Dato’ Rahim Bakar (Allahyarham) on DS Anwar Ibrahim, BM and ITNM

Berpijak Ke Alam Bahasa dan Sastera 2 Interview

 

Rahim berusaha menghabiskan waktu senggangnya  dengan cuba mencatatkan kisah pengalamannya sepanjang kerjayanya sebagai pentadbir dan ahli politik. Seperti katanya, “Masa itu saya cuba menulis. Saya mencari-cari apa yang harus saya buat untuk hidup yang ada lagi. Jadi cuba menulis sesuatu yang saya tidak biasa. Tapi saya rasa boleh buat. Namun pilihan pada waktu itu tidak banyak, hanya tercari-cari.” (interview dengan Rahim di pejabatnya PPZS, Kuala Lumpur.) Ketika dalam keadaan beitulah Rahim menerima panggilan telefon daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, waktu itu Menteri pebdidikan. “Rahim, aku nak lantik kamu jadi Pengerusi DBP”.

 

Rahim terkejut kerana tiak menyangka panggilan datang daripada orang yang beliau tidak sangka-sangka. Memang pun hubungan Rahim dengan Anwar adalah rapat seperti kata orang “boleh bertepuk bertampar. Rahim ditawarkan bekerja di DBP sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola. DBP adalah di bawah Kementerian Pendidikan. Rahim terfikir apakah beliau mampu melakukan tugas yang dianggapnya  “ tak pernah buat bahasa, dan intelektualisme” kerana semua itu bukan bidangnya. Rahim mengaku tidak pernah mendekati dunia bahasa, sastera dan budaya. Pada mulanya beliau enggan menerima malah katanya “Tak payah susah-susahlah.” Namun Rahim meminta tempoh seminggu untuk memberi jawapan.

 

Seminggu kemudian Anwar menelefonnya semula untuk mendapatkan persetujuan. Rahim menerimanya dengan separuh hati. Kira-kira dua jam kemudian Rahim menerima surat perlantikan melalui seorang penghantar surat bermotosikal. Rahim menemui Ketua Pengarah DBP, waktu itu, Datuk Hassan Ahmad kerana surat itu tidak menyebut bila Rahim sepatutnya memulakan tugas. Datuk Hassan mencadangkan agar tarikh surat itu dijadikan tarikh Rahim dilantik.

 

Rahim merasa tergamam berada di DBP. Katanya, “Saya tergamam seperti kita tak pernah menyanyi.” Akhirnya Rahim menjadi seorang yang hanya mahu bersikap untuk menjadi pendengar yang baik. Kalau bercakap Rahim akan lebih memberikan dalam bentuk pertanyaan. Sentiasa mengawal diri kerana Rahim bukan ahli bahasa . Tugasnya hanya sebagai pengerusi yang banyak memberikan rumusan, pandangan atau memberi arah tuju. Segala yang berbentuk teknikal dalam bidang bahasa saya tidak banyak mencelah, malah jarang sekali masuk campur dalam perbincangan. Demikianlah Rahim menempatkan diri pada awal beliau ditugaskan sebagai pengerusi di DBP.

 

Ada sesuatu yang menarik bagaimana Rahim cuba ikut serta dalam satu perbincangan tentang bahasa. Seorang ahli Lembaga yang juga profesor bahasa mencadangkan supaya kata-kata seperti “setiausaha”, “keretaapi”, matahari, dan lain-lain yang selama ini diterima pakai sebagai satu perkataan dipisahkan menjadi dua perkataan. Anggota ini memberi hujah dari sudut akademik. Rahim banyak bertanya dan akhirnya keputusan sama mahu dipisahkan atau kekal sebagai satu perkataan ditangguhkan. Bagi Rahim yang penting mesti ada penyelarasan jangan sampai ada yang satu perkataan dan ada yang dua perkataan. Ini penting bagi Rahim bagi mengelakkan orang ramai menjadi keliru. Ahli Lembaga ini tetap dengan cadangannya. Saya menjadi kaku dengan hujah yang diberikan dan akhirnya itulah keputusannya, iaitu ada sebahagian diterima pakai sebahagiannya tidak.

Rahim tidak pasti apakah keputusan itu telah diteima pakai oleh masyarakat hari ini. Rahim merasakan bahawa faktor linguistik perlu diberi keutamaan apabila membuat keputusan berhubung dengan bahasa. Hujah Rahim amat mudah. Bahasa tidak dibina oleh jurutera bahasa (language engineer) tetapi oleh masyarakat yang menggunakannya. Rahim mengakui penghujahnya tentang bahasa ini banyak dipengaruhi oleh Dato’ Hassan sendiri. Dan seingat Rahim itulah satu contoh yang beliau benar-benar mengambil bahagian dalam perbincangan tentang bhasa secara teknikal. Rahim mengakui selama beliau menjadi pengerusi DBP, beliau lebih banyak bertindak mirip seorang speaker Dewan Undangan Negeri atau Parilem.

 

Pada tahun-tahun awal sebagai pengerusi Lembaga, Rahim pernah mencadangkan supaya pihak pengurusan memperbanyak usaha pengadaptasian  dan penerjahan buku-buku Indonesia ke dalam bahasa Melayu. Tetapi ternyataya uaha itu tidak ditangani dengan baik. Padahal menurut Rahim dari segi konsepnya, tidaklah begitu sukar melaksanakan tugas-tuga pengadaptasian dan penerjemahan itu. Malah ia tidak memerlukan banyak sangat ilmu kebahasaan. Yang penting ia perlu dilihat dan dilaksanakan dari pendekatan penggalakaan korporat atau organisasi pemasaran di DBP.

 

Contohnya, Rahim masih saya ingat dalam satu mesyuarat, beliau mencadangkan agar kegiatan penerjemahan dijadikan sebagai satu industri, seperti halnya di Jepun atau negara-negara yang maju. Industri sepert ini perlu dimajukan orang-orang yang terlibat dalam uaha industri ini hendaklah dipimpin dan dibimbing. Rahim teringatkan organisasi seperti Felda. Dalam organisasi itu terdapat kumpulan ******kontraktor yang menebang hutan, membakar hutan yang boleh ditanam dengan baik tetapi sewaktu-waktu awal FELDA tidak dapat kontraktor yang berpengalaman dalam hal ini, sehingga dia menjadi satu projek/pembinaan yang efisien. Jadi FELDA mengenal pasti 2-3 kontraktor yang besar. Dia memimpin ditengok dengan cepat, dan sebagainya. Jadi sehinggakan kontraktor ini dapat membuat penebangan, memerun dan membakarkannya menjadi padang yang baik untuk ditanam.

 

Yang ini bagi orang yang tak pernah membuat ladang faham. Kalau tak kena ‘timing’, tak kena bakar, dia tak hangus. Dia tak nak kerja itu melangkau batang banyak, orang nak kerja susah, dan semak samun akan timbul. Jadi yang baiknya dia tak ada, semua terbakar dan hangus semua, senang buat kerja. Gagal banyak, awal-awal masalah pagar kena curi. Saya jugak pernah buat rancangan di Tanah Tinggi, Johor. Saya tau, bila tak kena bakar, tak jaga betul, susah nak bagi orang kampung nak pergi tolong pun susah, terlanggar batang banyak. Jadi sehingga dapat FELDA memimpin, membentuk 2-3 buat syarikat. Jadi FELDA agak yakin benar, bila saja nak buat tak ada problem, harga pun murah. Kontraktor itu efisien. Dia tak. Jadi dari segi teknologi itulah saya mahukan industri terjemahan. Tetapi saya tak berapa nak cakap sangat mengapa gagal. Tapi begini sajalah, tidak ada keikhlasan orang yang menangani itu. Dan industri itu pun mati… habis, tiada lagi dah.

 

Sebenarnya bila kita buat begitu, ramailah anak-anak Melayu ini yang mengatakan dia pakar dalam bidang bahasa dan tahu dalam bahasa Inggeris. Tentunya tidak mempunyai modal, tentunya payah. yang itu yang kita nak jaga. Bayaran mesti cepat, itu yang kita dah pesan. Ini ada yang orang ni dibayar cepat, ada orang yang dibayar lambat, ada yang dibagi orang tertentu, jadi the whole industri orang tak ada yakin, gagal. Saya agak… saya kata kayu, timbullah. Saya teringat masa negotiate dengan Anwar nak lantik dulu, saya kata “You give me executive, saya ambik”. Masa mula-mula dulu, tapi dia kata ‘timbang-timbang’ tapi akhirnya tak bagi. Sebab itu, kalau saya eksekutif, hah, nayalah ada 2-3 orang ini. I will tak action.

 

Tapi bila saya pegang eksekutif, saya cakap dengan Ketua Pengarah, because Ketua Pengarah sendiri saya yakin tidak percaya benda tu, atau tidak begitu yakin untuk menjalankan benda tu. Dan saya masih merasakan salah satu kelemahan bahasa yang sangat-sangat… orang pergi ke bahasa Inggeris kerana tiada ilmu dalam bahasa kerana sesuatu usaha, aspeknya terjemahan tiada, yang sah. Soal untung rugi tak timbul, kalau nak kira untung Dewan Bahasa. Ini harus satu ‘social responsibility’ mengikut perjuangan kebangsaan, baca. Kalau banyak ilmu dalam bahasa Melayu, melalui terjemahan pun, saya ingat tak ada kewajaran untuk pengguna-pengguna. Kalau kita unjurkan seluruhnya, itulah separuh  kelemahan yang paling besar. Kita gagal dalam hal ini. Nah apatah lagi di hujung-hujung, saya dalam usaha nak majukan ini, galakkan tubuh ITNM (waktu itu namanya bukan ITNM, nak tubuh satu badan… yayasan waktu itu), supaya dipisahkan dari Dewan Bahasa. Mengapa nak dipisahkan? Saya tengok kegagalan dalam mereka menangani nak membentuk industri terjemahan, sebab tu saya sebut dengan harapan benda tu bawah Dewan Bahasa. Nah, sudah tertubuh, lain perginya pulak dan sebagainya dan diletakkan bukan orang bahasa, permulaannya diletakkan orang IT yang tidak faham. Itulah timbul orang nak terjemahan manual, dan sebagainya.  Jadi saya nampak lah kata orang lama Melayu, buat kerja. Jadi kisah mengilmukan bahasa satu aspek usaha yang agak gagal!

 

Jadi, ini semuanya tidak pernah dilihat tau, ‘social implication’ atau implikasi sosial terhadap pembangunan bahasa dan mengilmukan bahasa Melayu melalui terjemahan. Tidak pernah dilihat, dan ada tak pernah dengar seminar?. Padahal itulah jalan yang dipakai oleh Jepun, Korea dan negara-negara berbagai-bagai bangsa yang maju sekarang, terjemahan. Sekarang di Jepun masih terjemah dan mengeluarkan. Tapi kerana industri terjemahan begitu maju dan negeri-negeri itu, itu sebabnya.

 

…Membincangkan bagaimana usaha-usaha meningkatkan kuasa beli dan mengilmukan bahasa Melayu. Mempopularkan itu satu lagi aspek, satu lagi mengilmukan dulu. Saya tidak kata bahasa Melayu tapi boleh kita pakai, saya rasa yang ada dalam bahasa Melayu yang boleh kata agak terkemukalah, pembelajaran bahasa, perbendaharaan kata, bahasa teknikal dan kita banyak usahakan itu tetapi itu semua tidak dipakai. Disimpan dan tidak diterjemahkan dalam bentuk yang mengandungi ilmu. Tiada, itu saja yang kita megah, saya tak nampak yang lain. Kalau kita ada industri terjemahan, itu semua akan dipakai. Itu yang saya nampak. salah satu sebab besar kerana bahasa Melayu tidak mempunyai banyak ilmu sehingga membuatkan penuntut dan pelajar atau ‘academician’ merujuk banyaknya atau % kepada bahasa asing. Kerana bahasa Melayu tidak mempunyai itu. Salah satu sebab kita tidak mempunyai ini ialah kerana industri terjemahan tidak dibangunkan, diutamakan. Jadi ini yang jadi saya ralat, terbuku, lama dah awal-awal saya masuk di Dewan Bahasa, 16 tahun, lebih awal, tahun awal lagi dah saya dah pesan. Bukan saya sendiri tapi dalam perbincangan beginilah, saya menghimpun-himpun ilmu, pendedahan itu dan meluahkan inilah satu cara sehingga saya sendiri, personally monitor, saya pergi ke department tu, (tak taulah ada orang ingat tak) saya pergi bincang. Saya bukan dibayar gaji untuk itu tetapi minat dan kepercayaan. Itulah barang kali apa yang saya pegang saya nak buat sungguhlah.

 

Saya tidak ternampak apa yang ITNM buat sehingga hari ini. Jadi ertinya maksud saya, tidak ada kesan besar dalam mengilmukan bahasa. Mungkin ada 1-2 buku tapi kesan yang kita boleh agak merasakan ia  sebagai pengubah keadaan. Dan sebenarnya ITNM masih berperanan kecik. Sekadar yang saya dapat tau ITNM mula-mula dapat duit, dia beli bangunan seolah-olah ada bangunan ni, berjayalah.  Padahal kita patut tanya sudah berapa banyak buku yang telah diterjemahkan. Macam definisi sekolah lah kan, sekolah; ada guru ada murid, itulah sekolah. Bawah pokok bawah pokoklah! Sekolah jugak orang panggil. Bukan bererti ada bangunan sekolah itulah sekolah! Jadi no problem. Banyak orang sampai sekarang pun, lebih mementingkan benda itu daripada bisnes. Itu masalah. Jadi barangkali saya ni agak memudahkan tetapi begitulah. Akhirnya ITNM menjadi satu badan yang menjaga kepentingan diri dia sendiri. Dia tidak ada mencari satu perjuangan yang ada direction. Saya tidak nampak, tapi saya tak taulah kalau saya ni agak apa perkembangan dia tapi. Perhubungan dia dengan Dewan Bahasa tidak rapat, padahal dia harus. Sebab itu sejak awal-awal dulu saya hendakkan dia bawah Dewan Bahasa. Tak apa nama jawatankuasa ke, nama lain ke, tak apa, kita boleh saling tukar-tukar pegawai ke dan sebagainya. Tapi politik department pun ada masuk di kementerian. Dia hendakkan kuasa itu. Dia takut orang lain ambil alih dia suruh menteri jadi pengerusi. Itu satu ‘move’ yang dianggap paling tidak ikhlas. Orang yang menteri tahu. Dia menteri itu, tunggu. 3A. Yang menentukan yang di bawah. Jadi kita ni  terjah menteri ada! Tak buat, dia buat salah. Dia berselindung di bawah menteri. Itulah satu benda yang saya agak lebih banyak faham bab itu. Saya tengok aje saya dah tak boleh nak buat apa dah. Jadi, sebab itu kalau dikira-kirakan, mengapa di sini boleh berjaya?!! Pengalaman di Dewan Bahasa. Itulah masalah di ITNM. Sebab itu saya ralat betul lah tak dimasukkan dalam Dewan Bahasa. Ralat sungguh-sungguh.

 

Sekarang ini ada faktor-faktor lain yang menyebabkan idea-idea dulu mungkin tidak relevan lagi kerana dasar sudah berubah. Bahasa Melayu tak penting diilmukan lagi sebab bahasa Melayu hanya  untuk  sekarang. Untuk apa bahasa Melayu? Dalam tv pun orang tak peduli cakap Melayu, menteri pun tak cakap Melayu, bahasa Melayu sudah tidak mempunyai kedudukan. Jadi saya tidak tahu haruskah kita mengilmukan bahasa Melayu lagi atau tidak? Sebab orang semua kata ilmu dalam bahasa lain ada, apa guna/tunggu belajar bahasa Melayu? Soal maruah, soal identiti dan sebagainya itu adalah satu benda/perkara yang sudah tidak relevan dalam keadaan dunia yang kononnya nak maju, negara kita yang nak maju hari ini. Barang kali saya agak sinikal tapi sebenarnya saya memang benda itu. Sekarang ni yang dicadang balik semula saya tidak tahu sama ada masih… ia tidak serupa dah. Yang ada pemimpin-pemimpin/pejuang-pejuang macam saya untuk memperbetulkan keadaan, yang ada pejuang, makin mengecik jumlahnya. Jadi pejuang baru tak ada. Sebab kalau you tengok pejuang baru you tengok pada budak-budak baru. Budak baru tak pandai cakap Melayu. Kalau you temu duga di DBP budak-budak muda, tak boleh tidak, ada saja perkataan Inggeris atau ayat Inggeris. Kalau tidak, semuanya bahasa Inggeris atau dicampur jadi rojak. Sehingga saya tertanya-tanya di manakah identiti bangsa, di mana maruah? Bangsa yang tidak ada identiti dan tidak ada maruah bangsa apa? Bangsa yang tidak ada itu semua, datang ribut hancur habis! Dia tidak ada… apa kata orang… kesetiaan. Ini bukan satu cara membina negara. Malaysian belia bukan begitu.. kita tak akan timbul ‘statement’ kalau kita tidak ada ini semua. Hanya sekadar ‘parking’ lah, buat duit. Banyak duit sikit kita pindah ke Australia lah. Dulu kita ingat bangsa lain eh sekarang Melayu pun begitu jugak. Bukan sikit Melayu yang pindah ke Australia masa dalam keadaan dulu, bukan sikit. Ertinya dia tidak peduli lagi dah. Malaysia, oh tempat kelahiran. Sepertilah dengan saya, saya lahir di Kuantan.

 

Nah, soalnya saya pun terfikir sebelum jumpa you ni, saya tertanya-tanya kalau sudah bahasa tidak menyerupai identiti, bangsa, harus kita ada satu definisi baru tentang apa itu  bangsa Melayu?!! Yang termaktub dalam perlembagaanlah. Supaya tidak disegerakan. Boleh tidak orang itu mengatakan dia orang Melayu kalau dia tak sepatah pun boleh cakap Melayu?!! Dalam perlembagaan… dari segi genetik betullah. Itu yang agak ramai yang boleh cakap Melayu tapi itu kerana keturunan bukan?!! Saya tertanya-tanya. Nah, semuanya kita nak kan, supaya tidak keliru. Dalam hidup kita harus ada redefinition apa itu negara, apa erti sempadan, IT dan sebagainya, banyak bendalah. Keberadaan teknologi yang moden hari ini banyak menuntut perubahan definisi berbagai termasuk bangsa… apa itu bangsa?!!

 

Saya tidak nampak kita boleh capai negara maju pada tahun 2020. Yang maju orang cina saja pada 2020… ‘this group of people…’ but negara tidak. You tengoklah, kita sudah 6 tahun, ini tahun 2006, 14 tahun, you nak cari Melayu di mana? Kalau dia berkereta besar, dia adalah tamu kepada tauke… atau dia jadi ‘sub boss’. Melayu di mana? Di gerai-gerai tepi longkang. Di gerai-gerai haram di tepi longkang tu banyak Melayu. Kalau you bawak kereta, hati-hati kalau ada motor sebab, yang naik motor tu orang Melayu, sebab mereka tak mampu beli yang lain. Nah, maju apa? Apa erti maju kalau Melayu begini? Saya tidak nampak. Kalau saya balik kepada kemelayuan saya, saya cukup tak tahan tengok. Kadang-kadang saya mahu menangis. Semacam buta mata. Baru ni saya balik ke Kuantan, berjumpa dengan seorang rakan lama, sedang berbincang tu, tercetus tentang korupsi dalam kerajaan. Saya kata, satu-satunya musuh besar untuk bangsa Melayu nak maju ialah rasuah. Apabila ada rasuah Melayu kalah. Pertama yang memberi/menerima rasuah tu Melayu, umumnya. Dan dia tak akan terima rasuah Melayu.  Jadi, Melayu tak akan boleh main ‘game’ itu. Jadi bila dia tak bayar rasuah dia tak akan dapat apa yang dia nak. lambat. Jadi dari segi hormat atau bangga kepada senior tidak ada lagi. Ini bukan sehari dua cakap, ini semua boleh terima. Ceruk-ceruk hutan di Pahang semuanya dibayar duit. Bukan Melayu, bukan bermaksud Melayu harus menipu tapi bila ada korupsi, Melayu kalah. Itu musuh bangsa. Musuh Melayu juga. Saya tidak taulah, saya tidak nampak yang ada kemungkinan kita boleh bangkit. Kita ‘are working class’, kita bukan ‘the owner’. Kalau niaga orang Melayu, tidak ada usaha kerajaan supaya perniagaan itu boleh di kerana dia buat haram. Buat haram peniaga tu macam ‘fugitive’ lah, kalau ada enforcement di situ dia larilah. Dan bangsa yang membuat kerja begini memang tak tahan lah. Buat kerja atas dasar landasan yang tak betul. Ini dibenarkan, mengapa? Korupsi! Nak tengok di mana orang Melayu banyak digerai-gerai haram, di tepi jalan, di tepi longkang yang berbau. Di jalan raya berhati-hati dengan motosikal, kalau ada sorang dua lagi tu India lah, Cina tak ada, boleh dibilang dengan jari cina yang naik motosikal. Melayu tidak mampu. Di hotel-hotel besar banyak Melayu adalah, angkat barang. Jadi saya fikir, ada perbezaan ke? Tak ada! Malah makin bangsat.

 

Saya pertama-tama kali mengakui saya sudah jemu dan saya tidak mengikuti lagi dah tentang perkara-kara itu.  Sebab, politik yang begitu selalunya dia lebih kepada yang seronok tetapi dia tidak pernah membuat terjemahan atau pegawai/jentera kerajaan tidak mampu membuat terjemahan dasar itu kepada ‘operational skill’. Sebab itu saya kata, kita boleh idea yang baik, dan kebanyakannya menghimpun habuk dan rumpai kerana tidak ada menterjemahkan kepada ‘operational plan’, pelan operasi. Sebab itu apa juga idea saya selalu salurkan di sini tapi macam mana nak buat? Kalau you tak ada di pejabat susah! Contoh saya jugak, saya kata kita pergi Acheh, saya dah ada dah cadangan nak buat masa itu… dan terus saya pergi Palembang, 13-14 hari lepas tu, saya tanya… decision pung pang pung pang ok, dan dia kata ok, kita nak keputusan daripada jawatankuasa ok ‘present’, kita ‘underwrite’. Bila ‘underwrite’, senang nak buat kerja dah, pelan tu dah ada dah. Jadi sementara waktu, himpunkan dana, menderma. That is the plan. Kalau tak ada pelan tak boleh buat! Kita mesti tolong orang Acheh, orang sesama Islam, sesama bangsa… itu idea bagus. Jadi, balik kepada persoalan yang tadi, saya masih menanti-nanti apa dia ‘operational plan’.

 

Saya bagi contoh lagi satu, dulu masa Tun Razak… buku merah. Buku merah setiap kampung adalah satu kampung. Dalam setiap kampung ni mesti ada mesyuarat setiap bulan. Dan setiap mesyuarat ADO mesti ada. Ambil contoh di Temerloh, kampung di Temerloh tu ada dekat 60-70 buah, ADO ada 4 orang, mesyuarat sebulan sekali ADO mana nak pergi. Maksudnya, idea yang tidak diterjemahkan kepada ‘operation’ boleh jadi gagal. Itu contoh. setiap bulan ada mesyuarat membincangkan hal kemajuan kampung, nak buat projek, ADO ada sekali, pembangunan ada sekali. Kita tengok… gagal. JK Kampung malas nak mesyuarat. Pergi mesyuarat pun buat apa, setakat nak membuta saja!. ‘So the whole things collapse’.

 

Jadi berbalik kepada isu tadi, saya tak taulah… saya dah banyak kali dah dengar glocal – glocal ni… Melayu mesti begitu, mesti begini, bagaimana ia harus begitu? Kita mesti anggapkan bangsa Melayu ni buta, orang buta. Dia harus sampai ke Kuantan… dia harus ada. kalau dia celik tak payah you cakap dia tau. Bagaimana kita nak buat ni? Saya rasa mungkin ada terjemahannya kepada operasi… saya tak tahu…

 

Macam dulu, selepas peristiwa 13 Mei, kita membentuk semula masyarakat supaya tidak bangsa diagihkan dengan kawasan… bandar orang cina, kampung orang Melayu dan sebagainya. Ye, sebab apa? Macam mana terjemahan? Dia ingat nak rampas orang Melayu dari kampung, kalau tak begitu… orang Melayu pun bukan reti sangat duduk di bandar. Bagaimana nak terjemahkan? Ini maksudnya, saya takut begitu jugak tapi awal-awal saya cakap saya tidak melihat sebab saya dah jemu. Tapi setakat ni hanya bercakap je. Tapi sekarang ni saya cuba menerangkan bagaimana saya berfikir lah. Contohnya saya sendirilah, saya punya idea kutipan zakat mesti banyak. Orang dah kaya raya gedebak-gedebuk. Saya dah tau macam mana nak buat dalam kepala ni… jumpa Yusuf Noor. Berdebat dengan dia. 2 muka je kontrak ni. Lepas tu saya tanya dia balik…”i nak tanya fatwalah dulu… boleh ke tidak lantik syarikat jadi amir”. Oklah, kalau tuan-tuan setuju saya nak mintak peruntukan untuk buat kajian. Nah, maksud saya terjemahannya ada… bagaimana nak buat langkah satu, satu, satu. Jadi. Kalau kata “tiap-tiap orang Islam itu bayar zakat… ini rukun, mesti… tak boleh tidak nanti hukum kita tak penuh… bayar fitrah je tak boleh”… cakaplah! “You ni sekarang kenapa tak bayar zakat?”. Nah, nak bayar pergi ke tempat tu, tunggu la dia tengah minum. Yang kerani tu kata “Eh dia cuti… saya sorang, dia cuti”. Orang nak bayar. Jadi di sini saya cuba menyatakan perbezaan. Glocal.

 

Yang saya mahu kalau boleh, Najib atau sesiapapun yang memimpin, they are more serious untuk pembelaan bangsa. Yang menggunakan sesuatu untuk pembelaan bangsa bukan untuk setakat identiti nak naik. Tak ada bezanya. Beza dan tak bezanya begini kerana semuanya berorientasikan naik… promotion dan pangkat… bukan perjuangan. Walaupun tentu ada beza antara dua… Pak Lah dengan Najib semestinya tapi makannya sama.

 

I ada satu anak didik tau, saya boleh akui lah dia tu anak didik. Tapi dulunya saya tak beri dia jadi ketua UMNO, ketua bahagian dan ketua Pemuda pun. Saya tak beri… susah saya kata… you sumbang cara lainlah. Akhirnya dia tak jadi ketua Pemuda tetapi dia dimintak jadi wakil rakyat… jadilah dia wakil rakyat negeri. Dia tanya saya sebelum dia jadi wakil rakyat saya kata tak usah, beban banyak, banyak sangat tanggungjawab sebagai pemegang amanah orang ni. Dia kawasan Najib, bahagian Najib. Najib nak dia. Bila pilihan raya saya pergi la sebagai tandalah saya ni ni samalah. Saya tak pergi kawasan lain, lagipun tak jauh, dari Kuantan ke Pekan tak jauh. Tapi saya bagi 2-3 petua kepada dialah. Pertama jangan berjanji, kalau berjanji jangan mungkir. Jangan macam wakil rakyat, lain. Senang sangat berjanji. Janjilah sebanyak boleh…  hendak memenuhi janji pilih-pilih. Itu /, jangan.

Kedua, time. Very-very accurate. Kalau janji pukul 9, pukul 9. Pukul 10, pukul 10. You mesti ajar pendidikan ni kepada anak-anak buah dia. Tapi satu lagi, dah tapis kawasan you. Berapa batu kos minyak tar dalam kampung kawasan you. Berapa batu tanah merah. Berapa rumah yang berkehendakkan PPRT. Berapa banyak orang miskin. Beberapa banyak berapalah. Bila orang sebut je you tahu. Itu latar belakangnya. Akhirnya you tau, kawasan Najib  tu agak jijik jugaklah. Dia bertemu dengan orang miskinlah… kawasan Najib, Allah La Ila Hailallah, di kampung saya ni banyak juga orang miskin tetapi tidak begitu teruk. Saya nak cerita pun jujiklah.  Miskin bukan saja makan minum… Dia bagitahu Najib. Najib macam tak berapa suka jugak makluman ni but these are fact. Ada yang telanjang macam binatang. Fasal gila ke apa ke tak tau la tapi gila bukan begitu.  Anyway, budak ni dia tak kisah. Dia tak bertanding pun tak apa. Saya sudah cakap dengan dia awal-awal. You nak ikut aku, you mesti ingat you memang tak lama. Kalau you sanggup tak jadi wakil rakyat… ok. Tidak, tak usah. Sebab you jadi wakil rakyat atas perjuangan. Perjuangan tu di atas / kemudian. Dia sanggup… ok. Memang ada orang marah. Marah kerana kejayaan dan kesungguhan dia tu ada orang dengki sebab wakil rakyat yang lain tu tidak begitu bersungguh. Tidak ada / dan sebagainya. Dalam pilihan raya baru ni kalau ada orang miskin dalam satu kampung kawasan dia kan… dia dah tau dah antara kawan-kawan dia. Kalau dia kata dia tak pernah dapat bantuan… ish ini /. Orang kampung ni kadang-kadang dia nak tipu jugak. Berapa banyak orang berbuat begitu?.

 

Jadi berbalik kepada soalan yang tadi tu problemnya orang macam ni tak ramai, pertamanya. Satu, keduanya tak kekal dia. I rasa tak mungkin dia dapat sambung lagi sebab politik atas tak berapa suka dia. Bawah memang ramailah suka dia sebab dia ambil tahu. Jadi persoalan yang timbul tadi berbalik kepada yang itulah. Ke mana kita nak pergi?. Dan korupsi berterusan sampai ke atas-atas. Saya berani cakap. Sebab itu saya tak berapa nak dekat sangat dengan orang yang saya kenal ni.

 

Adaptasi ni saya rasa, dia begini… saya ada satu philosophy di belakang ni saya nak samakan atau mengurangkan perbezaan bahasa dalam bahasa antara dua buah ini. Antara Indonesia dengan Malaysia.  Dia laras berbeza, banyak sangat. Walaupun kita boleh faham tapi saya nak kurang. Sebab itu saya beritahu kalau nak adaptasi janganlah berubah-ubah laras bahasa tu. Ubah terminologi tu kalau nak ubah supaya kita faham. Satu, kita boleh mengenal lebih dekat dengan laras bahasa dia jadi akhirnya akan ada persamaan. Bayangkan 240 juta dengan kita kan… 200 juta dengan kita ni besar penyokong bahasa tu nak mempunyai laras yang sama. Terminologi kita buat adaptasi tak apa. Pertama itu tujuan politik. Kedua, cepat. You tukar terminologi tu cepatlah. You know, kalau you key-in dalam komputer you kata ok… perkataan ‘islamic’ dia, kita tukar jadi ‘keislaman’ ke apa ke… kita tukarlah yang kita ada. Dia automatik install dekat komputerkan seluruhnya… cepatlah. Dak, nak ubah laras dan sebagainya. Ini kalah jugak saya kerana academician, pemegang ilmu bahasa ni agak tak setuju. Takut rosak bahasa. Masalahnya saya cukup tak sukalah orang idealistik ni i cukup benci sebenarnya. You can’t live with idealism, you have an idea tapi kena adopt dengan practicality. Kita pemakai bahasa Melayu sebenarnya ada lebih kurang 10 juta, itu makin mengurang. 10 juta orang Melayu makin mengurang. Sana berterusan dan maju dah bahasa dia. Bahasa Indonesia maju. Nah, you boleh katakan bahasa Indonesia tidak rupa bahasa Melayu… memang bukan bahasa Melayu… bahasa Indonesia… ok. / tak faham. That is your problem. 200 juta orang tak ada problem komunikasi dengan bahasa dia, nah apa yang jadi masalah?. What is the meaning of bahasa?. Bahasa alat komunikasi. Dia tak ada keliru. Apa yang you nak kata you ni molek sangat?. Molek kat mana? Bahkan ini saya selalu kalahlah saya kata nampak begitu ni… dah bertekak-tekak ni. Itu yang tak. Mana ada adaptasi buat?. Ada lagi?. Tak ada!. Padahal ilmu dalam tu banyak tau!. Diorang banyak terjemahan, banyak buku. Because dia ada pasaran… kita join up la. Saya bayangkan kalau bahasa tak dapat disamakan pasaran kita pun ada jugak. Apa peduli orang cakap kita berbahasa baku dulu orang tak tiru pun… siapa peduli? Yang you tiru Inggeris. Yang sekarang you tiru you pakai bahasa Inggeris terus!. Hah tak malu!. Eh yang itu disibuk yang diorang ni sekarang cakap orang putih tu tak disebut. Jadi persepsi. Problem. Itu yang semasa saya jadi chairman dewan bahasa kadang-kadang saya cakap baku dan sebagainyalah lepas tu ada la orang buat kesempatan complain bahasa Melayu banyak campur dengan perkataan asinglah, beginilah, begitulah. Saya kata you bagi satu ayat you tunjuk perkataan asing. Hampir semua. You bagi satu ayat Melayu. Parsi ada, transkrit ada, itu ada. I kata you bagi satu ayat Melayu yang you kata ayat Melayu tu pure punya. Di mana bahasa Melayu hidup. I challenge dia… you bagi satu ayat. Itu nak ngajar diorang ni. Indonesia bahasanya berfungsi dan tidak mengelirukan. Itulah bahasa pada saya.

 

Sekarang ni terfikir saya, untuk survive bahasa Melayu, sama dengan Indonesia. Sebab bahasa Melayu yang disamakan itu, laras dan sebagainya bahasa Indonesia… dia dengan sendirinya akan dibawa oleh Indonesia. Tak mati bahasa Melayu. Bahasa Melayu boleh digunakan secara teknikal, dan sebagainya. Kalau tidak / mati. You will die. Sebelum ni berfikir dah itulah cara kalau nak survive bahasa Melayu. You won’t survive edisi Melayu, timbul banyak dalam bahasa Melayu Indonesia. (Kemungkinan besok bukan bahasa Melayu lagi, bahasa Indonesia jadinya?). Tak apa! Apa masalahnya?. Atau kita lebih megah dengan bahasa Inggeris tak taulah?!!. Bahasa Inggeris akan terus hidup maju, subur di sini, sudah tentu tapi bahasa Melayu boleh seiring sebab dia juga mampu, ada ilmu. Sekarang bahasa Melayu yang kita kata bahasa Melayu tidak ada ilmu dah!. Yang ada dulu, setakat itu jelah. Tak ada dah. Satu ketika nanti 16 tahun kemudian lepas dasar itu dibuat akan ada satu anak Melayu yang turun satu crown untuk diberi syarahan. Dia tak akan mampu memberi dalam bahasa Melayu. Apatah lagi kalau masuk simbol atau apa-apa formula… lagilah sebab dari kecil dia diajar bersidang dalam bahasa Inggeris. 1, 2, 3 tidak logik, tidak relevan. Itu cerita mudah. Cerita yang mid terms, kronologi yang  tinggi-tinggi lagi. Sains jugak begitu. Ilmu sekarang hampir 90% berasas kepada sains dan matematik. Ada hubung kait… business ke, economics ke semua ada hubung kait. Nah, kalau itu… daripada guna bahasa lain. Sebenarnya agama Islam pun ada mengatakan banyak ilmu dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu… agama Islam mengapa belajar dalam bahasa Melayu?. Mengapa harus belajar dalam bahasa Melayu… Islam?!!. Sebab ilmu dalam Islam dalam bahasa Inggeris ada lebih banyak daripada bahasa Melayu. Pasti Islam dalam bahasa Inggeris adalah lebih baik daripada bahasa Melayu.  Untuk mengejar ilmu Islam mengapa harus bahasa Melayu?!!. Bahasa Inggerislah!. Nah, kalau itu jugak pergi? Apa yang tinggal dalam bahasa Melayu?. Sastera? / College pun pakai bahasa Inggeris nak membicarakan tentang sastera Melayu. So akhirnya macam Hawai. Dia membicarakan budaya Hawai dan bahasa Hawai dalam bahasa Inggeris. Membicarakan subjek itu. Salah ke tidak?… salahlah tapi itulah hakikatnya. Kita terima jugak itu… terimalah. Hanya saya tak setuju dengan dialah itu saja. Saya rasa satu-satunya yang saya agak rasa kurang puaslah agak kurang berjaya sedikit ialah tentang pengurusanlah. Saya gagal untuk meletakkan pengurusan supaya lebih memantapkan tapi ini agak sesuatu perkara yang besar kerana dewan bahasa adalah sebahagian daripada kerajaan. They are / orangnya dan dia badan-badan berkanun kan… bukan syarikat. Jadi saya mengharapkan budaya akan berubah dia tak macam department jugak dan ini terlalu banyak / efficiency, sebab itu dalam usaha nak mencarikan keberkesanan saya kuat mendorong supaya di ‘privatize’kan aktiviti komersial. Nampak dah berjaya

%d bloggers like this: