Borhan Yaman (Datuk Wira)

Istana Besar, Johor Bahru

Istana Besar Johor Bahru tapak bermulanya UMNO, parti orang Melayu pasca Malayan Union Image via Wikipedia

Saturday, 5 July 2008

BORHAN YAMAN: SEMANGAT JUANG DULU DAN SEKARANG…

Datuk Wira Borhan Yaman: Perjuangan cara dulu lain, sekarang lain.

PERJUANGAN MENEGAK BANGSA DAN BAHASA
Guru dahulu memainkan peranan melalui persatuan guru. Setiap negeri ada persatuan guru. Semua persatuan ini disatukan dan dipimpin oleh Allahyarham Dato’ Mohd. Nor Ahmad. Saya ada menyimpan majalah-majalah buku lama dan saya mula menulis sajak pada tahun 1971, terutama artikel-artikel pendidikan. Ketika itu, majalah adalah sebagai wadah guru, sebagai organ suara guru.

Kita adakan Kongres Bahasa Melayu yang pertama di Singapura pada tahun 1952 dan di Seremban pada tahun 1954. Kemudian Kongres Bahasa Melayu ke-3 kembali semula ke Singapura dan Johor Bahru. Istana Besar di Johor Bahru telah melahirkan cadangan menubuhkan DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) seperti yang ada pada hari ini. Dan begitu jugalah hasil perjuangan tadi. DBP lantik Ungku Aziz, seorang pensyarah ekonomi di Universiti Malaya Singapura sebagai pengarahnya. Saya rasa amat besar jasa ungku Aziz, Allahyarham Tun Syed Nasir mdnggantikannya kemudian. Beliau anak Johor yang walaupun tidak berpendidikan universiti, tetapi usaha dan semangatnya mengendalikan DBP perlu disanjung.

Rakyat patut sedar, orang-orang sekarang patut sedar, perjuangan menegakkan kedaulatan negara ini berkait rapat dengan perjuangan bahasa. Saya masih ingat lagi tentang perwakilan UMNO Melaka. Kami dari Melaka tidak ramai, UMNO Melaka kecil sebab orang Melaka miskin. Saya pernah menjadi setiausaha UMNO Melaka. Ketika itu nak cari yuran pun susah. Setiap tahun kita kena bayar tidak kurang daripada RM 2.50. Duit dulu besar jugalah berbanding duit sekarang. Dapatlah sehelai baju dan sehelai seluar.

Ketika itu persidangan-persidangan UMNO dibuat di rumah UMNO di Batu Road. Ada lagi bangunan itu saya tak tahu, sebab dah lama saya tak pergi ke sana. Masih saya ingat kalau nak dirikan rumah UMNO, kita cari derma dan sumbangan daripada ahli-ahli UMNO seluruh tanah air. Setengahnya mengadakan fun fair. Macam-macamlah kita diadakan. Saya ingat lagi bila bangunan UMNO di Batu Road disiapkan dan dirasmikan, iaitu pada 31 Julai 1955, emat atau lima hari selepas kemenangan parti PERIKATAN dalam pilihan raya pertama pada 27 Julai 1955.

Peristiwa itu ada saya catat dalam buku.Judul buku itu Lawyer Tunku Abdul Rahman (?) dalam tulisan jawi oleh Aziz Tahir. Saya ada buku tu. Saya catat berapa harganya. Saya tulis tarikh perhimpunan UMNO. Saya catat begitu cantik tentang peristiwa itu, Jadi sidang ini menegakkan perjuangan, menegakkan perlembagaan, kemerdekaan negara, kedaulatan raja-raja, hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi negara, kedaulatan bahasa dan negeri untuk menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi tanah air yang tunggal di negara. Kita perjuangkan sejak sebelum merdeka. Tidak ramai ahli yang hadir pada masa itu. Tak sampai 200 orang. Saya masih ingat lagi, semangat yang ditunjukkan mereka yang hadir. Memang tidak sama dengan semangat perwakilan UMNO yang 2000 orang yang ada sekarang di PWTC terutama ketika bekas perdana menteri nak mengisytiharkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kepada mata pelajaran Sains dan Matematik.

Inilah yang dikatakan, apabila dibawa usul dibawa oleh perdana menteri, saya lihat melalui televisyen hadirin kelihatan kaku, tak berdetik macam tikus jatuh ke beras. Apa gunanya ramai audiens kalau jiwa-jiwa politiknya kosong? Inilah yang dikatakan dalam al=Quran sebagai buih-buih di laut yang banyak tetapi tidak ada tunjangnya. Tidak ada akarnya yang menjejak di bumi. Memang ramai bertepuk sorak tapi tepuk sorak yang nak meruntuhkan bukan membina. Minta maaf lah saya berkata begitu. Saya sebagai orang lama berasa amat sedih walaupun saya tidak lagi dapat berjuang.

Prof. Madya Datuk Zainal Borhan, anakanda Datuk Wira Borhan sedang merumuskan sesuatu dalam sidang permuafakatan Melayu di Johor Bahru baru-baru ini.

Saya disingkirkan tapi jangan hina bangsa saya, negara saya, bahasa saya, budaya. Saya dipandang sepi. Tidak ada lagi erti kejayaan, kebesarannya dan sebagainya terutama kepada parti dan inilah sikap saya. Inilah kenyataannya. Pada hal mereka sedar bahawa perbuatan meremehkan kejayaan perjuangan terdahulu itu menyalahi dasar perjuangan, aturan dan peraturan. Kita meti ingat kita adalah kerajaan berparti. Kerajaan berparti mengusulkan segala benda yang dibawa berbincang ke dalam parti terlebih dulu. Misalnya, macam mana kita ingin menegakkan kemerdekaan negara, kedaulatan beraja. Semua ini dibawa dalam parti dibincangkan berkali-kali, ditapis, disunting dan dihalusi.

Perlembagaan kita pertahankan bersama Parti Perikatan. Apa yang kita putuskan adalah mandat yang kita berikan kepada wakil-wakil UMNO dan Perikatan, walaupun pada masa itu dalam parti Perikatan atau parti UMNO tak ramai yang bijak-bijak. Cuma adalah peguam seperti Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak. Datuk Sulaiman pula doktor dan beberapa orang lagilah. Kebanyakan kita adalah wartawan dan guru. Tapi jiwa mereka adalah jiwa harimau, bukan jiwa kambing yang pengecut, yang mengembek di mana saja. Inilah yang amat menyedihkan dan memilukan hati saya kerana perjuangan kita menegakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi termaktub dalam perlembagaan, disebut dalam perlembagaan, hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya 10 tahun selepas merdeka tidak seperti yang diharapkan hari ini.

Saya ingat lagi pada tahun 1957, apabila Tun Syed Nasir mengambil alih, Dewan Bahasa diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran. Waktu itu Tun Abdul Razak adalah Menteri Pelajaran. Ada kempen Minggu bahasa kebangsaan dan saya ikut terlibat. Pada masa itu saya baru balik dari Institut Bahasa dan mengajar di sekolah jenis kebangsaan. Kami mengadakan peraduan syarahan dan peraduan bahas dalam bahasa kebangsaan buat pertama kalinya. Kononnya apabila saya balik dari Institut Bahasa maka saya ini menjadi ahli bahasalah. Maka saya pun banyak ditawarkan menjadi pengadil peringkat negeri, pensyarah dan sebagainya.

Saya ingat beberapa orang hari ini telah menjadi pegawai pelajaran di Melaka. Mereka pernah bertanding masa tu ketika saya menjadi alah seorang pengadilnya. Saya berasa senang kerana nak menggalakkan rakyat boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan dengan baik, bukan sahaja dalam percakapan sehari-hari tetapi juga di sekolah-sekolah, di pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya. Pada tahun 1961 diadakan pula kempen Bulan Bahasa Kebangsaan Setiap tahun buat, ada pertandingan sehingga ke ke peringkat kebangsaan. Kemudian Dewan Bahasa mula menerbitkan buku. (Petikan hasil temu bual dengan tokoh budaya dan politik Datuk Wira Borhan Yaman di kediamannya di Kelabang, Melaka, 11 oktober 2007)

posted by FUAD HASHIM a.k.a A.F.YASSIN at 20:17

 

2 Responses “Borhan Yaman (Datuk Wira)” →

  1. Pejuang Tulen

    July 14, 2011

    Datuk Borhan pasti sedih malah menangis dalam hati melihat anak bangsanya lupa sejarah.Salah siapa jika ramai anak muda lebih memikirkan kepentingan diri daripasa memikirkan nasib masa depan bangsa? Inilah tragisnya putaran kehidupan. Tabik saya kepada Datuk. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Harap anakanda beliau, Prof. Zainal Borhan akan terus menyalakan api perjuangan, terutama pada saat-saat genting politik tanahair hari ini. .

    Reply
  2. Your report features confirmed beneficial to me
    personally. It’s extremely educational and you are certainly
    quite knowledgeable of this type. You get opened my personal sight in order to numerous opinion of
    this kind of matter together with intriguing, notable and sound
    articles.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: