Menelusuri Sejarah Silam Daik-Lingga Riau Kepulauan

Rencana ini telah disiarkan dalam majalah berita mingguan MASSA, 17 Julai 1999 yang lalu

 

KEMBARA BUDAYA KE SEJARAH SILAM

Oleh A.F.Yassin

Ada sesuatu yang mengusik jiwa ketika saya menjejakkan kaki di Pulau Daik Lingga 5 Julai lalu. Bulu roma tegak berdiri apabila  lebih 70 orang anggota rombongan Perkampungan Penulis Melayu Serumpun dari Malaysia, Singapura, Negeri Thai, Filipina dan tuan rumah Kepulauan Riau ditaburi beras kunyit melalui sambutan penuh adat Melayu oleh masyarakat Daik. Kemesraan datang spontan dalam dialek dan adat resam yang sama. Para pembesar Kecamatan Lingga dan Kelurahan Daik menyambut kami lengkap berpakaian baju Melayu. Sesampainya rombongan di dataran Kota Daik, yang dahulunya pasar, ribuan masyarakat Daik telahpun menunggu dengan pakaian cantik berwarna warni.

Bekas Imam Mesjid Sultan Daik Lingga, Haji Abdul Ghani menjelaskan bahawa ramai warga Daik yang bekerja di pulau-pulau berdekatan seperti Dabosingkep, Batam, Bintan serta pulau-pulau yang lain pulang, semata-mata ingin ikut serta dalam perayaan tiga hari sempena Perkampungan penulis Melayu Serumpun ini.

Gunung Daik masih dilindungi awan ketika kami sampai, walaupun cuaca cukup panas. Sehingga dengan demikian kami tidak berpeluang melihat gunung yang masyhur dengan cabang tiganya itu. Namun keramahan masyarakat Daik mengurangi kekecewaan itu Menurut penduduk tempatan cabang gunung itu telah “patah satu tinggalah dua”. Sepatah kata Datuk Prof Zainal Keling, “Disitulah letaknya misteri Gunung Daik. Ia begitu ilusif.”

Umumnya sambutan yang diterima rombongan boleh disimpulkan daripada pandangan Ketua I Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Hj Ismail Hussein, “Saya begitu terharu dengan sambutan. Rasa keterikatan begitu mencengkam, seolah-olah orang Daik ini saudara rapat yang dipertemukan semula setelah sekian lama hilang.”

Perasmian perkampungan selama tiga hari ini dilakukan Gabnor Riau, Hj. Saleh Jasit, SH. Sebelum melafaz rasmi perkampungan Hj. Saleh berpantun:

Gunung Daik bercabang tiga

      Nampak tersenyum dari Selat Melaka

      Adat resam dan nilai budaya

      Pusaka yang harus kita bina bersama.

 Sememangnya budaya dan adat resam di Daik Lingga khasnya tidak dapat dipisahkan, walaupun oleh eniti politik yang berbeza. Implikasi daripada dasar pecah dan perintah penjajah Belanda dan Inggeris abad lampau tidak sedikitpun menjejaskan kebersatuan budaya dan adat resam bangsa Melayu di Nusantara. Di Daik sendiri penduduknya mengamalkan adat dan budaya yang sama seperti di Malaysia, khususnya Johor, Riau, Brunei dan Singapura. Tutur kata sehari-hari, pemakanan dan cara berpakaian orang Daik saling tak tumpah seperti orang Melayu di daerah lain Nusantara dan alam Melayu. Semua anggota rombongan ke perkampungan ini seperti berada di tengah-tengah keluarga sendiri apatah lagi mereka mendapat “berkeluarga angkat” semasa tinggal di Daik.

Memang benarlah Daik Lingga adalah bunda tanah Melayu. Raja Hamzah Raja Yunus, generasi keenam daripada waris keturunan Raja Haji Fisabilillah, Yamtuan Muda Riau ke-4 mengungkapkannya demikian. Raja Hamzah, Ketua Pusat Maklumat Kebudayaan Melayu Riau berkata, “Daik itu pernah menjadi pusat Kerajaan Lingga-Riau selama kurang lebih 120 tahun. Sebagai pusat kerajaan tentu di sana juga sebagai pusat pengembangan budaya, adat istiadat, serta agama. Dengan demikian pada suatu ketika memang pantas Daik-Lingga dikatakan sebagai bunda tanah Melayu.

Sebagai saksi sejarah kepada keagungan silam kerajaan Daik, terdapat empat makam sultan Melayu, iaitu Makam Sultan Mahmud Riayat Shah, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah, Sultan Muhammad dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II. Ada pula makam Yang Dipertuan Muda Riau ke-10, Raja Muhammad Yusuf. Kemudian terdapat pula bekas lima buah istana, iaitu Istana Pengkalan Kenanga, Istana Keraton, Istana Damnah, Istana Robat dan Istana 44 bilik. Istana terakhir ini tidak sempat siap kerana sultannya telah dipecat Belanda.

Untuk melihat keagungan kerajaan Riau-Lingga di tanah Daik tidak sukar seperti diakui Raja Hamzah. Sebabnya, semasa Daik menjadi pusat kerajaan, ia pernah mengembangkan budaya fikir yang dituangkan dalam bentuk tulisan. Katanya, “Masih banyak naskhah lama tentang kerajaan Daik Lingga atau yang berkaitan dengan masalah budaya serta agama yang ditulis oleh pengarang  tanah Lingga. Naskhah itu sekarang masih banyak dan masih dapat dibaca. Jadi tidak begitu sulit kalau ada orang yang mahu menelaah tentang kebesaran kerajaan Riau-Lingga di Daik.”

Salah seorang penduduk Daik yang masih banyak menyimpan naskhah lama ialah Tengku Husein Saleh, generasi keenam daripada keturunan Sultan Muhammad  Muazzam Shah yang memerintah Riau Lingga dari tahun 1830 hingga 1841. Dalam pertemuan singkat kami (Datuk Prof. Zainal Keling, Prof. Amat Johari Moain, Prof. Madya Zainal Borhan dan Raja Hamzah)  satu petang dengan beliau, Tengku Husein bukan sahaja memperagakan naskhah-naskhah lama yang ditulis tangan, tetapi juga membentangkan carta salsilah keturunannya. Tengku Husein menyelusuri salsilah keturunannya  seawal Sang Nila Utama yang digelar Sri Tri Buana dan berayahkan Sang Saperba dari Bukit Siguntang, Palembang. Sang Nila Utamalah yang menemui Tumasik (Singapura) dan menjadi raja pertama Singapura pada tahun 1160.

Menurut salsilah itu, Singapura diperintah oleh lima orang raja, iaitu Sri Tri Buana sendiri, Sri Pekermawira (1203), Sri Ratna Wikarma (1223), Sri Maharaja  (1236), Sri Iskandar (1249). Sewaktu pemerintahan Sri Maharaja, Singpaura telah dilanggar todak dan sewaktu pemerintahan Sri Maharaja (Parameswara?) Majapahit datang melanggar Singapura dan Sri Maharaja terpaksa berundur ke  Melaka dan berbuat negeri di sana pada tahun 1254. Saya tanyakan Tengku Husein dan Raja Hamzah tentang perbezaan hampir 200 tahun antara tarikh ini dengan tarikh yang diberikan orintalis Barat yang Malaka dibuka Parameswara pada tahun 1403.

“Mungkin ada motif tertentu pihak Barat untuk menidakkan tamadun Melayu sebelum Melaka. Pada hal Singpaura sudah pun melahirkan tamadun besar di bawah pemerintahan raja-raja Melayu yang belum masuk Islam,” jawab Raja Hamzah. Tengku Husein sependapat dengan Raja Hamzah.

“Kita kena luruskan sejarah. Dan rasanya mestilah ada orang yang sanggup membuat penelitian. Dan selagi belum ada penemuan dan hasil penelitian yang menyangkal fakta Barat ini maka kita terpaksalah menganggap yang ada sekarang adalah benar,” celah Zainal Keling.

Salsilah yang dibentangkan Tengku Husein ini berupa dokumen penting untuk dikaji sebagai langkah awal untuk meluruskan sejarah keagungan tamadun Melayu. Daik telah membuka pintunya untuk memberi peluang kepada ahli sejarah bangsa Melayu sendiri, paling-paling untuk menyangkal segala bentuk tulisan Barat selama ini. Ikut serta dalam rombongan beberapa orang ahli akademik dari jurusan sejarah. Tengku Husein dan Raja Hamzah’  masing-masing daripada keturunan Yang Dipertuan Besar atau Sultan Riau-Lingga dan Yamtuan Muda Riau malah dengan segala senang hati mahu memberikan kerjasama. Keramahan dan kemesraan masyarakat Daik, yang menurut Raja Hamzah, sebahagian besarnya daripada keturunan pengikut-pengikut Sultan Mahmud Shah yang berpindah dari Hulu Riau membuka negeri di Daik Lingga, turut menambah ringankan beban peneliti untuk mencari kebenaran sejarah.

Cuma amat disayangkan seperti kata Datuk Zainal, tapak bekas kerajaan Melayu di Riau Lingga ini, seperti halnya di negeri-negeri Melayu lainnya, tidak dapat bertahan lama. Tidak seperti halnya dengan  tinggalan sejarah purba di Itali, misalnya yang masih tersergam walaupun usianya sudah hampir seribu tahun. “Tapi, kita tidak pula dapat menafikan bahawa kebanyakan istana sultan zaman dulu diperbuat daripada kayu. Ia tak tahan,” katanya.

Namun ia tidak bererti usaha meluruskan sejarah terhenti di situ. Raja Hamzah berkata sejarah boleh digali  dan akan menjadi sah faktanya jika peneliti mengikuti empat syarat penting. Syarat-syarat itu ialah  ada cerita, ada salsilah, ada keududukan awal dan ada siarah, iaitu kaitan kekeluargaan dengan keluarga dalam istana berdasarkan semenda. Di Daik hingga ke Hulu Riau kesemua syarat ini dapat dipenuhi. Terserah kepada sungguh tidak sungguhnya para peneliti yang berminat dalam hal ini.

“Contohnya, di Riau Lingga pernah ada seorang wanita menjadi raja. Baginda ialah Engku Fatimah, Sultanah yang memerintah negeri. Silakan cari sejarahnya,” kata Raja Hamzah.

Selama tiga hari di Kota Daik, runtunan hati untuk kembali mengenang zaman silam semakin menggugah jiwa apabila setiap malam pelbagai persembahan budaya dipentaskan masyarakat Daik. Pada malam pertama pesta joget tempo dulu-dulu yang popular di tahun-tahun 1950an di “Happy World” Singapura dipersembahkan. Yang menjadi penarinya wanita-wanita yang sudah berumur dan isteri orang. Pada malam kedua dipentaskan pula Bangsawan Melayu bertjudul “Hulubalang Daik” sementara pada malam terakhir diadakan pula tarian-tarian tradisional dan tarian orang laut. Pelakon-pelakon bangsawan terdiri kebanyakan daripada suri rumah. Sejarah mencatatkan bahawa  kerajaan dahulu memang kaya seni. Malah ada yang mendakwa bahawa muzik Ghazal berasal dari Daik, lalu berkembang di Johor dan kawasan-kawan lain di Tanah Melayu.

Demikianlah, kembara budaya rombongan dari mancanegara di Nusantara ini telah mewujudkan semacam untaian rasa dan kenangan yang tidak begitu mudah dilupakan. Gunung Daik yang pada hari pertama masih menyembunyikan tiga cabangnya, mula bermurah hati pada hari kedua. Setelah hujan lebat mencurah turun pada paginya, kami disajikan pemandangan yang mengasyikkan. Tiga cabang gunung itu menampakkan diri, yang oleh masyarakat Daik diungkapkan “Gunung Daik bercabang tiga, patah satu tinggallah dua.” Sebabnnya, cabang kiri gunung  telah di tengah-tengah.

A.F.Yassin

12 Julai 1999.

 

 

8 Responses “Menelusuri Sejarah Silam Daik-Lingga Riau Kepulauan” →
  1. A lot of of the things you assert is supprisingly precise and it makes me wonder why I hadn’t looked at this in this light previously. This piece truly did switch the light on for me personally as far as this specific topic goes. Nonetheless there is one position I am not too cozy with and whilst I make an effort to reconcile that with the core idea of your point, permit me see exactly what the rest of the readers have to say.Well done.

    Reply
  2. Menelusuri Sejarah Silam Daik-Lingga Riau Kepulauan afyassin I was recommended this web site by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as no one else know such detailed about my trouble. You’re amazing! Thanks! your article about Menelusuri Sejarah Silam Daik-Lingga Riau Kepulauan afyassinBest Regards Nick

    Reply
  3. Menelusuri Sejarah Silam Daik-Lingga Riau Kepulauan afyassin I was suggested this website by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as no one else know such detailed about my problem. You’re amazing! Thanks! your article about Menelusuri Sejarah Silam Daik-Lingga Riau Kepulauan afyassinBest Regards Veronica

    Reply
  4. Menelusuri Sejarah Silam Daik-Lingga Riau Kepulauan afyassin I was suggested this web site by my cousin. I am not sure whether this post is written by him as no one else know such detailed about my problem. You are wonderful! Thanks! your article about Menelusuri Sejarah Silam Daik-Lingga Riau Kepulauan afyassinBest Regards Yoder

    Reply
  5. Nice post at Menelusuri Sejarah Silam Daik-Lingga Riau Kepulauan afyassin. I was checking continuously this blog and I am impressed! Very useful information specially the last part🙂 I care for such info a lot. I was seeking this particular information for a very long time. Thank you and best of luck.

    Reply

  6. not convinced

    November 20, 2012

    the fact that the opening of malacca was shifted back from 1403 to 1254 only after a long series of disputed historical links (that never tallied with one another) been brought up makes me doubt so much about malaccan history.
    malaysia has always ‘the penjajah’s to point the blame to. but if it’s not 1403 why trust 1254?

    it has become clearer to me that the malay kingdom of malacca is nothing more that a fishermen’s town. definitely NOT AN EMPIRE. what makes malacca famous? yes, because it was a portugese, dutch and british base.

    a part of johor, riau lingga is a battlefield of pollitical wrangling between minang and bugis. malays were taking the backseat and claim later.

    sejarah melayu especially the malaysian version is a complete ‘mumbo jumbo’!

    Reply
    • You are entitled to your opinion, and so would the other historians. Until there is evidence that would suggest that you are right,we should leave the historical record as it is. Anyway thanks for the comment.

      Reply

  7. Aziz Manaf

    January 7, 2013

    Should we not start an archeology team and maybe Profs Zarina spearheading it.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: