang ini pun dia ikut telunjuk DAP, apakah nanti bila dah jadi PM kerana jasa DAP, dia mampu menolak segala kehendak parti cahuvanis Cina tu? Dia peduli apa? Asalkan dia jadi PM, dapat duduk di Putrajaya dan boleh tutup semua kes salahlaku moralnya, sudah cukup baginya. Masalah bangsa, agama, negara dan lain-lain tak penting. Nak jahanam…. jahanamlah…. Asalkan dirinya terlepas bebas.”

“Tapi Hadi Awang ada. Dia tentu jadi TPM. Tentu dia boleh nasihatkan Anwar selaku PM mengenai masalah kepentingan atau kebajikan orang Melayu… Bukankah Pas kini berjuang atas dasar kebajikan?” celah SM.

“Hadi Awang nak mike harap?” jawabnya spontan dengan nada tinggi. “Partinya sendiri pun dia sanggup gadaikan kepada DAP, apa pulak dengan negara, bangsa dan agama. Dia jauh lebih teruk daripada Anwar. Hadi mana ada akal. Otak dia dia letak di kepala lutut. Sekarang Pas dah jadi huru-hara di buatnya….”

“Lagipun yang akan jadi TPM bukannya Hadi seorang. Mungkin ada tiga TPM. Hadi, Lim Kit Siang dan seorang lain dari kaum India yang boleh ikut apa saja kehendak DAP.” Jelasnya.

“Kalau itulah yang akan terjadi selepas Pru-13, nanti orang Melayu akan sedar dan pada PRU-14, kita serah semula kepada BN!” jawab SM mengusik.

“Heh! Jangan harap! Sekali DAP dan PAP dapat kuasa, jangan harap Melayu akan dapat kuasa semula. Macam-macam strategi akan diguna untuk memencilkan kuasa Melayu. Antaranya, persempadanan baru kawasan pilihanraya akan mereka lakukan di mana majoriti kaum Melayu akan dipastikan berada pada tahap rendah.

“Ketika itu mungkin di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan sedikit di Pahang mereka biarkan majoriti Melayu lebih kerana kaum Cina di sana kurang. Tapi di negeri-negeri lain semua kawasan parlimen akan bermajoritikan kaum Cina atau sekurang-kurangnya majoriti Melayu berada pada tahap tidak melebihi 50%.

“Jawabnya, Semenanjung Tanah Melayu ini akan beransur-ansur jadi seperti Singapura. Melayu diserakkan bertaburan bagi maksud mengecilkan kuasa undi.”

“Kalau begitu tak boleh jadi! Pakatan mesti dikuburkan?” celah SM. 

“Apa yang tak boleh jadi? Itulah yang akan terjadi kalau pada PRU-13 nanti orang Melayu yang ‘sontot akal’ macam Melayu Pas dan Melayu PKR terus memuja Anwar dan berusaha mati-matian mahu meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri?”

“Lebih teruk lagi, setelah mereka berkuasa dan Anwar pun ‘mampos’, habislah kuasa Melayu dalam pakatan. Ketika itu menangis keluar air mata darah sekali pun tak bermakna lagi.” Jelasnya.

“Bagaimana kalau Anwar terus kekal berkuasa hingga mencecah umur lebih 80 tahun sebagaimana Tun Dr. Mahathir?” tanya SM menarik minatnya untuk terus memberikan hujah yang SM kira agak bernas itu.

“Kalau Anwar tak mampos-mampos juga, mereka akan kenakan dia dengan pelbagai tuduhan yang menekan supaya dia berundur. Kalau mereka mahu bila-bila masa saja mereka boleh bogelkan Anwar dan dia akan cabut lari lintang pukang tinggalkan Putrajaya,” katanya sambil ketawa kecil.

“Anwar mana boleh di tekan. Dia kebal. Lihat saja sekarang ni, macam-macam hal terdedah dengan sendirinya tapi dia tetap kebal dan tak lut dengan semua itu. Malah orang yang menyokongnya tetap masih ada,” jawab SM.

“Sekarang ini yang menekan Anwar ialah kepimpinan Melayu Islam – Umno. Orang Umno atau Melayu Umno ni masih ada ‘pikior kenangnya’. Tak mahu keterlaluan dan tak mahu bertindak kejam kerana masih ada pegangan agama. Ajaran Islam sebenar yang menjadi pegangan pemimpin Umno membuatkan Anwar boleh bertindak sesuka hati. Orang Melayu Umno ni masih berlembut dan terlalu banyak ‘tolak ansurnya’. Sampai dah nak tertolak ke tepi pun deme masih dok bersabar… sabar….”

“Tapi kalau dengan pemimpin DAP dan PAP nanti, dia tahulah ‘Rabu… Khamisnya’. Ketika itulah baru dikatakan ‘buku bertemu ruas’. Kaum chauvanis tu tak akan membiarkan Anwar sebagaimana Melayu Umno buat sekarang ini. Mereka akan kerjakan Anwar macam mana komunis memerintah Malaya selama 14 hari selepas kekalahan tentera Jepun tahun 1945 dulu. Mereka tu sebenarnya komunis. Cuma nama saja ditukar kepada sosialis. Padahal sosialis itu adalah komunis sebenarnya.”

“Lagipun kepimpinan DAP dan PAP tu dapat sokongan kuasa Barat seperti Amerika dan puak-puak Zionis seluruh dunia. Tengok apa jadi dengan Libya, Iraq, Afghanistan dan lain-lain negara Islam. Mereka boleh buat sesuak hati. Tak ada negara Islam yang berani tentang mereka. Kita orang Islam telah dirantai dengan ‘perpecahan sesama sendiri’ kerana tak ikut ajaran Islam sebenar. Cakap saja Islam, tapi perangai lebih teruk dari syaitan…”

“Ah! Cukuplah cerita merepek kita ni. Laa! Dah pukul dua lebih ni. Aku ada lagi satu kenduri nak pegi ni…. Mike ni banyak benor tanya…. Dah terlajak teman nak ke majlis kenduri lagi satu,” kata sahabat itu meminta diri.

Pemergiannya diringi gelak ketawa teman-teman lain yang secara tidak kami sedari turut mendengarkan apa yang kami bualkan tadi.

Demikian pendapat terpendam seorang rakyat berbangsa Melayu, beragama Islam dan jiwanya begitu mementingkan agama, bangsa dan negara, kalau difikir-fikirkan. Posted by Pak Sulung at Ahad, Jun 12, 2011

abels: Sembang Kosong

One Response “Pak Sulung: Singapura Kembali Masuk Malaysia?” →
  1. yes..org melayu akn jdk minoriti bila singapore msuk mlaysia

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: