Harta dan Tanah Orang Melayu

Kerajaan dan hartanah Melayu

Analysis by sokmongkol k47

 28 sept 2010
Pernah kita bertanya, mengapa penglibatan orang Melayu dalam memiliki hartanah dalam Bandar sangat berkurang? Mengenai mereka tidak mempunyai kemampuan kewangan, memanglah semua sudah mengetahui kebenaran nya. Kerana itulah, sebagai ganti orang Melayu individu atau kumpulan yang tidak mampu, kita telah mengujudkan syarikat milik kerajaan.

Sebagai contoh kita lihat Bandar Kuantan. Premis perniagaan, rumah kedai, hampir 95% di miliki oleh bukan Melayu. Apa sudah jadi kepada PKNP sebagai penjaga kepentingan orang Melayu? PKNP sendiri memiliki sedikit sangat hartanah dalam Bandar.

Di negeri Pahang, kita ujudkan PKNP. PKNP pula mengujudkan anak syarikat nya yang melibatkan diri secara lansung dalam sektor kemajuan hartanah dan pemilikan hartanah dalam Bandar. Setakat ini, PKNP dan anak syarkat nya gagal melaksanakan tugas mereka yang hakiki- yakni memastikan keujudan dan kehadiran Melayu dalam proses perbandaran. Lama kelamaan orang Melayu di pinggirkan di tepi Bandar Bandar utama.

Langkah pertama yang kerajaan Pahang mesti lakukan ialah mengujudkan kembali MB Incoporated sebagai pemegang akhir kepentingan orang Melayu. Erti nya, segala sumber hartanah di negeri Pahang tidak lagi di amanahkan kepada PKNP yang kemudian nya meng-sub kontrakkan pemajuan nya kepada anak syarikat. MB Incoporated adalah pemilik segala hartanah dalam negeri Pahang untuk memastikan kepentingan orang melayu sentiasa 30%.

Ankara durjana yang paling besar yang di lakukan oleh PKNP dan anak syarikat nya yang di biarkan pula oleh kerajaan negeri ialah pemajuan tanah yang sekarang di mana East Coast Mall di bangunkan. Mengapakah kepentingan kerajaan melalui PKNP hanya 17%? Tahap kepentingan ini bukan saya yang reka ok- ini di nyatakan oleh MB Pahang ketika saya menanyakan soalan ini dalam dewan undangan negeri tahun 2008( sebelum bubar). Kita hanya ada 17%. Manakah sasaran 30% kita? Ini bermakna kerajaan negeri telah mengundurkan diri dari tanggung jawab nya memelihara kepentingan orang Melayu.

Juga yang menjadi amalan- pemilik tanah akan mendapat bayaran Premium up front. Berapakah yang di perolehi oleh PKNP dan adakah premium tersebut di serahkan kepada kerajaan negeri?

Pertama, kita akan bertanya, mengapa 17%? Sepatut nya, apa pun terjadi, kita mesti ada kepentingan 30%. itu paling kurang. biasa nya pemilik tanah boleh memperolehi sehingga 40% jika tanah itu stratejik. saya rasa elok juga pihak kerajaan negeri menyiasat dengan lebih terperinci urusniaga yang melibatkan pemajuan kawasan tersebut antara pemaju dengan syarikat milik kerajaan.

Yang baki 70%- lantaklah di bahagi antara pemegang pemegang kepentingan- syarikat yang membangunkan projek etsrebut, PFAS dan Jasa Imani. 3 pihak ini sepatutnya berkongsi baki 70% kepentingan tersebut dan jangan sentuh kepentingan orang Melayu.

Saya menyeru kerajaan negeri memberhentikan amalan memberi PKNP dan anak syarikat nya free passage untuk memajukan hartanah dalam negeri Pahang. Biarkan mereka menjadi rakan kongsi membangunkan kawasan. Apa pun mereka lakukan, 30% mesti di miliki oleh MB Incorporated untuk orang Melayu.

Langkah yang lebih bujak ialah membuka gelanggang supaya ada persaingan. Individu dan syarikat BUmiputera mesti di beri peluang yang sama untuk membangunkan hartanah milik kerajaan. Tender untuk membangunkan hartanah milik kerajaan hendaklah di lakukan secara terbuka.

Hari ini cuba kita mengemukakan cadangan untuk membangunkan tanah milik kerajaan. Tentu sekali jawapan na, oh, ini untuk PKNP. Apa yang PKNP lakukan yang unik dan berbeza daripada usahawan Melayu? Jawapan nya tidak ada. Dia orang pun lagi kuat meng Ali-babakan projek projek mereka.

Sikap ini mengingatkan saya kepada sikap pejabat Tanah dan Daearh Kuanan. PTD Kuantan ada kelab social dan kebajikan. Seperti kebiasaan, kelab ini pun memohon konsesi pasir atau lombong atau kuari.

Pada suatu masa, ada terdapat permohonan syarikat Bumiputera yang memohon kawasan pasir. Pegawai PTD Kuantan dengan nada marah menyatakan dalam mesyuarat tersebut, jangan beri, kerana si anu si anu akan kontrakkan kepada tauke cina. Saya pun bertanya- dalam urusan2 nya, kelab PTD Kuantan ini buat sendiri atau JV dengan Cina? Jawapan nya ialah JV dengan cina. Jika begitu, saya menyatakan, kalau kelab PTD sendiri menaglibabakan konsesi mereka, maka PTD tidak ada alasan moral untuk mengkritik pemohon indivdu Melayu.

PKNP dan PASDEC melakukan perkara serupa. Jika demikian, modus operandi mereka tidaklah ada BEZA nya dengan pengusaha Bumiputera sekolah lama.

Berbalik kepada memberhentikan amalan memberi exclusive dan free passage kepada PKNP dan PASDEC.

Ada beberapa sebab mengapa amalan ini mesti di berhentikan.

Pertama, PKNP dan PASDEC tidak dapat menjamin 30% kepentingan orang Melayu.

Rakan konsgi mereka majoriti nya bukan Bumiputera.

Pihak yang serupa sahaja yang dapat bisnes dengan mereka.

PKNP dan PASDEC adalah lambang kerugian, ketidak cekapan dan pembaziran.

Posted by sakmongkol AK47 at 08:52

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

7 comments:

Anonymous said…

Perkara yg sama mesti juga dilakukan disemua negeri di Semenanjung terutamanya.Baru bole kita mula persoal kenapa masih tak 30% hakmilik Bumiputra..Kalau tidak tak usah sebut nak sekurang kurang 30% .Lepas tu kita salah kan semua orang….

29 September 2010 21:15

Anonymous said…

Itu company yang ditadbir kerajaan Umno (BN). Ekuiti bumiputra 30% pun x boleh jaga… Umno = PKR = PAS semua sama… politik je lebih!

30 September 2010 12:41

Jalan Dato’ Lim Hoe Lek said…

what MB stands for in MB Incorporated? Menteri Besar?
Dato’, i hope you could talk to Tok Nan, at least nak develop Kuantan tu, biar proper planning, stylo la sikit. Kuantan takde character. Tapak pasar lama sebelah Hamid Bros tu pun or Mahkota Square, buat congest je. also hopefully all old buildings along jalan mahkota tu tak diroboh atas alasan pembangunan. refurbish, preserve and it will adds up to Kuantan’s character. nak kena handle 3rd party interference better lah

4 October 2010 11:10

hanif said…

matlamat deb tak tercapai sebab pemimpin korup dan sibuk menyumbat tembolok sendiri di samping melelong kepentingan bangsa melayu di tanah air sendiri.

parti a dan b dua-dua sama, otak ada kat tempurung lutut. dua-dua lebih lagak dari buat kerja.

bosan.

5 December 2010 01:45

Anonymous said…

Fikirkan tiada Melayu di atas sedar tentang pekara ini tengok saja dengan UDA, semua kawasan penbangunan nya oleh UDA mengapa penglibatan Melayu terlalu kecil ada tak nampak pun macam Subang Jaya, Tan Tun Dr Ismail(KL) dan Taman UDA (JB)jadi Alibaba saja nak buat duit sahaja bukan nak bantu Melayu

4 January 2011 17:50

Azman Md Safiee said…

Kami menyediakan 3 buah rumah sewa dan 1 Hostel Sempena PRK DUN Merlimau Untuk 14 Feb-8 Mac (Tarikh lain adalah kadar Biasa:Rujuk posting sebelum ini):. Hubungi segera 0123736548 / 0136042525 / 06-5293031 @ http://jasinhomestay.blogspot.com/

15 February 2011 14:40

Anonymous said…

Singapura diperintha oleh Cina…adakah orang melayu mendapat hak mereka sewajarnya? Adakah Lee Kuan Yew dan anaknya sekarang kisah tentang 1singapura…memberi hak sama rata kepada semua bangsa di negara tersebut? Walau pun melayu rasa mereka tidak dilayan sama rata oleh pemerintah, adakah mereka memberontak seperti CINA di M’sia yang meminta hak mereka tak habis2 w/pun hak melayu habis disapunya hanya dengan rasuah.

Apakah ini disedari oleh pemimpin2 melayu kita yang begitu sopan bercakap tentang 1Malaysia, sedangkan hak melayu habis digadai untuk menunjukkan mereka pemimpin adil…hingga bangsa sendiri dijadikan citizen kelas kedua.

Inilah orang melayu, selagi tak terantuk dia tak kan tengadah. Selagi perut pemimpin kita buncit dengan harta kekayaan, dia tidak akan sedar akan keperitan dan kesusahan rakyat…orang melayu, bangsanya sendiri. Malah maruah dan hak bangsa sendiri sanggup digadai. Tapi, mereka lupa, cucu, cicit mereka mungkin akan merana dan merempat bila CINA berkuasa di M’sia spt apa yg telah terjadi di Singapura.

Paling dekat, lihat saja apa yang sedang terjadi kpd melayu di Pulau Pinang di bawah DAP sekarang. Masa Barisan pegang dulu pun, CINA juga yg berkuasa… melayu Pulau Pinang tidak juga berubah kerana Gerakan masih CINA. Tambahan sekarang, setiap inci tanah melayu dibangunkan untuk kepentingan bangsa dia…dan melayu mula merempat ke tempat lain…jauh dari tempat asalnya. Inikah demokrasi malaysia dan 1Malaysia yg kita inginkan?

Jadi, sedarlah pemimpin2 melayu semua…otakan diberi oleh tuhan dan Islam adalah agama kita. Gunalah kewarasan yang betul untuk membela nasib bangsa melayu sendiri. Bangsa melayu tetap menjadi pemimpin negara…Islam tetap agama rasmi kita dan pemilik majoriti khazanah negara ini tetap hak bangsa melayu…mereka yang lain tetap ada hak…tapi bukan mengambil hak bangsa melayu.

13 March 2011 14:47

One Response “Harta dan Tanah Orang Melayu” →
  1. Solid post. I had not consider the linkage rule. I had been linking back and forth without giving a thought. Thanks for the information.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: