Radzi Zain: Memahami protokol Yahudi

David Ben Gurion, Israel's Prime Minister and ...

Mantan PM Israel David Ben Gorian 1959 Image via Wikipedia

Memahami protokol Yahudi Utusan Malaysia 29 jun 2011

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN

Kaum lelaki Palestin sentiasa berhadapan dengan sekatan tentera zionis semasa mahu beribadat di Masjid Aqsa.


SETIAP tahun apabila memperingati peristiwa Israk dan Mikraj, pasti umat Islam terkenangkan nasib Masjid Aqsa, kiblat pertama kita yang kini masih dijajah oleh golongan Yahudi di bumi Palestin.

Baitul-Maqdis adalah masjid kedua yang dibina selepas Masjidil Haram di Mekah. Ini berdasarkan hadis nabi SAW, Abu Zar berkata: Pada suatu hari aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai apakah masjid yang pertama sekali dibina dimuka bumi ini. Baginda menjawab Masjidil Haram. Kemudian aku bertanya lagi kemudian, masjid apa..? Baginda menjawab: Masjidil Aqsa. Aku bertanya lagi: Berapakah jarak masa antara pembinaan kedua-dua masjid tersebut. Baginda Rasulullah menjawab: 40 tahun. (riwayat Bukhari)

Selain itu, melakukan solat di Masjidil Aqsa adalah sama dengan 500 kali solat di tempat lain selain Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (di tempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat”. (riwayat at-Tabarani)

Sebab itu, Masjid Aqsa ini sentiasa menjadi perhatian golongan zionis Yahudi yang mengetahui kelebihan dan kepentingan menguasainya. Malah, pengasas Zionis dan Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion pula pernah berkata: “Tidak ada erti buat Israel tanpa Quds dan tiada erti Quds tanpa Haykal (kuil).

Pada masa yang sama, pahlawan Islam, Salahuddin al-Ayubi pernah berkata, sesiapa yang berada di bawah naungannya Palestin, maka ia menakluk dunia.

Justeru itu, Pengarah Eksekutif Telaga Biru Sdn. Bhd., Dr. Zahazan Mohamed berkata, sejak itu, Palestin ditakluk oleh tiga pihak iaitu Yahudi, Kristian, Islam dan kembali semula kepada kristian dan kini Yahudi.

Katanya, mereka tahu bahawa untuk menguasai dunia perlu kepada kekuatan ilmu pengetahuan kerana memang terbukti knowledge is power.

“Sebab itu, Yahudi betul-betul beramal dengan konsep ini. Mereka tahu, jumlah mereka sedikit jadi strategi Yahudi adalah menjadi pencatur bukannya dicatur,” katanya kepada Mega, baru-baru ini.

Mengimbas sejarah, Zahazan berkata, Khalifah Umar al-Khattab adalah orang yang mengetuai pembukaan Palestin iaitu membebaskan Masjid Aqsa daripada tangan Yahudi. Peristiwa itu dikatakan berlaku pada tahun 638 Masihi.

Usaha itu dilakukan oleh Umar kerana beliau mendapat suntikan semangat daripada ayat 1 surah al-Israk.

Katanya, Umar bukan sahaja mempraktikkan ayat itu malah berikrar bahawa pada zaman pemerintahannya, beliau tidak akan membenarkan dua tempat yang disebutkan dalam al-Quran iaitu Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa ditadbir oleh dua agama (Islam dan Yahudi).

Lalu, khalifah Umar diminta oleh paderi besar Yahudi ketika itu untuk datang sendiri mengambil kunci Palestin sebagai syarat penyerahan negara itu kepada kepemimpinan Islam.

Apabila memasuki Baitul Maqdis, Saidina Umar bertanyakan di mana kedudukan batu yang menjadi kiblat pertama umat Islam dan yang mengeluarkan 12 pancaran mata air pada zaman Nabi Musa.

Seorang Yahudi, Kaab al-Akhbar yang kemudiannya memeluk Islam kemudian menunjukkan di mana batu tersebut. Namun, amat mengejutkan apabila dilihat batu itu dilumuri najis oleh kaum Yahudi dalam usaha merendah-rendahkan tempat yang pernah menjadi tempat suci Islam.

Saidina Umar kemudiannya membersihkan kawasan itu dengan tangan dan juga jubah beliau. Ini diikuti oleh kumpulan kaum Muslimin yang berada bersama beliau.

“Batu itu kemudian diletakkan di tengah-tengah iaitu sebagai perantara dengan Kaabah,” kata Zahazan.

Antara langkah merealisasikan Yahudi sebagai pencatur dunia, kata beliau, setiap keluarga diwajibkan mencipta atau mencipta apa juga barang yang menjadi kegunaan manusia di muka bumi ini.

“Ternyata langkah ini berjaya apabila benda yang sekecil-kecilnya seperti ubat gigi sehinggalah sistem persenjataan tentera semuanya dikeluarkan oleh Yahudi,” jelasnya.

3 Responses “Radzi Zain: Memahami protokol Yahudi” →
  1. That is very attention-grabbing, You’re a very professional blogger. I’ve joined your rss feed and look forward to in the hunt for extra of your excellent post. Additionally, I’ve shared your website in my social networks

    Reply
  2. I conceive this internet site holds very excellent indited articles articles .

    Reply
  3. Radzi Zain: Memahami protokol Yahudi afyassin I was suggested this website by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my difficulty. You are incredible! Thanks! your article about Radzi Zain: Memahami protokol Yahudi afyassinBest Regards Lisa

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: