Zulkifli Noordin: Sudah Terang Lagi bersuluh

DAH TERANG BERSULUH PULA zulkifli noordin 24 jun 2011!

(Adakah doa munajat Saiful Bukhori dimakbulkan ALLAH? Adakah sumpah la’nat Saiful Bukhori ditunaikan ALLAH?)

Salam 2 all.

Melainkan Anwar Ibrahim sudah hilang sifat kemaluan, dia wajib letak jawatan!!! Semua jawatan. Takde dolak-dalih dah. Takde putar belit, takde bohong lagi. Semuanya sudah jelas. Daripada prosiding pertuduhan terhadap Datuk Trio pagi tadi di Mahkamah Kuala Lumpur atas dakwaan menyiarkan video lucah, terbukti perkara berikut:

1. lapuran pakar daripada Dartmouth College, New Hampshire, Amerika Syarikat mengesahkan lelaki didalam videoklip tersebut ialah Anwar Ibrahim;

2. rakaman kamera litar hotel membuktikan Anwar Ibrahim dan Datuk Eskay berada di lobi pada tarikh kejadian;

3. lapuran pakar membuktikan ketulinan rakaman tersebut dan tiada sebarang unsur tampalan atau ‘superimpose’;

4. Datuk Shazryl, rakan baik Anwar dan turut dirakam didalam videoklip tersebut serta turut kelihatan didalam kamera litar di lobi bersama Anwar mengakui lelaki itu ialah Anwar Ibrahim;

5. Videoklip tersebut mengesahkan terdapat tiga watak didalam videoklip tersebut iaitu seorang lelaki (Datuk Shazryl), seorang lelaki dikenalpasti sebagai Anwar Ibrahim dan seorang wanita berbangsa China.

Perlu teman tekankan disini kita tidak menuduh Anwar berzina dengan China-Doll tersebut. Itu persoalan yang perlu dibuktikan di Mahkamah Syariah berdasarkan beban pembuktian yang ditetapkan syara’.

Apa yang penting disini ialah video tersebut membuktikan Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin, apatah lagi menjadi Perdana Menteri sebuah negara umat Islam!

1. Di Amerika, Ahli Kongres Demokrat bernama Weiner meletakkan jawatan setelah gambar separuh lucahnya tersebar di laman cyber. Beliau mengakui kesilapan dan meletakkan jawatan, terutama setelah ditegur oleh Presiden Obama sendiri;

2. Di Turki, enam orang bakal calon pilhanraya sebuah parti politik meletakkan jawatan parti dan menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya Turki setelah video lucah membaitkan mereka disebarkan dilaman web;

3. Di Indonesia, saudara Ariffinto, Ahli MPR Parti Keadilan Sejahtera, Indonesia meletakkan jawatan setelah dirakan menonton satu videoklip lucah semasa Dewan sedang bersidang;

4. Di Amerika Syarikat, Dominique Strauss-Kahn, Pengarah Urusan IMF meletakkan jawatan setelah dikenakan pertuduhan cuba merogol seorang pembantu hotel di New York, dan menyerahkan sampel DNA nya untuk ujian pihak polis;

Tetapi di Malaysia, setelah dipanggil membela diri kerana meliwat pekerjanya sendiri Saiful Bukhori Azlan, dengan pembuktian DNA yang jelas; dan dengan videoklip yang disahkan ketulinannya dan disahihkan dengan laporan pakar ianya Anwar Ibrahim, diikuti dengan rakam kamera litar beliau berada dilobi bersama Datuk Eskay dihari kejadian: manusia yang ditabal oleh bininya sendiri sebagai anugerah tuhan bukan sahaja tidak mahu meletak jawatan, bahkan menyalahkan Kerajaan dan semua orang lain atas kegiatan tidak bermoral dia.

Kekadang bila tengok rentetan peristiwa diatas, orang kafir pun lebih tinggi maruah dan nilai diri serta prinsip mereka. Dan yang paling malang, manusia yang ditabal bin sendiri sebagai anugerah tuhan ini mengheret sekali para ulama’ suk, ustad-ustad kalkatu dan yang sewaktu dengannya kedalam kancah kehinaan ini. Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman ini nanti yang ma’ruf jadi mungkar, yang mungkar jadi ma’ruf. Dan yang lebih parah, kita disuruh buat yang mungkar, dan dicegah daripada membuat yang ma’ruf.

Nasihat teman kepada kepimpinan PAS terutama yang melabel diri mereka ulamak supaya bermuhasabah lah diri, takutlah kepada ALLAH swt. Buatlah yang ma’ruf, cegahlah kemungkaran. Kembalilah kepada Islam berdasarkan Al Quran dan sunnah. Pada Haji Hadi, teman seru supaya ambil alih jawatan Ketua Pembangkang. Kembalikanlah integriti dan kewibawaan pembangkang.

Kepada Anwar Ibrahim, letak lah semua jawatan; politik, kerajaan dan lain-lain. Letaklah jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh; letaklah jawatan sebagai Ketua Pembangkang; letaklah jawatan sebagai Ketua Umum dan Penasihat PKR (lagipun jawatan ni memang tiada dalam Perlembagaan), letaklah jawatan Penasihat Ekonomi Selangor, hentikanlah sandiwara dan lakonan jijik dan kotor ini; hentikanlah mengheret dan memperkudakan para ulama’ terutama dari PAS. Ringkasnya: pergilah bertaubat nasuha. Cucilah diri. Kubur dah terlalu dekat. Maut dah terlalu hampir. Siksaan ALLAH itu satu kepastian!!!

Kepada Polis dan Peguam Negara, satu siasatan wajib dilakukan untuk mengenal pasti samada Anwar Ibrahim telah membuat lapuran palsu. Jika keterangan dan bukti cukup untuk mendakwa Anwar Ibrahim atas cubaan membuat lapuran palsu (kerana membuat lapuran polis mendakwa bukan dia didalam videoklip itu), maka pihak polis dan Peguam Negara seharusnya tidak gentar untuk mengheret Anwar Ibrahim ke Mahkamah.

Kepada rakyat Malaysia, berhati-hati. Teman mendapat maklumat dari sumber dalaman PKR sendiri bahawa mereka merancang membuat satu videoklip palsu ataupun mengubahsuai videoklip Eskay sehingga menimbulkan keraguan; dan video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat disegala pelosok negara. Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat lapuran polis mendakwa UMNO, BN dan Kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar videoklip itu. Setelah rakyat nanti terpengaruh dengan video palsu itu, mereka akan bawak cerita konon jelas dari video palsu itu bukan Anwar Ibrahim. Dan rakyat akan terpengaruh dan percaya sebab mereka sudah menerima video palsu itu. Teman nasihatkan pihak berkuasa dan Kerajaan supaya mengambil tindakan pre-emptif. Jangan tunggu nasik jadi bubur; jangan sampai rakyat terpengaruh saperti cerita ‘gambar si-mata lebam’!!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua’lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
22 Rejab 1432
24 Jun 2011

Oleh Zulkifli Noordin pada 6:29 PM 0 komentar

Label: Anwar, CCTV, Datuk Trio, PAS, Videoklip

23 June 2011

BiaDAP-KINI

(Siaran MalaysiaKini 22.06.2011 yang jelas provokatif, lucah, kesat, biaDAP, menghina Islam & bangsa Melayu)

Salam 2 all.
Media portal MalaysiaKini yang pro Anwar & pakatan PAS-PKR-DAP menyiarkan lapuran berikut semalam hari Rabu 22.06.2011 (dan teman catat semula tulisan tersebut secara verbatim, word by word,letter by letter):

 

“rajm: My dear fucker minister, to have Islamic names does not mean they are Malays. Malays are not the only people in the world to practice Islamic relegion. Actually these so called malays in the first place are not muslims they were actually practising hindu relegions just like the Balainese. Please don’t talk corcks you MALAY hindu bastards. Look at MNahathir just because he apes the malay customs he becomes a malay and his father becomes a BASTARD“.

 

Ini adalah komen yang disiarkan dalam lapuran bertajuk “Jamil says no apostacy, just a mistake in registration” tulisan wartawan mereka bernama Jimadie Shah yang disiar pada jam 06.20pm pada 22.06.2011. Ianya berkaitan isu permohonan untuk membatalkan status Islam dalam kad pengenalan beberapa orang pemohon di Mahkamah Syariah. Datuk Seri Jamil Khir, Menteri di JPM menjelaskan bahawa mereka ini sebenarnya bukan Islam tetapi mempunyai nama Melayu. Jadi semasa proses pendaftaran dibuat, status agama mereka secara silap disebut “Islam” kerana nama Melayu mereka.

 

Contohnya nama ‘IDRIS JALA’. Namanya berbunyi Melayu, tetapi sebenarnya dia Kristian, dan memang dilahirkan Kristian, tidak pernah pun memeluk Islam. Itulah sebenarnya yang terjadi. Atas alasan itu, jelas Datuk Seri Jamil Khir, Mahkamah Syariah sepatutnya membenarkan permohonan mereka, kerana ini bukan permohonan murtad, sebaliknya penukaran status ke agama sebenar mereka didalam kad pengenalan.

 

Tapi yang menjadi isu sekarang ialah mengapa media portal pro Anwar ini begitu biaDAP dan kurang ajar menyiarkan komen saperti diatas. Menggunakan perkataan mencarut, lucah dan porno saperti “fucker”, “bastards”, “corcks”, provokatif, menghina agama Islam, menghina mantan PM Tun Dr. Mahathir, melabel bapa Tun Dr. Mahathir sebagai “bastards” iaitu “anak haram”, menghina seorang Menteri beragama Islam, menghina umat Islam dan menghina bangsa Melayu.

 

Sedangkan didalam ruangan peringatannya, media portal pro pembangkang ini menyatakan bahawa penggunaan bahasa kesat, lucah, serangan peribadi adalah dilarang!!! Apa punya hipokrit! Mereka melanggar peraturan yang mereka buat sendiri, petikan diatas jelas bersifat provokatif, lucah, menggunakan bahasa kesat, serangan peribadi keatas individu tertentu dan menghina agama Islam dan bangsa Melayu.

 

Apakah semua ini dihalalkan atas nama kebebasan bersuara! Apakah ini semua dibenarkan atas nama hak asasi manusia! Adakah mana-mana agama, tamaddun dan peradaban yang menghalalkan dan membenarkan perlakuan lucah, kesat, porno, provokatif, biaDAP dan kurang ajar saperti ini!!!

 

Teman mendesak Kerajaan supaya janganlah lagi mengambil sikap lemah-lembut (lebih banyak lemah dari lembut) dan bertolak ansur yang melampau. Ini adalah golongan yang tidak faham budi bahasa dan akhlak dan peradaban timur. Sudah berapa kali media portal ini membuat lapuran dan siaran yang jelas berbohong, putar belit, provokatif, rasis, biadap dan kurang ajar!

 

Kerajaan sudah terlaslu banyak bertolak ansur dengan memberi peringatan dan amaran acap kali. Bukan sahaja mereka makin angkuh, malah makin biaDAP, sombong dan berasa diri mereka “untouchable”. Sudah tiba masa Kerajaan mengambil sikap “enough is enough”.

 

Janganlah terlalu berlembut sehingga menimbulkan persepsi kepada rakyat yang kerajaan ini hanya tahu bagi amaran tapi tiada tindakan, tiada ketegasan. Jangan sampai rakyat sendiri menolak Kerajaan kerana “enough is enough”, rakyat sudah muak dengan budaya amaran demi amaran tetapi langsung tiada tindakan. Sebab tiada agama, tiada bangsa, tiada tamaddun yang boleh menerima kebiaDAPan, keangkuhan dan sikap kurang ajar saperti yang ditunjukkan oleh media portal saperti MalaysiaKini ini. Kebebasan bersuara ada hadnya; dan bersifat provokatif, lucah, kesat dan porno jelas sudah melangkaui had tersebut.

 

Teman dengan ini mendesak Kerajaan supaya:

 

1. mengambil tindakan tegas dan “no mercy” terhadap pemilik dan editorial portal MalaysiaKini termasuk mengheret mereka ke muka pengadilan dengan pertuduhan jenayah dibawah Akta Hasutan, Kanun Kesiksaan dan lain-lain undang-undang berkaitan hasutan, dan keselamatan dalam negara;

 

2. membatalkan media portal ini dan menutup laman web dan operasi mereka termasuk menyita pejabat dan pusat gerakan mereka;
3. Steven Gan dan seluruh sidang editorial dan pengurusan MalaysiaKini wajib memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam, bangsa Melayu, dan khususnya kepada Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kami rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian serta keharmonian menanti tindakan tegas Kerajaan. We are watching, and we are waiting. But our patient has its limits. Don’t take us for granted, and don’t take us for a ride!!!
Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis21 Rejab 1432
23 jun 2011
*Nota: isu ini telah teman bangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat lewat petang tadi semasa membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan bagi Kementerian Penerangan, Warisan & Komunikasi.

*bagi yang berminat dengan ulasan lanjut serta gambar petikan komen diatas yang lebih jelas, sila ke laman wab http://www.apanama2020.blogspot.com

Oleh Zulkifli Noordin pada 11:58 PM 0 komentar

Label: Jamil Khir, MalaysiaKini, Murtad, Tun Mahathir

22 June 2011

KOTOR-2

 

(Petikan pidato pelancaran Gerak Aman di Dewan Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur pada hari Ahad 17 Rejab 1432 / 19 Jun 2011)

KOTOR 2: POLITIK JALANRAYA

 

Kalau benar tak bersih
bagaimana mereka menang 5 negeri
nafikan dua pertiga majoriti
boleh jadi montori besau laie!

Kalau benar tak bersih
letak lah jawatan
bubarkan dewan
biar rakyat tentukan!

Diberi stadium tidak mahu
appointment dengan Istana
langsung tiada yang tahu
SPR ajak bincang ditolak tanpa malu

Apa niat mereka?
Mahu berhimpun dijalanraya
mereka tidak berminat dengan pilihanraya
tetapi politik rimba dijalanraya

biar berlaku rusuhan
lagi bagus ada tangkapan
dan tembakan
lalu mereka akan melaung melolong
ini kerajaan zalim perlu dijatuhkan
dataran tahrir mahu di ulangkan
taktik rusuhan mahu diciplakkan

agar hanyir DNA bisa tenggelam
agar jam Omega tidak kedengaran
agar China-doll dilupakan
karung kunyit Saiful dikambuskan
mahu saja Eskay dihapuskan
dan videoklip dipadamkan
agar belalai terus bisa memuntahkan!

Kita menentang bukan kerana mereka Hindu!
Kita menentang bukan kerana mereka Melayu!
Kita menentang bukan kerana mereka Cina, Kadazan atau Bidayuh!
Kita menentang bukan kerana keagamaan,
atau api-api perkauman

Tetapi kita menentang mereka
kerana mereka pengkhianat & petualang
yang mahu memporak-perandakan negara
meliwat keamanan kaum berbilang
merakus Putrajaya secara haram!

bila rusuhan Melayu pasti kesusahan
bila kekacauan Cina pasti keperitan
bila gangguan India pasti kedukaan
ini bukan soal agama
atau perkauman
tetapi soal keamanan & keselamatan

bangkitlah rakyat tentanglah petualang
bangunlah umat cegah kemungkaran
bangunlah Melayu suarakan bantahan
bangunlah Cina pertahankan keharmonian
bangunlah India pastikan keamanan
jangan dibiar para petualang
jangan dibenar politikus jalang
menyepak terajang
tamadun yang cemerlang
negara yang terbilang

Bersatu rakyat
berpadu umat
menghapuskan maksiat
menentang politik lalat
jangan biar diri diperalat
oleh pendendam kesumat
politikus musibat!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
20 Rejab 1432
22 Jun 2011

*videoklip diatas dipetik daripada http://www.darulehsan.blogspot.com

Oleh Zulkifli Noordin pada 10:38 AM 0 komentar

Label: Politik Jalanraya, Sajak Kotor 2, Videoklip Ceramah Gerak Aman

16 June 2011

ULAMAK KARTUN?

(Memperkartunkan agamawan yang memperkartunkan diri mereka)

Salam 2 all.

Semasa Presiden PAS membuat kenyataan didalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke 57 beliau menyatakan videoklip yang membabitkan manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan tidak boleh dijadikan bukti kerana “dia tidak ade telinga, takde mata, macam besi”. Ucapan itu disambut dengan takbeer dan laungan menyokong oleh kaum yang menyokong. Langusng tak dengar kutukan atau kritikan, malah dikuliahkan, ditazkirahkan, sehingga dikhutbahkan “Amanat Baru Haji Hadi” itu!

Tetiba bila saudara Miko melakar kenyataan itu dalam bentuk kartun dan disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia, tetiba muncul jaguh-jaguh kampung bertempik menuntut kartun itu ditarik balik, ianya menghina Islam kata mereka. Malah ada yang mintak supaya Miko dan Utusan bertaubat. Yang DiPertua Persatuan Ulama’, yang juga rakan baik Anwar Ibrahim, turut tumpang sekaki mendesak pelukis kartun dan akhbar Utusan dikenakan pertuduhan jenayah kerana menghina Islam kononnya!

Padanlah ALLAH swt mengingatkan kita didalam suraf Al A’raf:175-176, akan ada dikalangan mereka yang diberikan ‘ilmu dan pengetahuan kitab (saperti para ‘ilmuan dan agamawan), namun mereka bermati-matian cenderong kepada dunia dan menurut hawa nafsunya, maka ALLAH swt umpamakan mereka saperti “Al-Kalb – Anjing-Anjing”!!! Dan ALLAH swt menutup ayat tersebut dengan “sampaikanlah kepada mereka supaya mereka berfikir”!!! Dan inilah yang teman lakukan, teman nak sampaikan kepada mike semua yop akan peringatan ALLAH swt itu!!! Supaya nanti depan ALLAH swt teman tidak ditanya adakah kamu telah menyampaikan, dan supaya mike besok depan ALLAH swt tidak boleh menjawab “kami tak tau!!!”.

Khusus kepada para agamawan dan ustadwan yang memekik ini, teman nasihatkan janganlah kerana ketaksuban kepada Anwar menyebabkan pertimbangan ‘ilmu yang dianugerah ALLAH menjadi celaru, kelabu dan mengubah kita menjadi kalkatu. Jadilah agamawan, ustadwan dan ‘ilmuan yang benar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Kalau kartun lakaran Miko itu menyentuh qalbu, sepatutnya kenyataan Ustadz Hadi juga lebih-lebih lagi; kerana Miko tak pakai serban, Ustadz Hadi pemimpin sebuah parti yang berpentaskan Islam!

Kepada jaguh-jaguh kampung yang tetiba bangkit nak berjihad kerana kartun ini, cermin-cerminlah muka tu dulu. Cuba mike pikio sikit yop, apakah perlakuan dan perbuatan yang mike dok buat selama ini tidak menghina Islam, menghina ALLAH swt, menghina Rasulullah saw, dan sebenarnya menghina diri sendiri!

1. mike meredhai penyalahgunaan kalimah ALLAH untuk dicemari oleh segelintir Kristian, dengan alasan kristian juga berhak menggunakan nama ALLAH walaupun dalam bentuk syirik dengan fahaman triniti. Kristian ini dipanggil kafir oleh ALLAH yop. Mike tau pasal apa, pasal mereka menolak ALLAH Yang Satu, sebaliknya mempercayai Tuhan itu dalam bentuk triniti. Bukan sahaja mike meredhai kristian mensyirikkan kalimah ALLAH, mike putar habis ayat Quran hadis Nabi saw untuk menghalalkan kekufuran itu. Dan yang lebih teruk, mike maki hamun pejuang dan pembela Islam yang mempertahankan kalimah ALLAH ini. Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

2. mike meredhai tuntutan seorang kafir harbi supaya perjuangan negara Islam dihapuskan, dan dia beri amaran “langkah mayat dia dulu” kalau nak buat negara Islam. Belum pun sikafir harbi ni mati, mike semua mematikan perjuangan negara Islam mike. Dan mike hina ALLAH dan Rasulullah saw dengan mendakwa rupa-rupanya dalam Al Quran tak ada sebut tentang Negara Islam. Mike hina kawan mike sendiri Almarhum Ustadz Ibrahim Libya yang mike fatwakan mati syahid kerana memperjuangkan negara Islam. Mike hina ulama’ besar Dato’ Dr. Haron Din yang bersusah payah menulis kitab “Ciri-Ciri Negara Islam”. Hari ini mike nak kata kartun tu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

3. mike meredhai murtadnya seorang rakan sekutu Nor Azman Beginda, calon pilihanraya DUN Sarawak dari PKR. Bukan sahaja murtad, dia benarkan anak dia membawa sosej babi kesekolah. Bukan sahaja mike tetiba menjadi syaitan bisu yang langsung tak bercakap, pejuang Islam yang menegur kemungkaran itu mike maki hamun, sampai ada yang diancam! Kalu dulu mike akan melompat lebih dulu dari teman sambil cabut pedang mengisytihar jihad fisabilillah kepada mereka yang murtad. Hari ni mike dah jadi tak lebih macam tepong custard. Dan hari ni mike nak kata kartun itu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

4. mike meredhai orang yang menganut aqidah pluralisma. Terang-terang mereka kata “semua agama sama, menuju kearah yang sama”. Sedangkan mike semua diberi ‘ilmu oleh ALLAH, agama Islam itu haq dan benar, dimenangkan atas agama lain, walau kafir musyrik tidak suka. ALLAH tegaskan Islam untuk kita, kafir untuk kafir. Tetapi tetiba mike jadi syaitan bisu bila rakan sekutu mike mengisytiharkan ALLAH milik semua orang, samada dalam bentuk Esa atau dalam bentuk Triniti. Bahawa semua agama itu sama. Dan hari ni mike nak kata kartun itu tidak Islamik! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

5. mike meredhai seorang penentang Islam menjadi pemimpin mike untuk mengadakan himpunan haram. Orang yang mike sendiri lawan dahulu; orang yang menjuarai IFC, orang yang menyokong murtadnya Lina Joy, orang yang menghina Islam dengan forum “Masuk Islam”. Dulu mike bersama teman sebaris dihadapan Majlis Peguam menentang. Dulu mike satu saf dengan teman di Masjid Wilayah dalam Himpunan Sejuta Umat menentang murtadnya Lina Joy. Mike rempuh forum IFC sehingga ada diantara mike masuk penjara. Mike isytihar jihad memerangi Majlis Peguam. Hari ini mike angkat kaum itu sebagai ketua mike untuk berhimpun secara haram. Dan mike nak kata kartun itu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

6. mike menentang fahaman syi’ah. Mike umum bahawa orang yang berfahaman syi’ah ini kafir, sesat. Malah semasa teman memuji Presiden Ahmadinejad dari Iran sebagai satu-satunya pemimpin Islam yang berani berhadapan dengan Amerika/ Yahudi dan kafir Barat la’natullah, mike marah teman dan suruh teman kaji semula pendirian. Tetiba mike mengangkat kalangan idola syiah sebagai pemimpin. Mike kompangkan inilah pemimpin-pejuang yang menjadi “kabinet perang” ke Putrajaya. Mike telan habis apa yang mike ludahkan selama ini. Tetiba kartun itu mike fatwakan menghina Islam!Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

7. mike bertakbir jihad bila isu videoklip VK Lingam meletus. Mike desak VK Lingam dihukum. Bila Rahim Thamby Chik dituduh berzina dengan budak bawah umur, mike tanpa sebarang keraguan, dan belum pun ada bukti, mengisytiharkan Rahim Thamby Chik wajib dihukum. Bila muncul videoklip Chua Soi Lek, mike tanpa sebarang keraguan mengisytiharkan Chua Soi Lek wajib letak jawatan, dan dihukum. Bile si Balasubramaniam buat SD dengan bayaran RM5-00 tu memfitnah PM berkaitan Altantuya, mike terus hunus pedang menghukum PM.

Tapi bila Saiful Bukhori Azlan mengadu dirogol liwat, tanpa sedikit keraguan, tanpa bertanya Saiful dan tanpa menyiasat, terus mike hukum qazaf keatas Saiful, mike tuntut dia disebat 80 kali. Dan tetiba bila muncul videoklip manusia yang mike taqsubkan, siap dengan jam Omega dan saksi yang turut bersama; terus mike fatwakan videoklip itu besi, tidak boleh jadi saksi. Mike terus fatwakan ini isu qazaf, mike putar habis dalam kuliah, tazkirah dan khutbah bahawa ini fitnah kabeer! Malah hingga mike fatwa wanita kena rogol, mangsa liwat jugak kena bawak 4 orang saksi. Tetiba bila kartun itu melakar-kartunkan apa yang mike fatwakan; mike kata ia menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

Teman nak tutup yop dengan peringatan ALLAH didalam surah Yaasin (7-10) sebagai peringatan untuk teman dan semua umat Islam yang masih ada sedikit keimanan:

Demi sesungguhnya telah pasti berlaku ketentuan ALLAH terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mempercayai. Sesungguhnya kami telah memasang belenggu dileher mereka, lalu tangan mereka terangkat ke dagu, sehingga mereka tertengadah keatas. Kami jadikan (ketaqsuban mereka kepada dunia, habuan dan pangkat) sebagai dinding penghalang dihadapan, dibelakang mereka, dan Kami tutup mata mereka, sehingga mereka menjadi buta tidak melihat. Sama sahaja bagi mereka, samada kamu berikan peringatan atau tidak, mereka tetap tidak akan menerima kebenaran (dan mempercayainya serta beriman)”.

Dibulan Rejab penuh sejarah, dari Isro’ wal Mi’raj sehingga pembukaan Masjidil Aqsa oleh Sultan Salahuddin, teman mengajak diri teman dan mike semua supaya bertaubat dan beristghfarlah kepada ALLAH, pohonlah petunjuk dan hidayah, mohonlah keredhaan dan keberkatan, dan mohonlah dimasukkan kedalam golongan yang beriman. Jadikanlah peristiwa gerhana bulan pagi tadi sebagai pengajaran, jangan sehingga perjuangan kita untuk Islam berlandaskan Al Quran dan Sunnah juga digerhanakan ALLAH swt.

Janganlah kita ni muncul sekadar menjadi mujahiddin dan ulama’ kartun je yop!!! Sebenarnya mike yamg telah menghina ALLAH swt, menghina Rasulullah saw, DAN mike juga sebenarnya telah memperkartunkan diri sendiri yop! Jadi bila orang memperkartunkan sikap kartun mike, janganlah marah yop. Sebab sebenarnya, hakikatnya, memang mike telah memperkartunkan agama dan diri mike sendiri!

Mereka sekadar melakarkannya kekartunan perangai mike tu sebagai peringatan kepada mike. Ambillah itu sebagai peringatan untuk menyedarkan diri daripada kesesatan yang mungkin kita lakukan. Sepatutnya mike semua bersyukur masih ada lagi dikalangan umat yang mahu menegur, dan ALLAH swt masih memberi peluang dengan peringatan demi peringatan. Yang baik itu dari ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Wallahua’lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senorita.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
14 Rejab 1432
16 Jun 2011

Oleh Zulkifli Noordin pada 6:51 PM 0 komentar

Label: Bukti Besi, Kartun, Qazaf

Be the first to start a conversation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: