Misteri Benteng Kota Kapur Di Pulau Bangka

Utusan Zaman 25 Februari 2001

 

 

 

MISTERI BENTENG KOTA KAPUR DI PULAU BANGKA

 

 

Kurang jelas apakah ekspedisi Bangka tiga hari ini mengandungi misteri atau kebetulan.

Penghubung Jejak Bahasa di Pulau yang begitu popular namanya  di Malaysia, terutama apabila ia disebut-sebut dalam lagu-lagu dari filem Melayu tahun 50-an dahulu, Bapak Hamid dari Pejabat Pelancongan Bangka seperti tidak percaya apa yang kami alami sehari dua ini adalah misteri.

Begitu juga halnya dengan Datuk Rahim Bakar, Pengerusi Badan Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, yang turut salam dalam ekspedisi Jejak Bahasa sekitar Palembang-Bangka.

Menurut Pak Hamid sejak beberapa minggu yang lalu Bangka mengalami cuaca yang cukup panas. Tidak ada hujan dan tidak juga mendung.

Seorang peniaga di pasar Sungai Liat, kira-kira setengah jam perjalanan dari Pangkal Pinang, ibu kota …… Bangka ….. (dinaikkan taraf dari Kabupatan kepada ……. dua bulan yang lalu), berasa hairn dengan hujan yang turun mencurah dengan tiba-tiba terutama pada waktu malam.

Sedikit luar biasa dan kami merasakan ada sedikit tidak betulnya, kata peniaga berbangsa Melayu Bangka. Tutur katanya seperti tutur kata orang Perak atau orang Melayu Betawi.

Kami anggota rombongan lebih-lebih lagi bertambah hairan. Bukan hujan yang turun tetapi cara hujan itu turun. Kelmarin hari Khamis, rombongan dijadualkan pergi ke tempat di mana pernah tertanamnya prasasti batu kapur.

Tempat itu terletak di sebuah kawasan di Bahagian Tengah Pulau Bangka, kira-kir tiga jam perjalanan dari Pangkal Pinang.

Prasasti yang kami maksudkan itu adalah satu tahun peninggalan tamadun lampau di pulau yang berpenduduk kurang sedikit satu juta orang dengan 60% peribumi Bangka, dikatakan seratus persen Melayu.

Prasasti atau batu bersurat kota kapur ini bertuliskan tahun 686 masihi, Ertinya tulisan di atas batu itu yang memanjang tinggi itu diukir orang pada abad ketujuh, kira-kira seribu empat ratus tahun dahulu.

Batu bersurat ini ditemukan oleh ahli sejarah Belanda merangkap Milang Kristian yang bernama Van Der Mulan pada tahun 1892. Batu bertulis itu juga membawa bukti bahawa Pulau Bangka menjadi benteng kerajaan Srivijaya abad ketujuh.

Ketika itu mungkin penduduk Pulau Bangka mengamalkan kepercayaan animismi. Sisa-sa kepercayaan masih terdapat sehingga hari ini.

Misalnya orang Bangka masih mengadakan upacara tabir, upacara lempar ketupat dan nganjak (pameran makanan kepada roh halus). Upacara ini dilakukan terutama oleh masyarakat dari suku kaum orang Luma.

Di samping prasasti Bukit Kapur ada pula patung vistu dan cindai dari agama Budha tetapi pertemuan kedua-duanya tidak begitu meyakinkan bahasa wujud di Pulau Bangka agama Budha dan agama Hindu sebagai agama penduduk asal Bangka.

Barangkali pertemuan itu hanyalah tanda bukti wujudnya benteng kerajaan Srivijaya dengan menjadikan Bangka batu loncatan untuk kerajaan itu meluaskan wilayah takluknya ke Majapahit dan alam Melayu.

Memang, Bangka tempat yang paling sesuai untuk dijadikan batu loncatan oleh kuasa besar ketika itu, Srivijaya.

Kerajaan Srivijaya yang dikatakan berpusat  di Kota Palembang melihat Pulau Bangka, laluan pentingnya untuk ke selatan dan utara. Ke selatan ke Pulau Jawa dan ke utara Johor-Riau.

Ketika kami sampai di kampung kota kapur hujan turun renyai-renyai. Perjalanan tiga jam dengan menaiki empat buah van amat lasak.

Banyak kali kepala anggota-anggota rombongan terhantuk di siling van  kerana jalan tanah yang berlubang dan becak. Cuma yang meredakan rasa geram dan marah kerana jalan yang teruk itu ialah suasana di kiri kanan jalan.

Ia tidak ubah seperti kita berkenderaan di jalan utama di Malaysia. Ada kalanya kami seperti sedang berjalan di kawasan Hulu Langat. Dan ada kalanya di sebuah kawasan kampung dari kota ke istana raja di Negeri Sembilan.

Saya jatuh cinta dengan Pulau Bangka ini, kata seorang anggota rombongannya.

Dengan ceweknya? saya bercanda.

Dengan alam kelilingnya, ada pohon kelapa, ada belukar dengan bunga hutannya, ada rumpunan buluh di tepi sungai, ada rumpunan mengkuang dan yang lebih menyangkakan saya ada pokok rumbia setiap kali kita melintas sungai kecil cuainya.

Di kampung kota kapur kami singgah melapor diri kepada ketua kampung. Bapak Mahadzil. Nama bapak sama dengan nama Perdana Menteri kami, saya bercanda, Ya begitu? tanyanya kembali.

Cuma nama Perdana Menteri kami ada hujungnya.. Bapa dieja dengan hil. Ketua kampung itu ketua, sementara krew TV3 dijamu durian oleh ketua kampung (tentunya dibayar)., Datuk Rahim dan ketua projek Othman Ismail memancakkan letak lokasi batu bertulis kota kapur itu.

Sementara saya bertanya kepada seorang pegawai pelancongan Bangka yang ikut serta ke kampung itu. Menurutnya kata kapur pada kota kapur itu ialah sejenis agas yang dinamakan kekapur.

Ia banyak terdapat di daerah berkenaan sehingga orang kampung menamakan desa Kota Kapur.

Itu versi Di. Menurut versi orang kampung, asal mula nama kampung itu ialah desa Semarang tetapi oleh kerana ditemukan batu kapur di daerah itu maka ia dinamakan semula dengan desa kota kapur.

Kurang jelas apakah ada orang Semarang dari Jawa Tengah yang datang meneroka kampung itu.

Menurut ketua kampung letak kota kapur yang menjadi benteng Srivijaya di Pulau Bangka itu dipastikan berada di atas sebuah bukit kecil.

Katanya bukit itu sebenarnya adalah benteng kerajaan Srivijaya. Dari benteng itu akan terlihat musuh yang datang dari kuala sungai dan lautan. Di hulu kawasan  lembah di keliling benteng itu adalah lautan.

Belum pun sempat kami menaiki kenderaan untuk meneruskan perjalanan menuju benteng yang disebukan itu hujan turun dengan lebat.

Ia berhenti kemudian ketika kami berkenderaan menuju ke lokasi. Sebaik-baik sahaja kami turun untuk melihat keadaan bukit yang kini adalah dusun durian dan getah, hujan kembali turun dengan lebat.

Semua anggota rombongan termasuk Datuk Rahim lari bertempiaran masuk semula ke dalam van.

Kami menunggu beberapa ketika, malah ada yang memberanikan diri berpayung untuk melihat keadaan keliling kota yang dianggap tiga kilometer persegi lebarnya itu dengan berpayung.

Tiba-tiba ketua kampung berubah fikiran apabila sutradara Jejak Bahasa Zailan Abdul Rahman bertanyakan tempat  pertemuan batu bersurat kota kapur.

Katanya tempat itu berhampiran dengan sungai di bawah benteng. Datuk Rahim yang tidak menghiraukan hujan bersama ketua kampung dan pegawai pelancaongan menuruni curam menuju sungai. Sebentar kemudian mereka berpayung semula mendaki benteng.

Tak boleh pergi, kata Daruk Rahim, ada lagi sungai kecil sebelum sampai ke sungai tempat batu bersurat itu. Oleh kerana pegawai pelancong tak mahu menyeberang dan tak mahu pakai kasut, kami tak jadi ke sana.

Zailan tidak begitu berpuas hati dengan penjelasan ketua kampung. Dia meminta dibawa melihat muara ungai dan lautan berkenaan dari satu tempat yang tinggi.

Kami menaiki kenderaan semula dan tidak berapa saat kemudian hujan pun berhenti. Kami berhenti betul-betul di satu tebing tinggi yang menghala ke lautan luas.

Oleh kerana banyak pokok tinggi-tinggi kuala yang dimaksudkan itu tidak kelihatan. Datuk Rahim memberanikan diri berjalan menuju ke tepi tebing dengan diikuti ketua kampung dan Zailan.

Ahirnya rombongan membatalkan niat untuk terus mencari bekas tapak batu bersurat itu dan kembali ke kediaman ketua kampung.

Hujan berhenti semula sebaik sahaja kami berguruk pulang ke desa. Dalam perjalanan dua buah kenderaan terpaksa ditolak beramai-ramai kerana tayar terperosok ke jalan yang semakin berkubang akibat diganti air.

Azura Karim pengacara Jejak Bahasa yang naik sama van dengan saya hampir tidak percaya dengan hujan turun dan hujan berhenti setiap kali kami naik dan turun dari kenderaan. Katanya, ini adalah orang yang tidak memberi salam ketika nak masuk ke tempat ini.

Ramai yang tidak perasan dengan peristiwa hujan misteri ini. Dan apabila saya tanyakan kepada Yuna, pemilik agensi pelancongan Billa Vista Bangka yang menjadi drebar kami sehari kemudian (hari ini), dia hanya tersenyum sambil menceritakan sedikit sejarah Pulau Bangka.

Menurutnya pada suatu ketika dalam tahun 1600-an ada seorang anak raja yang telah diusir dari Siantan oleh Sultan Johor Riau. Dia dengan pengikutnya meninggalkan negerinya menuju selatan lalu mendarat di Riau, yang terletak di utara Pulau Bangka.

Dia dengan pengikutnya berbuat negeri di atas gunung Maras. Untuk menghabiskan sisa-sia usianya anak bangsawan ini dan pengikutnya pun bertapa di atas gunung itu, menuntut ilmu kebatinan.

Dengan ilmu kebatinan itu mereka mempertahankan diri dari serangan musuh dari luar. Bermacam-macam ilmu dipelajari termasuklah ilmu hitam dan santau menyantau.

Kata Yuna sampai sekarang masih ada masyarakat Bangka di daerah itu, tidak terkecuali di daerah kota kapur yang masih mengamalkan kebatinan ini.

Bapak-bapak semua perlu sopan dan ramah ketika berbicara dengan orang-orang kampung.

Hanya dengan rokok asap sahaja bapak-bapak boleh hidup merana. Hidup segan mati tak mahu, katanya.

Apabila saya tanyakan tentang peristiwa hujan di desa kota kapur sehari sebelumnya, Yuna berasa yakin, ada di antara anggota rombongan Jejak Bahasa yang mempunyai niat yang tidak  ikhlas apabila berkunjung ke desa yang menurutnya masih mempunyai misteri kota kapurnya.

Yuna seorang warganegara Indonesia keturunan Cina. Haji Alias, Razali Saad dari Dewan Bahasa dan Bapak Najib da saya saling berpandangan ketika Yuna bercerita, tegak juga bulu roma dibuatnya.

Kata Yuna, itu baru misteri hujan. Kota Kapur masih lagi mesra dengan bapak-bapak semua.

 

Pulau Bangka 16 Februari 2001.

Be the first to start a conversation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: