Temu Bual Dengan Dato’ Rahim Bakar: Selepas Keluar Universiti

AWAL KERJAYA SELEPAS UNIVERSITI

 

Berikut ialah wawancara saya, A.F.Yassin,  dengan Dato’ Rahim Hj Bakar. Kami berbincang daripada  sudut politik sebagai satu kerjaya. Temu bual diadakan di pejabatnya di Shamelin Perkasa, pada  14/11/2005.

“Saya ambil bidang Sastera Melayu. Selepas tahun pertama saya ada pilihan, Geografi dan Sastera. Saya ambil Sasteralah. Saya tak ambil Ekonomi. Dia ada sejarah. Saya hanya terlibat secara marginal – – dalam persatuan bahasa Melay. Waktu itu saya lebih tumpukan kepada pelajaran. Saya tidak akan mungkin boleh membantu sesiapa kalau saya gagal dalam pelajaran. Yang lain tu boleh ditangguhkanlah. Sebab saya pernah jugak bincang dengan kawan-kawan dan pernah mengatakan yang saya ni anak luar bandar yang agak tidak ramailah waktu itu kerana jumlah orang masuk universiti pun – – calcution dia – – ribu, 30% je Melayu. Dan boleh katakan semua anak Melayu kita kenal la, pasal kecik, sikit sangat. Hanya rapat tak rapat, saya kenal. Masa dalam universiti saya telah terfikir-fikirlah tentang bangsa kerana kekurangan orang Melayu dalam universiti dan saya percaya Melayu tak maju bukan kerana bodoh, kerana kemiskinan dan banyak masalah sebenarnya – – dan kemudahan luar bandar tidak banyak akibat dasar oleh British dahulu. Jadi sub-culture pendidikan luar bandar memang tak adalah dan dulu ia lebih kepada persatuan lain yang ada keuntungan ekonomi kepada mereka je.

Tapi namun begitu masa cuti-cuti universiti saya balik jugak saya aktif dalam persatuan kampung sehingga sebaik saje saya habis universiti saya ambil alih persatuan kampung… persatuan belia… PKBS, Persatuan Kebajikan Belia Islam. Anyway, saya mengambil alih daripada UMNO, keputusan yang agak heboh jugalah office tu sebab dalam ucapan saya agak garang seolah-olah menuduh pemimpin lama tidak membuat apa-apa pada persatuan itu, saya ingat lagi… saya ada sebut tunggul… sebutan orang sana… ia kampung versi dan datang dari mulut saya yang waktu itu kata orang kampung saya seoranglah graduate tapi sebenarnya ada orang lain lagi tetapi orang lain kerana jarang balik dan tidak – -,  yang dua orang lagi yang graduate walaupun dia senior dari saya… graduate sama waktu ialah Khalid Akasah dan jugak Ismail Haji Umar, masih ada diorang ni. Ismail Haji Umar di Australia, Khalid dia gagal di Universiti Malaya dan pergi ke Singapore, luluslah jugak tapi pada hemat saya orang kampung tu melihatkan hanya saya sorang sajalah sebab saya selalu yang kelihatan di kampung. Dalam universiti, saya selain daripada pelajaran, saya main bola, ragbi, sepak takraw… lain tu tak adalah… main yang lasak. Saya berhenti main takraw kerana saya ada tak tahan kulit, sakit sangat kulit kaki kerana pasal bola keras tu. Saya suka sangat tapi akhirnya saya main bola sepak. Lepas universiti, saya baliklah, terus pulang aje. Itu ceritaya… ‘the hood’.

Selepas 3 tahun baru dapat kerja. Sebenarnya ada kekeliruan sedikit di sini… Saya masuk tu, sebagai dipanggil ‘MCS sangkut’. Jadi bayarnya gaji macam sementara… RM500 berapa tu saya tak ingat dah sebab ia nak ngelak dari bayar EPF, ia RM500l lebih sikit daripada EPF, dulu sekian-sekian jumlah tu kena bayar EPF, dia beri lebih sikit. Kalau dah ‘permanet’ tak ada EPF dah tapi waktu itu temporary, dia panggi ‘assessment official’, RM500 lebih ke… rasanya RM600 begitulah. Dan saya tidak ada cerita pilihan service tu. Cerita yang masa service tu ada tapi bukan sini… masa interview, yang real interview nak masuk MCS betul, yang masa ini tak ada interview sangat… dia ambik je. Lepas masuk MCS sangkut tu baru ada interview… selepas beberapa bulan tu baru ada… hah masa itulah ada perdebatan antara saya dengan yang tukang interview itu sama ada nak pergi ke – – atau MCS… ‘foreigner domestic’. Saya tak mahu ke luar negeri sebab yang pertama saya takut nak ke luar negeri pasal saya kurang bahasa Inggeris. Dan keduanya saya rasa di sini ramai lebih banyak – – perkhidmatan. Jadi saya bertegas tak mahu ke luar negeri. Dia tanya… pegawai yang panel tu tanya mengapa tidak pilih ‘foreign service’… saya kata saya pilih domestic, “tidak penting ke ‘foreign service?”, saya tak kata tak penting, saya kata saya pilih domestik, foreigner penting jugak, memang penting pun tapi saya minat domestik… itu saja. Tidak ada perbandingan apa-apa. Dia hajat nak bahas lagi la tapi saya dia saje, jadi kekallah saya di Pahang. Bukan di Temerloh tapi saya rasa lepas sangkut tu di…??!! Ada kalut sikitlah dari segi  cerita ni, saya di pegawai sangkut… tapi dihantar ke Pekan. Gaji saya atau elaun saya yang pertama di Pekan tapi saya tak pernah bekerja di Pekan, saya tak pergi. Tak tau macam mana ‘hood’ dia punya kerjalah… saya tak mahu ke Pekan, dia pun telah dilantik ke Pekan tapi saya duduk di pejabat setiausaha kerajaan. Selepas tu barulah di sekretariat.

(Mengapa Dato’ tak mahu ke Pekan, atas alasan apa?)

Saya tak mahu ke Pekan sebab saya tanya Hood… sini pun boleh Pekan pun boleh.. sebab Pekan ni duduk tempat orang, nak bayar sewa… kita bujang kan? Kalau di Kuantan saya duduk di rumah orang tua. Jadi convenient la lebih daripada sebab lain la, bukan kerana Pekan ke,  atau apa-apa hal. Saya masih dalam sikap mahu berehat, jadi kalau di Kuantan tu, yelah kampung sendiri dan sebagainya kan..  Jadi waktu-waktu itulah saya mengambil alih persatuan. Hood melantik saya tu dengan telefon je, dia dianggap kerja di sini, tapi bukanlah — pergi ke Pekan tu.

Pegawai sangkut ni, dia tak lama. Sekejap je. Lepas pada tu saya tak lama dalam beberapa bulan di sekretariat… awal 66/67 saya ke Temerloh dah. Saya duduk di sekretariat tak sampai setahun, maknanya saya lepas exam… dulu exam bulan tiga begitu… bulan lima dah habis, lepas tu dia keluar sekejap… masuk, jadi awal bulan 6, 67 saya ditukarkan ke – – saya dah jadi – – di MCS lah walaupun ‘conventional’ dia panggil tapi dah / jadi dua tahun tak berapa kena ni.

(Jadi cadangan supaya Dato’ jadi ketua tu dibuat oleh Razali Abas dan disokong oleh Syed Ahmad?).

Ye, … sebab ada ketika itu orang nama serupa. Dia daripada Bentong, dia kena tukar Temerloh, dia ADO Bentong… dia ni Division 2… bila dinaikkan pangkat dia tukar ke Temerloh, saya tukar ke Lipis… satu waktu. Nama sama… Rahim Bakar jugak. Dia orang Muar. Yang jaga pertukaran tu… ASS la di sekretariat tu jadi kita kenal la… satu pejabat. Dia salah sebut kepada saya, dia kata tak perlu ke Lipis, saya ke Temerloh… dia cakap “Eh macam mana pula ASS cakap saya ke Temerloh, eh you kena ke Lipis”… “Eh tak”, saya cakap…. “tak pe lah, you hantar saya Temerlohlah”.

Dengan tujuan boleh berulang lagi dekat ke Kuantan, kerana masih terikat hubungan dengan persatuan. Kalau lipis terlalu jauh, tak mungkin.  Masa itulah saya balik tiap-tiap minggu.

Sebenarnya yang menimbulkan projek ini begini… oleh kerana terasa terhimpit, pasal orang Melayu tidak maju dalam pelbagai bidang… jadi kita selalu berhimpun, ada satu kumpulan anak-anak Temerloh dan ada juga pegawai-pegawai kerajaan yang luar… berhimpun dan kita discuss tentang untung nasib orang Melayu dari segi dalam negara merdeka ni. Jadi banyak kali kita berpindah rumahlah. Saya pun seronok sangat, sebagai orang bujang selalu dapat pakai free rumah tu rumah ni. Tapi akhirnya saya sendiri secara tidak rasmilah jadi pengerusi kumpulan itu walhal waktu itu banyak orang tua-tualah, orang lebih tua. Waktu itu saya berumur dalam 25/24 begitu, jadi banyak orang lebih tua dari saya. Jadi saya selalu mempengerusikan perbincangan itu. Semua pegawai kerajaan… Pegawai RISDA ada, Pegawai FELDA ada, ada anak Pahang tetapi tidak semua orang Temerloh. Orang Temerloh tak de, anak Pahang je. (Tapi ketika itu Dato’ sebagai ADO) Tapi diorang ni senior officer jugak. Walau bagaimanapun, berkali-kali kita berbincang timbul satu kesedaran… kalau kita bincang saja, apa yang kita buat?!!

Kita harus mencari sesuatu projek, sesuatu yang kita boleh buat sebagai tanda yang kita ni bukan hanya pandai bercakap. Kita buat sesuatu yang kita rasa boleh buat. Jadi berbagai-bagai-bagai projek  yang difikirkan tapi saya kata jangan projek besar sangat. Kita ni bukan ada duit dan kita pun pegawai kerajaan, kita buat projek-projek yang hujung minggu. Dalam perbincangan itu, ada pegawai kesihatan jugak… saya lupa nama dia… jadi fikir-fikir, kita dapat respon pegawai kesihatan… dia kata mengapa tidak buat tanah curam, waktu itu tanah curam Jitra dipanggil…popular. Jadi buat ni senang saja dia kata… harga dalam RM14 begitulah, tapi kena gali lubang besar untuk air najis tu masuk dan sebagainya… untuk mangkuk saja. Tapi kalau nak buat rumah sekali itu lain harganya. Jadi itulah yang kita putuskan. Bukan kerana itu pilihan sangat, katanya pegawai Kesihatan, bagi orang-orang tepi sungai Pahang  ketika itu, semuanya ke Sungai. Jadi kalau you boleh buat tandas tepi sungai, tak payah / sungai, tebing tu, jadi nilai social value, sepuluh kali ganda daripada jamban yang biasa dibuat jauh daripada sungai. Jadi sekuriti penyakit, dan berbagai-bagai-bagailah dari segi itu. Jadi ini salah satu cara yang kita boleh buat. Jadi timbul kerana itu agak exiting dan praktikal boleh buat. Kita tumpukan hujung minggu. Kita sempat buat projek itu sekadar 8 buah kampung. Banyak minggulah saya buat, seminggu satu kampung. Syaratnya mudah, kita akan panggil satu persatuan di kampung itu, you sama tuan rumah saja datang. Kalau you / tuan rumah datang, you kena kutip nama 14 orang, 10 orang paling kurang di kampung itu yang sanggup buat ini dan syarat dia kena bayar RM14 untuk alat itu. Kalau dia nak buat dengan rumah sekali tandas itu dia kena sedia alat-alat/barang-baranglah… kita boleh buat. Kalau tidak dia buat mangkuk saja… terdedahlah, tak ada apa-apalah. Ada yang buat begitu. Jadi… ini satu. Kedua, tuan rumah mesti berhenti kerja waktu itu, dia tak boleh ke mana, dia mesti dok rumah bantu sama. Tua tak tua tak cerita. Ketiga, dia mesti sediakan air sejuk/air masak bagi orang minum. Itu saja syarat. Gotong-royong.

Anak-anak persatuan you mesti ada dalam 20 orang begitu… 15-20 orang, mesti sanggup bekerjasama dan kena bayar RM10 seorang. Jadi itu dasar saya. Saya tak suka kerajaan manja-manjakan. Time nak buat benda nak duit… akhir-akhirnya duit. Jadi cara yang begitu betul-betul datangnya daripada ikhlas… mahu bergotong royong. Jadi kita malam bersuka-sukalah… menari, menyanyi. Kita pergi hari Sabtu… tidur semalam, hari Ahad habis. Jadi saya menggunakan transport, / office dan sebagainya, kita mobiliti adalah… kita pergi beli roti pagi, makan tengah hari, masak gotong-royong. Duit RM5 ke RM10… saya kurang pasti, tapi beras secupak, benda-benda lain kita belilah… ikan, sebagainya kita belilah. Itu syaratnya. Jadi kampung-kampung yang kita buat tu… yang 2-3 kampung yang saya ingat… Lebak, Pangsa Enam, Buai rasanya. Tapi sayangnya bila saya tukar ke Temerloh. Daripada Temerloh ke JB, kerusi dalam jabatan tiada orang ambil alih nak menyambung kerja saya. Jadi pada saya habis.

Walau bagaimanapun, semuanya tak ada kesan apa yang dibuat kerana tahun 1971 banjir besar. Habis semua. Bukan saja tandas, rumah orang di tepi sungai pun habis. 1971 rasanya. 1969 ke 1971 banjir besar?!! 1969… 1971 banjir juga (selepas 17 Mei)… banjir besar. Jadi hilang jugaklah. Dan di Temerloh jugak masa saya jadi ADO… agak menarik… saya tubuh satu persatuan… persatuan tu nama BUDI… Badan Usaha Daya Intelek. Tapi perkataan intelek tu jadi cemuhan sebab makna intelek itu sendiri budi. Intelektual ni orang budiman kan… ini budi. Tapi pada waktu itu, / intelek tu tinggilah. Sebab itu kita popularkan budi. Sebab itu kita banyak jugak buat malam-malam amal. Seingat saya malam amal tu kita buat di padang Temerloh. Jadi duit tu terhimpun banyak jugak tapi hilang, bila saya tukar tu… i dont know what happen,  tak tau apa jadi pada persatuan BUDI itu. Saya memang dah sayang nama BUDI tu. Badan Usaha Daya Intelek… itu boleh pakai nama itu… sebab you tak jumpa dah nama itu sebab persatuan tu dah tak ada. Itulah benda-benda yang saya buat di Temerloh.

 


 

 

Be the first to start a conversation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: