Tun Ghafar Baba & Alam Demokrasi

DEMOKRASI DAN GHAFAR BABA

 

Salah satu aspek yang hangat diperkatakan ketika Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi memegang tampuk kerajaana sejak tahun 2003 ialah kurangnya amalan demokrasi di Malaysia. Dalam Agendadaily.com: 8080 melalui artikel yang bertajuk “Where Truth Is Stanger Than Fiction”, pengarangnya mantan Ketua Pengarang New Straits Times Group, Datuk A. Kadir Jasin mempersoalkan apa salahnya jika Tun Ghafar dan pemimpoin-pemimpin lain dalam UMNO menulis kepada Abdullah mengadu hal bahawa  demokrasi kurang diamalkan dalam parti. Atau menurut Kadir, “Atau dalam hal ini, atas apa sahaja perkara yang mereka fikirkan?”

 

Kadir mempunyai pandangan bahawa siapa sahaja berhak mempersoal tentang demokrasi dalam parti. Ini menunjukkan ahli-ahli UMNO mengambil berat dan berani bertanya. Malah aduan para pemimpin UMNO mungkin benar. Pemimpin seperti Ghafar, Tan Sri Sanusi Jonid, Tan Sri Mohamad Rahmat dan Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman melihat dan mengalami demokrasi diamalkan dalam UMNO pada zaman mereka. Mereka bertanding untuk jawatan dalam parti dan mereka sebalkiknya dicabar.

 

Lebih jauh Kadir menyimpulkan hampir semua presiden UMNO – Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad – telah dicabar dalam pemilihan parti dan juga dalam hampir semua isu parti dan pentadbiran yang besar-besar. Secara sinis Kadir berkata mereka ini boleh sahaja menang tanpa pertandingan. Seperti halnya dengan Dato’ Seri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil untuk jawatan Ketua Wanita UMNO dan Naib Ketuanya, Datuk Sri Hishamuddin Tun Hussein dan Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Naib Ketua.  Dan Noraini Ahmad untuk jawatan Ketua Puteri UMNO.

 

Namun ini tidak bermakna mereka tidak akan dicabar pada masa hadapan. Dr. Mahathir misalnya menang jawatan presiden parti tanpa bertanding pada tahun 1981 tetapi telah dicabar pada tahun 1987 oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Maka dalam hal ini Ghafar dan beberapa orang ahli veteran UMNO mempunyai hak  untuk mengingatkan kepemimpinan parti betapa pentingnya demokrasi diamalkan dalam parti. Ghafar berjaya mengalah Tan Sri Musa Hitam sebagai Timbalan Presiden pada tahun 1987. Musa kemudian ditentang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1993.  Oleh kerana tekanan, Ghafar menarik diri daripada bertanding , memberi laluan kepada Anwar untuk menang tanpa bertanding untuk jawatan itu kemudian.

 

Dalam analisisnya, Kadir seolah-olah mahu membela amalan demokrasi dan sepatutnya diteruskan sampai bila-bila dan setiap masa. Namun jauh di sudut hatinya, pengarang ini cuba memperalatkan isu yang diperkatakan Ghafar dan ahli-ahli veteran UMNO untuk “mempersenda” amalan demokrasi ketika Abdullah baru sahaja memagang tampuk parti dan kerajaan. Analisis Kadir ini dikaitkan dengan “perjuanganya membela Tun Mahathir yang pada waktu ini sedang memperluas kempen untuk mengenepikan Abdullah”. Hal ini tidaklah “asing” dan aneh bagi seorang bekas wartawan dan kolumnis sekaliber Kadir. Hal ini dapat dikesan apabila pada suatu ketika yang lain Ghafar dikatakan diperalatkan pula oleh seorang penulis yang menamakan dirinya Anil Netto dalam “Malaysiakini” (Jun 2005). Menurut penulis ini Ghafar telah menyerahkan satu memorandum kepada Abdullah berhubung perkara politik wang dan kurangnya amalann demokrasi dalam UMNO.

 

Ani Netto melalui artikelnya bertajuk “Malaysia Cracks Down – Sort of”  telah bertindak terhadap orang Nombor 3 dalam parti, Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad, telah digantung dari semua jawatan parti selama enam tahun  kerana “terlibat dalam politik wang dan melanggar kod etika parti, Ini adalah tindakan Abdullah setelah sebelumnya beliau dikatakan dikritik oleh sesetengah ahli veteran dalam parti kerana terlalu lambat bertindak memerangi rasuah dan politik wang. Nama Isa ini berkait rapat dengan Ghafar dari sudut hubungan keluarga. Ada pandanagan bahawa Ghafar kurang senang dengan cara Abdullah menangani masalah Mohamad Isa. Ghafar kurang senang kerana dikatakan Mohmad Isa menjaadi mangsa politik UMNO Negeri Sembilan.

 

Mohamad adalah anak didik Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Mohamad Isa adalah pengganti Rais sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada tahun. Semakin Mohamad Isa mencengkam pengaruhnya di negeri adat perpatih itu, Rais mendapati dirinya semakin tersisih di negerinya sendiri. Bukan menjadi rahsia lagi ada satu ketika setelah pilihanraya tahun … nama Mohamad Isa tidak disenaraikan sebagai calon utama untuk memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan. Menurut pengkaji budaya negeri Sembilan, Norhalim Hj. Ibrahim, salah seorang Undang yang empat, menentang pencalonan Mohamad Isa kerana menurutnya pemimpin itu “tidak tahu aadat.”

 

Ghafar Baba telah diminta Perdana Menteri Tun Mahathir menyelesaikan masalah pencalonan dan diapa yang patut dilantik sebagai Menteri Besar. Ghafar telah turun padang dan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Perbincangan antara Ghafar dan Yang Dipertuan Besar tidak dijelaskan kerana akhirnya Mohamad Isa dipersetujui untuk meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk satu penggal lagi. Menurut sejarah negeri itu, setiap kali pencalonan untuk jaawatan Menteri Besar timbul  Ghafarlah orangnya yang berusaha menyelesaikannya.

 

Sumber yang rapat dengan Ghafar memberi petunjuk bahawa alasan yanag digunakan Ghafar dalam perbincangan dengan Yang Dipertuan Besar di Seremban itu ialah kata “ajaib” demokrasi dan “pilihan majoriti”. Dalam sesebuah negeri yang tokoh-tokoh politik telah dipilih oleh rakyat, tidak ada kuasa lain yang boleh menidakkan pemilihan. Mohamad Isa datang dari UMNO. Muhamad Isa adalah ketua Perhubungan UMNO di negeri itu. Maka dengan sendirinya ketua UMNO menjadi calon Menteri Besar. Ini perlu difahami oleh para pemimpin negeri, terutama ketua-ketua adat seperti Undang Yang Empat. Masalah suka atau suka, adat atau tidak beradat mungkin tidak wujud dalam kamus Ghafar, kerana semuanya adalah didasarkan kepada kehendak majoriti.

 

Seandainya Ghafar masih aktif dan terlibat dalam parti ketika kes Mohamad Isa ditimbulkan dalam Jawatankuasa Disiplin UMNO itu, apakah ada kemungkinan Mohamad Isa akan terselamat daripada dikenakan hukuman? Ada yang berkata bahawa memorandum yang dikirimkan Ghafar dan ahli-ahli veteran UMNO kepada pucuk pimpinan UMNO tentang rasuah dan politik wang sebelumnya telah menjerat dirinya sendiri. Setidak-tidaknya memorandum Ghafar itu telah melibatkan Mohamad Isa, tokoh yang sentiasa mendapat tunjuk ajar dan nasihat Ghafar.

 

Peristiwa Mohamd Isa ini menggusarkan Ghafar. Dalam satu pertemuan dengan beliau di kediamannya di Bangsa, dua bulan sebelum meninggal, Ghafar kurang senang dengan keadaan UMNO sekarang. Katanya, “ Pada saya UMNO tak penting. Yang penting Melayu.” Dato’ Wira Borhan Yaman, ketika ditemui di rumahnya di Klebang Besar, Melaka kurang percaya dengan apa yang dikatakan Ghafar itu. Borhan, pejuang UMNO seangkatan dengan Ghafar berasa hairan mengapa Ghafar berkata demikian. Bagaimanapun sejarah UMNO sepanjang kewujudannya pada tahun 1946 tidak menidakkan perubahan sikap dalam diri Ghafar ini.

 

Sebaliknya  Borhan  membuat andaian pula. Ghafar bersikap demikian mungkin dikaitkan  dengan banyak peristiwa tragis dalam UMNO, yang menyakiti hati banyak anggotanya, tidak terkecuali Ghafar. Borhan yang “menyisihkan” diri dari politik UMNO kerana dikatakan mahu menumpukan perhatian kepada keluarga pada tahun…. tidak menafikan peristiuwa-peritiwa  pedih yang dialami UMNO menjadikan ramai yang kurang senang dengan UMNO. Hal ini tidaklah aneh memikirkan Dr. Mahathir sendiri kurang senang dengan UMNO beberapa kali. Borhan  menyisihkan diri. Tun Musa Hitam pun demikian juga. Malah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada sisa-sisa hayatnya keluar dari UMNO dan bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah menghidupkan semula parti Semangat 46.

 

Dalam proses demokrasil  tentu berlaku perselisihan pendapat dan pandangan. Keputusan yang dibuat kadang-kadang tidak mendapat kebulatan muafakat, malah dibuat mengatasnamakan demokrasi.  Ghafar sendiri tidak dapat mengelak daripada terkena penangan proses membuat keputusan semuanya atas nama demokrasi. Contohnya ketika Ghafar terpaksa membuat pilihan sama ada akan terus berkhidmat di bawah kepimpinan Tun Hussein Onn yang menggantikan Tun Abd. Razak yang meninggal dunia pada 14 Januari 1976.    Tun Hussein yang dilantik Perdana Menbteri yang baru mengumumkan perlantikan kabinet barunnya. Ketika itu Ghafar adalah Naib Presiden paling kanan di kalangan dua yang lain, iaitu Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh.

Hubungan rapat ini semakin jelas pada tahun kematian Tun Razak. Ghafar telah memberikan kerjasama yanag baik kepada Tun Razak dalam urusan pentadbiaran kerajaan dan parti. Prof. Dr. Abd. Latiff Bakar dari Universiti Malaya pernah menyebut begitu rapatnya Ghafar dengan Tun Razak sehingga pada satu ketika Ghafar pernah “menyatakan kepaada Tun hasrat beliau untuk mengundurkan diri daripada kerajaan apabila Tun Razak berhenti menjadi Perdana Menteri. Maka apabila Tun Razak meninggal dunia, menurut Abd. Latiff, “Ghafar melihat itulah kesempatan paling baik untuk beliau meninggalkan kabinet.”

 

Pada tahun 1976, semasa Tun Razak meninggal dunia, Ghafar berusia 51 tahun. Dalam politik usia begini dianggap terlalu muda untuk bersara atau mengundurkan. Lazimnya pada usia “muda” ini kerjaya politik sedang berada di tahap puncaknya, terutama seseorang itu berada dalam kedudukan selesa dan menganggotai pula parti yang memerintah. Bagi orang biasa, terutama tokoh-tokoh parti yang bercita-cita menaiki heirarki kepimpinan parti, soal bersara dari politik di saat-saat mereka sedang berada kedudukan selesa demikian tidak akan ada dalam kamus kerjayanya. Ghafar sedang menikmati kejayaan sebagai orang Nombor Tiga dalam heirtarki kepimpinan parti yang sedang memerintah. Ghafar telah pun menikmati “kesenangan” politik setelah berhempas pula mendakinya dari bawah dan pengalamannya sebagai Ketua Menteri Melaka selama sembilan tahun. Kejayaannya di cemburui dan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman berhasrat untuk “mencuri” Ghafar dari Melaka seperti yang diungkapkan Abd. Latiff. Ghafar ke Kuala Lumpur untuk dilantik oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Pengerusi Majlis Amanat Rakyat (MARA) – satu jawatan baru yang bertujuan untuk memajukan orang Melayu.

 

Ghafar berminat untuk memajukan taraf hidup orang Melayu. Dan apabila Ghafar berhasrat untuk mengundurkan diri hanya kerana Tun Razak tidak lagi menjadi Perdana Menteri, maka rasional pengundurannya dalam Kabinet Tun Hussein sukar untuk diwajarkan. (Catatan  21 Disember 2006).

 

 

 

Be the first to start a conversation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: