Abd. Rahim Bakar: Beserah

Beserah Dan Kampung Pantai

Beserah terletak kira-kira lapan kilometer di utara Kuantan, ibu negeri Pahang Darul Makmur. Profesor Diraja Ungku Aziz, bekas Naib Canselor Universiti Malaya dan juga Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang pertama pernah “menginap” di sini. Beliau menghabiskan cuti panjangnya pada tahun 1958 dan 1959 di Beserah. Tugasnya ketika itu ialah membuat kajian peri hal kemiskinan  nelayan bersama-sama sekumpulan mahasiswanya.

Mengapa Beserah dipilih kurang jelas. Barangkali pilihan dibuat secara kebetulan. Barangkali juga Beserah  sebuah nama yang telah dikenali di Pahang. Terkenal mungkin disebabkan nasib kurang baik penduduknya dalam bidang ekonomi. Terkenal mungkin latar sejarah kebanyakan warga Beserah yang dikatakan bukan berasal di kalangan warga Pahang sendiri.

Pada tahun 1972, ketika berusia 50 tahun, Ungku Aziz teringin kembali ke Beserah. Katanya beliau ingin menyambung “kajian” yang belum selesai. Bagaimanapun tugas sebagai Naib-Canselor membataskan waktu senggangnya seperti yang dinyatakan Datuk Adam Kadir yang merujuk pada rencana Subky Latiff dalam akhbar mingguan Utusan Zaman. Khabarnya sehingga hari ini, ketika usia Ungku Aziz menjangkau lebih lapan dekad, keinginannya itu masih belum dapat ditunaikannya.

Ada dua implikasi yang menarik  tentang cerita Beserah dan Ungku Aziz ini. Pertama Beserah seperti telah sah disebut kampung nelayan yang bermasalah pada tahun 1958. Kedua keinginan Ungku Aziz mahu menyelesaikan “kajian”nya bagaikan maksud tersirat bahawa Beserah masih mempunyai masalah lama yang belum selesai-selesai, setidak-tidaknya sehingga tahun 1972.

Bagaimana sekiranya Ungku Aziz kembali ke Beserah pada hari ini, 30 tahun setelah melahirkan keinginannya untuk kembali semula ke tempat yang diminatinya? Apakah Ungku Aziz akan melihat sebarang perubahan pada kampung yang menjadi objek kajiannya? Apakah Ungku Aziz akan mendapati tidak perlu menyambung kajiannya kerana Beserah telah pernah melahirkan seorang Menteri Besar Pahang? Secra logikanya, Beserah tidak lagi mempunyai masalah kemiskinan kerana tidak mungkin daerah yang pernah melihat warganya menjadi Menteri Besar akan membiarkannya terus mengalami keadaan kemiskinan warganya.

Tinjuan sepintas lalu di Beserah, terutama di Kampung Pantai April 2002 yang lalu membuktikan Beserah telah berubah wajah, walaupun tidak dinafikan kesan kemiskinan masih berbekas, terutama keadaan titian-titian kayu yang merentang  parit-parit yang telah kuntang. Warung dan bangsa masih lagi berdiri, walaupun keadaannya telah pun menyatakan keuzurannya.

Paling ketara ialah perubahan pantainya. Bangsal ikan yang didaratkan berubah wajah. Bot-bot nelayan yang serba baru dengan enjin sangkut dalam warna warni dipancar matahari siang dengan ombak memutih memukul pantai. Beberapa orang anak sedang bermain bola di pantai, bagaikan sejarah lama berulang kembali. Cuma kali ini mereka berpakaian bersih, tidak compang-camping seperti mungkin keadaan pakaian anak-anak kampung tahun 1940an dan 1950an. Di sebuah bangsal menunggu ikan kelihatan beberapa orang nelayan sedang beristirehat sambil bermain terup.

Telah dibina sebuah jambatan batu menggantikan titian kayu. Tersergam deretan kedai lama yang menurut orang kampung masih tetap mempertahankan bentuk lamanya. Kalau pun ada perubahan hanyalah atapnya yang telah diganti dengan zink yang lebih baru. Begitu juga dengan Rumah Rehat, yang dulunya adalah lambing kemegahan Kampung dengan penghuninya hampir 100 persen orang putih. Anak-anak yang dulu tidak dibenarkan bermain di kawasan Rumah Rehat itu kini tidak lagi “menghiraukan” larangan itu. Malah Rumah Rehat itu juga tidak lagi sehebat dulu menjaga statusnya.

Ke darat sedikit ada rumah kedai Chop Heap Long, pemborong produk laut berupa pelbagai jenis kehidupan laut yang telah dikering dan diawetkan. Ada ikan kering, udang kering, ikan bilis dan keropok. Rumah kedai ini masih mengekalkan ciri akitek lamanya. Dan bagi yang mahu merasa makan asli Kampung Pantai, Beserah, ada pula mee calong, yang rasanya persis mee sop. Pesan semangkuk makan dua orang tidak habis. Di kiri kanan jalan menuju pantai ada bangsal menjemur ikan bilis.

Dikatakan Kampung Pantai ini masyhur seentero pantai timur hingga namanya disebut orang hingga ke Terengganu dan kelantan. Malah Beserah itu sendiri, sebagai sebuah mukin membawa konotasi pasrah, satu sifat orang Melayu yang sering berserah kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Pun nama Beserah, mukim di mana Kampung Pantai terletak adalah jelmaan daripada sikap warganya yang  yakin dengan hukum qada dan qadar.

Nama ini juga barangkali menjadi daya tarikan yang kuat bagi Ungku Aziz dengan sekumpulan mahasiswanya itu untuk datang membuat kajian ekonomi dan sosial masyarakat desa. Satu pilihan tepat bagi Ungku Aziz dengan memanfaatkan sikap dan sifat warganya. Dikatakan juga Beserah mempunyai kelainan dari sudut demografi, malah geografi. Kalau dilihat latar fizikal kawasan ini terlebih dahulu, ternyata ia dilindungi oleh banjaran bukit yang merentang dari laut ke daerah pendalaman. Sehingga dengan demikian apa yang ada di sebalik banjaran ini tidak akan diketahui oleh warga kecuali merentasi banjaran itu. Pada tahun-tahun yang belum disediakan prasarana jalan dan angktuan awam, kecuali barangkali kereta lembu dan kuda (?),  warga kawasan Beserah ini sukar mengetahui apa yang sedang berlaku di sebalik banjran yang kini merupakan sebuah Bandar besar Kuantan.

Dan keadaan sekitaran yang berbukit inilah menjadikan warga Beserah, tidak terkecuali Kampung Pantai hidup terpisah dan membentuk watak dan perwatakan  khas, berbeza daripada penduduk-penduduk di mukim lain di Pahang. Barangkali warga di Beserah lebih ulet, lebih berdikari dan agresif dalam erti kata ingin mempertahankan kewujudannya.

Menurut sejarah yang disokong cerita lisan orang tempatan, Beserah pernah menerima pendatang dari Pattani, selatan Thailand yang bernama Tok Senik. Akibat tentangan yang hebat daripada lashkar Siam dalam satu peperangan, Tok Senik dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke selatan lalu bermukim di Kampung Pantai, setelah mendapat restu daripada Tok Ketua Kampung ketika itu. Dikatakan ramai juga pengikut Tok Senik yang terus menetap di Beserah. Dipercayai keturunan pengikut Tok Senik masih tinggal di Beserah, terutama di Kampung Pantai.

Beserah merupakan daerah stratejik bagi pendatang dari utara. Ini jelas apabila melihat keadaan sekitar yang berbukit bukau, seolah-olah bukit yang melintang dari timur ke barat itu menjadi sempadan penghabisan bagi perlarian dari utara untuk mengelakkan perang satu ketika dahulu. Selain Tok Senik dan pengikut-pengikutnya, ada pula beberapa kumpulan pendatang dari Kelantan dan Terengganu, tidak terkecuali Kemasik.

Di Beserah terdapat sebuah sungai yang alur atau anak-anak sungainya mengalir ke timur menuju muara dan menjadi  menjadi sempadan beberapa buah kampung, seperti Kampung Ceti, Kampung Bugis, Kampung Pelindung, Kampung Baru, Kampung Tuan, Kampung Seberang Cik Lek dan Kampung Jeram di samping Kampung Pantai sendiri. Sunagi Beruang ini  dalam dan lebar. Tok Senik sendiri dikatakan lebih suka menetap di kawasan muara Sungai Beruang ini berbanding pantai-pantai lain yang pernah dikunjunginya seperti Pantai Semerak atau Pantai Semu Api. Malah Tok Senik tidak begitu tertarik untuk menetap di beberapa pulau yang turut dikunjungnya, seperti Pulau Perhentian dan Pulau Tioman. Kurang jelas apakah yang membuatkan Tok Senik begitu tertarik dengan Beserah, terutama Kampung Pantai.

Beserah juga dikenali sebagai kawasan orang buangan raja. Orang buangan ini adalah pesalah atau yang melanggar undang-undang. Konon ceritanya, orang buangan ini akan berubah sikap menjadi baik mempunyai budi pekerti yang terpuji. Di Malaysia banyak tempat dijadikan kawasan tinggal orang buangan. Di Negeri Sembilan, misalnya ada sebuah daerah yang dahulunya dikenali dengan Rembau Selatan. Namanya Tampin. Tempat ini menjadi kawasan orang buangaan, yang menderhaka kepada Undang Rembau. Mereka juga adalah pesalah atau yang dianggap pembunuh. Ketika berlakunya Perang Naning antara penjajah Inggeris dengan Datuk Naning, Syed Shaaban dari Rembau membantu Inggeris dengan syarat jika Inggeris dapat mengalahkan Datuk Naning, Tampin akan diserahkan kepada Syed Shaaban. Setelah Datuk Naning kalah Inggeris mengkotakan janjinya dan kerturunan Syed Shaaban hari ini menjadi Tunku Besar Tampin, satu institusi yang setara dengan Undang Besar yang empat di Negeri Sembilan.

Maka antara Beserah dan Tampin semacam ada persamaan dari sudut sejarah demografinya. Cuma bezanya Beserah lebih banyak menampung pendatang dari luar, termasuk pahlawan Melayu yang kalah perang menentang Siam dari Pattani, seperti Tok Senik.Seperti sudah ditakdirkan bahawa daerah Beserah yang sebelumnya hanya dihuni orang Melayu tempatan kini berubah menjadi sebuah perkampungan yang mempunyai komuniti daripada berasal dari pelbagai daerah dan keturunan. Tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa Beserah adalah sebuah kawasan yang  warganya mempunyai sikap yang tersendiri, mempunyai cara berfikir yang berbeza berbanding warga Pahang di daearh-daerah lain. Aeperti kata seorang penduduk di kampung Pantai, “Kami di sini berfikir bebas dan tegas dan kadang-kadang sedikit melawan arus.” Tidak pula dijelaskan lebih lanjut.

Musim sukar penduduk Beserah ialah musim tengkujuh yang bermula pada bulan November dan akhir pada bulan Januari setiap tahun. Kegiatan nelayan hampir terhenti total dan penduduk hanya tinggal di rumah. Hujan dan angin terlalu kuat dengan ombak melambung tinggi memecah pantai. Air laut dan langit seperti bersatu dengan horizon timur di kaki langit memutih diwarnai hujan yang turun deras. Maka sudah menjadi rutin tahunan, setiap kali musium tengkujuh tiba, kebanyakan nelayan menjadi pengangguran sementara. Inilah masanya bagi penduduk menyimpan  makanan.

Ungku Aziz tidak akan kecewa melihat Beserah hari ini. Keadaan telah banyak berubah sejak beliau membuat kajiannya pada tahun 1958-59 dahulu. Rasa-rasanya Beserah tidaklah begitu menghampakan kalau Ungku Aziz mahu melihat perubahan a.k.a pembangunan. Barangkali untuk sekadar menunaikan hasrat yang terpendam sejak tahun 1972 untuk “menreuskan kerja-kerja penelitiannya” tentang kisah hidup nelayan Beserah, Ungku Aziz boleh mengunjungi Beserah bukan sebagai pengkaji tetapi sebagai pelancong sambil menikmati mee calong dan pulang ke Kuala Lumpur berbekalkan ikan kering yang boleh dibeli daripada pemborong Chop Heap Leong. Kalau mahu bermalam, ada rumah rehat yang letaknya tidak beberapa meter dari telapak Datuk  Abdul Rahim Bakar, bekas Menteri Besar Pahang.

5 Responses “Abd. Rahim Bakar: Beserah” →
  1. An fascinating concept this. I’m 1 of those men and women whom tend to wait for things to mature prior to taking action but in this case I’m mindful that inaction leads to only failures so I will heed your comments and begin to do anything about it.

    Reply
  2. perangai org beserah berbeza dgn kg lain kerana mereka lebih agresif dan baik – keturunan kelima tok senik

    Reply
  3. ada sesapa x yg tahu mengenai salasilah keturunan tok senik..siapa anak2nya…saya pun mempunyai moyang yang bernama tok senik yang juga berasal dari pattani..cuma nak pastikan samada tok senik yang dimaksudkan di atas sama org nya atau tidak seperti tok senik moyang saya…atau hanya sama pada nama..sekadar ingin pencerahan…terima kasih..

    Reply
  4. Asalmualaikum,saya juga sedang mencari sasilah keturunan dan cerita2 mengenai Haji Senik….Ibu saya Hajjah Ramlah bercerita … Hj senik ada anak nama salleh dan telah kahwin dgn sharifah asal usul dr pahang tua pekan…dapat anak bernama halijah dan telah berkahwin dgn hj othman (pak tunggal…bekas wali hakim beserah)…anak salah seorang daripadanya (hj ramlah ..ibu saya) KAWIN DGN hj ramli(bekas bilal masjid kuantan)….siapa yg tahu lebih tahu lebih lanjut sila ceta…berkenaan hj senik…..dll sangkut paut dgn nya…

    Reply
  5. ada satu group yg mengaku dari keturunan hj senik.. tapi sy berpendapat ianya palsu atas dasar kebanggaan, harap sesiapa dapat menyiasat. Sy fikir ia sesuatu yg memalukan

    (1) http://www.facebook.com/groups/404204996319838/
    (2) http://www.facebook.com/groups/297789676998452/

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: