Mazlan Nordin: Tiada Demokrasi Tanpa Hak Yang Sama

Demokrasi tidak wujud tanpa hak yang sama Oleh Mazlan Nordin mm 19 jun 2011

SEJAK tahun 1967 manakala Israel menakluk wilayah-wilayah Palestin, jumlah besar warga Palestin yang ditahan oleh Israel sebagai tawanan telah meningkat hingga lebih 750,000 orang iaitu sama dengan kira-kira 20 peratus bilangan penduduk Palestin ketika ini.

Dari sejumlah 5,834 tahanan politik Israel hingga 2011, seramai 798 orang menghadapi penjara seumur hidup dan 589 menghadapi hukuman penjara lebih 20 tahun.

Seramai 221 orang lain belum didakwa atau dibicarakan dan 11 orang lagi ialah ahli-ahli Majlis Perundangan Palestin.

Seramai 676 tahanan ialah dari Gaza, 35 orang wanita dan 221 orang kanak-kanak.

Demikian dilaporkan dalam majalah New Internationalist, isu bulan April. Lalu dicatat nama Addammer (dari bahasa Arab), nama pertubuhan pembela hak-hak asasi tawanan-tawanan Palestin itu. Seperti dinyatakan oleh Sahar Farncis, pengarahnya, “Ini adalah isu penting bagi masyarakat Palestin, ertinya tiap seorang tahanan adalah dari setiap keluarga.” Selanjutnya dilaporkan:

“Penangkapan boleh berlaku di mana saja, di sekatan jalan, di jalan-jalan raya, biasanya.

Lawatan para keluarga untuk bertemu dengan tahanan-tahanan itu adalah sukar. Izin untuk pergi ke Israel mesti dipohon dan mengambil masa hingga tiga bulan. Lelaki Palestin berumur dari 16 hingga 45 tahun dilarang menemui saudara mara mereka di penjara-penjara Israel.

Ada para tahanan mengadu bahawa selama berbulan-bulan bahkan bertahun mereka tidak pernah menemui keluarga-keluarga mereka.

Tahanan-tahanan Palestin mengadu mengenai kesukaran hidup mereka, bilik tahanan penuh sesak, kurang makanan, kekurangan kemudahan rawatan sakit dan mengalami pelbagai keseksaan, termasuk dikurung seorang diri.

Nasib tahanan-tahanan Palestin itu telah mendapat perhatian pertubuhan antarabangsa dan disebut dalam laporan Goldstone yang mengadakan penyiasatan.

Tahanan

Sejak beberapa tahun lalu, 17 April telah dipilih sebagai hari mengenangkan nasib sedih beribu-ribu tahanan Palestin itu dan keluarga mereka.

Pada hari tersebut demonstrasi-demonstrasi diadakan di serata bandar-bandar Palestin, Penanaman pokok bagi memperingati setiap tahanan dan siaran-siaran khas televisyen, radio”.

Demikian laporan oleh penulis bernama Noreen Sadik dalam majalah New Internationalist terbitan di Oxford, Britain.

Sebelum ini ialah makalah oleh, antara lainnya Avraham Burg, bekas speaker Parlimen Israel, Knesset dan ahli Parti Buruh. Beliau menulis: “Kita tidak boleh meletakkan majoriti warga Palestin di bawah tapak kaki Israel dan pada masa yang sama menyifatkan diri kita sebagai satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah.

Demokrasi tidak akan wujud tanpa hak-hak yang sama bagi kesemua yang hidup di sini, sama ada Arab atau Yahudi”.

Di samping itu, seorang wartawan dan penulis pojok Amerika yang terkenal, Thomas L. Friedman pula menulis, antara lainnya: “Israel mesti keluar dan Tebing Barat dan Gaza secepat mungkin dan berpinda dari sebahagian besar perkampungan-perkampungan yang telah dibina”.

Seorang lagi, Marwan Bishara pula menulis: “Ingatlah walaupun warga Palestin dan Israel tidak pernah secara rasmi berkahwin, mereka telah tinggal bersama di bidang tanah yang sama dan di bawah langit yang sama berabad-abad lamanya”.

Sementara itu seorang lagi penulis Israel, Uri Dromi dari Institut Demokrasi Israel di Baitulmaqdis pula menulis: “Di kalangan warga Israel ialah persefahaman kian menular bahawa kedua bangsa mestilah berpisah”.

Kesemua menulis dalam akhbar-akhbar Inggeris. Sebuah lagi laporan dicatat oleh Said Aburish dalam bukunya Cry Palestine: Inside The West Bank, iaitu pertemuan antara seorang pemandu teksi dan seorang sarjan tentera Israel disatu sekatan jalan:

Sarjan (setelah melihat tangan pemandu berbalut kain): Apa jadi pada tangan kau?

Pemandu: Keldai jantan gigit tangan saya.

Sarjan: Kenapa”

Pemandu: Begitulah cara keldai jantan.

Menurut kamus, keldai jantan bererti seorang yang bodoh, dungu atau baghal, Mustahil begitu bagi pemenang perang tak?

(Dipetik daripada Mingguan Malaysia, 19 Jun 2011.)

 

Be the first to start a conversation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: