Sambas Serambi Mekah

Melihat Sambas Sebagai Serambi Mekah

 

Rupa-rupanya ada banyak serambi Mekah. Di Asia Tenggara sahaja ada Acheh yang digelar serambi Mekah. Ada Kelantan yang digelar serambi Mekah dan ada Sambas di Kalimantan yang digelar serambi Mekah. Barangkali nanti akan ada cerita bahawa Patani juga digelar serambi Mekah.

Dinilai dari segi positifnya, ada bagusnya juga jika lebih banyak negara atau negeri yang dapat digelar serambi Mekah. Hal ini menunjukkan bahawa ada persaingan untuk setiap kawasan mahu menjadi serambi Mekah.

Ini juga bermakna penduduk kawasan itu mahu membuktikan bahawa Islam mula bertapak dari tempat mereka lalu menyebarkan ke daerah-daerah lain sekitarnya.

Yang akan pening lalat akibat persaingan ini ialah pengkaji sejarah. Apakah mereka akan membuat satu konotasi baru tentang “serambi Mekah” ini. Tetapi apa yang konotasi “serambi Mekah” yang sekarang ini? Bagi orang kebanyakan mungkin konotasi ialah sebuah tempat di mana bermulanya kemasukan agama Islam dari tanah suci.

Barangkali ada yang berkata “serambi Mekah” itu ialah selasar belakang Mekah. Yang membawa erti ajaran Islam dibawa ke tempat itu langsung dari Mekah atau mungkin ada pula makna orang kebanyakan bahawa “serambi Mekah” itu bermakna bahawa di tempat itu tercakul keislaman yang kuat dan bertenaga.

Yang mahu tahu lebih lanjut kiranya dapat membincangkannya dengan Profesor Madya Zainal Borhan dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan salah satu “orang kuat” GAPENA. Difahamkan dia sedia membantu dan dengan rela hati.

Apa pun makna atau konotasinya, “serambi Mekah” tetap dihormati sebagai tempat di mana penduduknya menganut ajaran Islam yang kuat. Jolokan nama ini begitu penting untuk melihat kekuatan syiar Islam.

Atas dasar inilah maka banyak kawasan di daerah Nusantara ini ingin diakui sebagai “serambi Mekah”. Dan dalam hal ini Kalimantan juga tidak mahu ketinggalan.

Inilah yang dapat ditanggapi ketika mendalami tajuk bicara Ketua Yayasan Penulis 66 Kalimantan Barat, Dato’ Haji Marudi Zainol di sekolah pondok Burana, Naratiwat, 2 Disember lalu. Marudi  Raizul mengungkapkan secara sembang santai setelah para peserta Dialog Utara VIII makan siang di sekolah pondok itu, sayangnya Marudi bercerita waktu hujan mencurah turun dan dengan keadaan para peserta berselerak di sepanjang kaki lima sekolah berkenaan, berlindung daripada hujan.

Dengan demikian suaranya bagaikan ditenggelami hujan lebat di bawa angin lalu, walaupun ketika itu angin seperti tidak bertiup.

Dari satu penjuru Marudi mula berperi yang diselang dengan pantun dan seloka yang dia lagukan dengan sepenuh jiwa, dia pun menjadi seorang Melayu jati tempoh dulu-dulu, seolah-olah dipinggangnya tersisip keris Melayu yang akan menjadi senjata mempertahankan agama Islam dan bumi Melayu.

Baginya pantun seloka adalah jiwa orang Melayu, tidak kira di mana mereka jua, baik di Jawa, Semenanjung, Patani mahupun di Kalimantan. Dia pun berseloka “Kalau hendak memilih kain/pilihlah kain bercorak catur/kalau hendak memilih pemimpin/pilihlah pemimpin yang berakhlak jujur.

Kalau tahu tingginya mentari/mengapa pula hendak digapai/kalau tahu tiangnya budi/mengapa pula hendak digadai. Walaupun perahu sedang belayar/dilanda ombak karang terbalik/meskipun Melayu terlindung sabar/kalau diinjak pitamnya naik. Kalau sampai ke laut gading/beloklah perahu menuju selatan/kalau bertikai dalam berunding/eloklah kembali menjunjung adat.

Mawardi dengan penuh semangat kemelayuan berikrar bahawa rumpun Melayu adalah bangsa yang beradat. Orang yang beradat bererti sudah mendalami agama (syiar). Orang yang beragama adalah orang yang pasti baik.

Dan orang yang baik adalah calon pemimpin bangsa. Ertinya, Mawardi melihat orang Melayu itu bersopan santun dan berakhlak mulia yang mempunyai pegangan agama Islam yang kuat.

Orang Melayu ramai yang demikian sehingga memungkinkan mereka menjadi pemimpin baik di kalangan masyarakatnya. Ini suara ideal Mawardi, yang sememangnya layak diketengahkan di sebuah tempat seideal sekolah pondok Bowarna.

Namun suara hujan tetap juga menenggelami suara ideal Mawardi. Para peserta barangkali mendengar suara Mawardi tenggelam timbul apabila penceramah itu bertubi kali mencanangkan bahawa Sambas, dulunya sebuah kerajaan besar di Kalimantan dengan sultannya dari keturunan kesultanan Brunei, menerima kemasukan Islam dari Laksamana Cheng Ho dari negari China yang ketika itu di bawah pemerintahan ##Dinasti Yong.

Dari satu penjuru Mawardi mula berperi yang diselang dengan pantun dan seloka yang dia lakukan dengan sepenuh jiwa. Dia pun menjadi seorang Melayu jati tempoh dulu-dulu, seolah-olah dipinggangnya tersisip keris Melayu yang akan menjadi senjata mempertahankan agama Islam dan bumi Melayu.

Ceritanya, Cheng Ho seorang Laksamana China beragama Islam menjelajah ke selatan, atas perintah maharajanya dengan satu angkatan drama di laut mengandungi 60 buah kapal Wong Kang dan 28,000 orang pengikutnya.

Mawardi bilang Cheng Ho sampai di Sambas pada tahun 1431. Ketika itu Kolombus belum lagi menemui Amerika dan Vasco de Gama belum lagi belayar mengelilingi Tanjung Pengharapan ( Cape of  Good Hope) di Afrika Selatan.

Cheng Ho mendarat di bumi Paloh, dengan penduduk tempatan dengan berdakwah, menyebarkan agama Islam. Ketika itu Raja Sambas ialah Ratu … yang masih lagi beragama Hindu.

Bagaimanapun Islam mula bertapak di kawasan istana Raja Sambas ketika Raja tengah berhijrah dari Sarawak ke Sambas. Ura-ura raja tengah Raja tengah mahu hijrah itu menimbulkan rasa tegang di kalangan rakyat Ratu .. dan diramalkan akan berlaku pertumpahan darah akibat berlainan agama antara dua raja-raja tengah beragama Islam dan Ratu … beragama Hindu.

Namun Ratu … menyebut Raja Tengah dengan “Penuh Kekeluargaan” Puteri Ratu … yang bernama Mas Ayu Bongsu dikahwinkan dengan anak Raja Tengah yang bernama Raden Sulaiman.

Maka Mas Ayu Bongsu  menjadi orang pertama memeluk Islam di Istana Kerajaan Hindu Sambas. Anak mereka, Raden Sulaiman menjadi Sultan Sambas pertama dan bersemayam di lubuk Mandung.

Mawardi kembali berseloka setelah bercerita tentang penghijrahan Raja Tengah ke Sambas. “Tetamu yang tampan gagah/turunan Brunei negeri bertuah/bijak pemurah menyampaikan dakwah/telah mengukir keagungan sejarah.

Kerajaan Hindu berakhirlah sudah/tanpa setitis darah tertumpah/keyakinan agama tidak berbalah/seluruh hamba rakyat berdatang sembah”.

Dengan kedatangan Laksamana Cheng Ho dan Raja Tengah, fajar Islam menyingsing sudah di bumi Sambas. Rakyat Sambas yang enggan masuk Islam terpaksa berundur keluar sungai Selakau. Mereka mendirikan negeri baru bernama Kota Balai Pinang.

Tetapi negeri itu tidak bertahap lama setelah mangkatnya Ratu Anum Kusumayusada dan adiknya Pengiran Mangkurat.  Rakyat Kota Balai Pinang kembali berkabung di bawah kerajaan Sambas pimpinan Raden Sulaiman.

Tidak lama kemudian Raden Sulaiman memindahkan negerinya ke Simpang Sungai Teberau di Lubuk Mandung dan menggelarkan  Sultan Muhamad Sarifuldin iaitu pada 10 Ogos 1630. Pada tahun 1697, Kerajaan Sambas pindah lagi dan kali ini ke muara olakkan hinggalah sekarang ini.

Pada zaman Sultan Saifuldin inilah Islam berkembang dengan pesatnya. Nama Samba mula disebut dengan “serambi Mekah” setelah didatangi para ulama besar dari Pattani dan Kelantan. Mereka berkifarah dan menegakkan ## “………….”.

Antara ulama besar Pattani yang mengembangkan syiar Islam di Sambas ialah Syeikh  Abdul Jalil Al-Fattani, yang kemudian menjadi Mufti Besar Sambas, sekitar tahun 1670, Syeikh Daud Al-Fattani, seorang pengarang Islam dan  Syeikh Al Fakeh Al-Fattani yang hijrah bersama ratusan pengikutnya dalam 40 buah perahu untuk mengelakkan perang saudara di Pattani.

Hari ini ramai yang mengenali ketokohan ulama-ulama Sambas  sendiri. Antaranya Syeikh Ahmad Khatib Sambas yang pernah menjadi guru besar di Masjidilharam. Syeikh Ahmad berjaya menyatukan dua aliran Tarikat, iaitu ## Tarikat Naksabandiah dan Tarikat Qadriah.

Kemudian ada pula ketokohan Syeikh Haji ## Urai Ahmad, mufti besar kerajaan Kutai di Kalimantan Timur, Tan Ka Pi dan Syeikh Muhamad Basiuni  Amran.

Membaca deretan nama ulama besar baik yang hijrah dari Pattani dan Kelantan, mahupun dari kelahiran Sambas sendiri, ternyata ungkapan “Serambi Mekah” itu menunjukkan kepada sebuah tempat di mana kegiatan dan peristiwa besar ajaran Islam dibawa beberapa ulama besar dan bertaraf kelas dunia.

Barangkali ini pula adalah pengertian umum orang Sambas. Marudi dalam perbincangan di sekolah pondok ini bagaikan mengarahkan konotasi “Serambi Mekah” ke pengertian umum ini. Kegiatan besar ini diadakan secara berterusan selama hampir 400 tahun.

Dan secara tidak langsung pula terlihat adanya hubungan erat secara demografi, historis dan islamiah di kalangan negeri-negeri Melayu di Asia Tenggara, iaitu Pattani, Kelantan, Sarawak, Brunei dan Kalimantan Barat dan Kalimantan Timur, dua yang terakhir itu telah menjadi propensi berasingan di Indonesia.

Pattani menjadi sebahagian daripada wilayah Thailand, sementara Kelantan dan Sarawak merupakan dua buah negeri di Malaysia. Ketika Marudi berhenti bercerita, hujan masih turun, tetapi dalam keadaan lembut renyai-renyai.

Namun hujan renyai tidak mematahkan semangat para pensyarah dan murid sekolah pondok untuk mengucapkan selamat jalan kepada rombongan dengan berbaris panjang di sepanjang jalan menuju ke tempat bas.

Be the first to start a conversation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: