Rahman Shaari: Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris Tanpa Syarat Cinta

Cinta tidak meminta syarat oleh RAHMAN SHAARI sinar Harian  26 jun 2011
6/26/2011 8:05:19 AM

Perbahasan mengenai kepentingan bahasa Inggeris masih berlangsung. Pada masa yang sama, kita mendengar keluhan tentang kejatuhan penggunaan bahasa Melayu. Alangkah anehnya, setelah berpuluh-puluh tahun kita mencapai kemerdekaan, masalah ini masih mengganggu ketenteraman hidup.

Setiap orang pasti ada jawapannya yang tersendiri persoalan ini. Saya sendiri turut memperoleh jawapan, dan jawapan saya belum tentu dipersetujui ramai. Slogan persendirian saya ialah ‘Cintai bahasa Melayu, hargai bahasa Inggeris’.

Apakah makna slogan di atas? Tentulah maknanya terbuka pada tafsiran. Saya selalu membayangkan bahawa cinta tidak meminta syarat. Jadi, janganlah kita katakan bahawa cinta kita berdasarkan ilmu, ekonomi dan perpaduan. Jika kita katakan kita mencintai bahasa Melayu kerana bahasa Melayu ialah bahasa ilmu, atau bahasa untuk kegiatan ekonomi, atau demi perpaduan antara kaum, cinta kita tidak tulen. Bahasa Melayu dicintai kerana bahasa ini bahasa kita, samalah dengan kita mencintai keluarga kita. Janganlah isteri meluahkan rasa cinta dengan kata-kata ini: “Mira cinta kepada abang kerana kedudukan ekonomi abang yang kukuh!”

Baru-baru dua anak muda memberitahu saya mereka akan mempelajari bahasa Inggeris di sebuah institusi. Bayarankursus itu ialah lima ribu ringgit (RM5,000) untuk dua bulan. Mereka meminta keizinan dan wang yuran daripada bapa masing-masing, dan salah seorang daripada mereka mendapat keizinan dan wang, manakala seorang lagi mendapat keizinan, tetapi gagal mendapatkan wang yuran.

Remaja yang gagal memperoleh wang terpaksa menangguhkan kursus, dan berazam menghimpun wang sebanyak itu demi bahasa Inggeris.

Anak-anak muda itu tidak tertarik dengan perjuangan bahasa Melayu. Daripada perbualan saya dengan mereka, ternyata bahawa mereka mengutamakan ekonomi dalam kehidupan. Bagi anak muda ini, mereka yang bergaji tinggi itu berkebolehan berbahasa Inggeris dengan baik. Jadi, berkelulusan universiti tanpa kebolehan berbahasa Inggeris dengan baik belum menjamin masa depan yang gemilang.

Dalam keadaan seperti di atas, tidak mungkin kita mempengaruhi mereka untuk menghargai bahasa Melayu, dan mengetepikan bahasa Inggeris. Bahkan, kita mendapati, sebarang tindakan mencadangkan agar rakyat Malaysia memberikan tumpuan kepada bahasa Melayu, dan memperkecil pejuang bahasa Inggeris akan dipandang rendah.

Norhashimah Jalaluddin misalnya, mengatakan kumpulan yang memperjuangkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) ‘could be considered as lacking in patriotism towards the national language.’ (New Straits Times, 26 April 2011). Kenyataannya ditentang oleh sejumlah penulis lain.

Perkara utama timbul di fikiran saya ialah kemahiran Norhashimah menggunakan bahasa Inggeris dalam makalah berkenaan. Beliau memperjuangkan bahasa Melayu melalui penulisan dalam Inggeris.

Golongan pejuang bahasa Melayu, sebahagiannya amat berkebolehan berbahasa Inggeris. Ramai rakyat Malaysia ada yang tidak tahu Prof Muhammad Haji Salleh, Datuk A Samad Said, Prof Nik Safiah Karim, Prof Asmah Haji Omar, Datuk Hassan Ahmad dan beratus-ratus lagi pejuang dan sarjana bahasa Melayu, adalah tokoh-tokoh yang mahir berbahasa Inggeris. Lantaran terlalu menekankan pentingnya bahasa Melayu dihayati, mereka seakan-akan membayangkan bahawa mereka bukanlah contoh yang baik.

Implikasi perjuangan mereka ialah contoh yang baik ialah sesiapa yang mencintai bahasa Melayu, dan mengejek bahasa Inggeris. Saya ingin memberikan penegasan di sini, ikutilah jejak mereka, belajarlah bahasa Inggeris setinggi-tingginya, termasuk ilmu stail (stilistika) dan nahu (tatabahasa), kerana kebagusan dalam bahasa Inggeris akan menjadikan anda pelapis Muhammad, Samad, Nik Safiah, Asmah dan Hassan.

Cintai bahasa Melayu, hargai bahasa Inggeris.

Be the first to start a conversation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: