Ismail Hussein Ibarat Pulang Ke Gagang

CATATAN A.F.YASSIN

Ismail Hussain: Sirih Pulang Ke Gagang

 

Hari ini, Ahad satu majlis Sirih Pulang Ke gagang penuh beradat diadakan di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Majlis itu meraikan Tan Sri Ismail Hussein. 70, yang telah menyumbang bukan sedikit kepada khazanah budaya Melayu di Malaysia. Ismail, Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis nasional, menjadi tokoh yang diraikan akan diarak di kampung kelahirannya dengan menaiki gajah, bagaikan seorang raja zaman silam untuk menghadiri kenduri keluarga yang bermula pada 11.00 pagi. Kenduri itu menyerupai kenduri kahwin kerana ia akan berlangsung sehari suntuk sehingga 4.00 petang. Oleh kerana tempoh panjang yang diperuntukan maka diperkirakan bukan sahaja peserta persidangan pemikiran Ismail Hussein yang berlangsung dua hari sebelum ini akan hadir tetapi juga seluruh keluarga Ismail dan orang kampung.

 

Dalam satu sidang media yang diadakan Rabu lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid berkata persidangan dan dan majlis meraikan Ismail di Yan adalah sebagai menghormati sumbangan Ismail dalam memartabatkan jati diri Melayu. Juga menurut Alaudin, Ismail tiada hentinya berusaha memartabatkan dunia Melayu sejagad. Kesedaran Melayu global dipertingkat. Hari ini sebut Melayu sahaja, maka ia merangkumi nama satu bangsa yang bertaburan di muka bumi, dari Fiji ke Afrika Selatan, dari Vietnam serta Kemboja ke Pulau Kokos di selatan dan dari Mindanao ke Madagaskar. Malah ada sebuah negara kecil di Amerika Selatan bernama Surinam yang rakyatnya dari keturunan Melayu/Indonesia.

 

Pemikiran Ismail digilap sejak tahun 1960an lagi, ketika beliau mula memimpin Gapena. Hari ini pemikiran dan usahanya dilembagakan melalui satu persidangan antarabangsa. Ini adalah puncak daripada gagasannya, setelah terbentuknya Sekretariat Melayu Antarabangsa pada tahun 1996. Sekretariat ini dibentuk ekoran Simposium Jaringan Melayu Antarabangsa dan Simposium Melayu Sedunia di Shah Alam. Ismail telah diamanahkan untuk memimpin Sekretariat itu. Amanah ini diberikan atas kesedaran bahawa sejak sekian lama Ismail tanpa pamrih menyelusuri setiap benua mencari  orang Melayu dan budayanya.

 

Ismail anak kampung Sungai Limau daerah pedalaman. Ismail seorang pemikir dan berpotensi menjadi ahli fikir sejak kecil lagi. Abangnya Sasterawan Negara Datuk Ismail Hussein banyak bercerita tentang jiwa Ismail waktu kecil. Pagi ini Abdullah bercerita lagi bersama kenalan rapat keluarga Ismail, Dr Haji Kassim Ahmad. Abdullah dan Kassim berkisah siapa Ismail berdasarkan kaca mata mereka. Abdullah bercerita dengan melihat Ismail sebagai adik yang disayangi sejak kecil dan Kassim bercerita tentang Ismail sebagai tokoh budaya. Mereka bercerita di  dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, di mana ketika kecil Ismail mula memasuki alam pendidikannya.

 

Abdullah tidak lepasa daripada berkisah tentang tingkah laku Ismail ketika bersekolah sehingga masuk ke universiti. Betapa Ismail yang pendiam yang tidak banyak cakap menjadikan anggota keluarga risau dan bimbang. Paling menarik ialah bagaimana timbul konflik kepentingan antara Nyak Hussein, ayahbya dengan Ismail sendiri dalam menentukan masa depan Ismail. Penglibatan Za’aba sebagai mentor Ismail dalam bidang pendidikan dan kerjaya awalnya tidak dapat dilupakan. Dan hari ini Ismail tidak dapat dipisahkan  dengan dunia pendidikan, kebudayaan, khususnya dalam bidang bahasa dan sastra.

 

Barangkali akan ada yang bertanya, bagaimana Ismail begitu taksub dengan pencarian Melayu sejagadnya. Apatah lagi dalam usia 70 tahun Ismail masih juga taksub dengan pencarian itu? Malah telah ada seorang dua yang bertanya sampai bila Ismail mahu mencari Melayu?  Selam dua hari pemikiran Ismail tentang dunia Melayu dibincangkan dari pelbagai sudut. Tokoh-tokoh yang membincangkan dunia pemikiran Ismail datangnnay dalam dalam dan luar negeri. Dalam negeri tampil Prof Datuk Dr Zainal Keling, Prof Datuk Dr Firdaus Abdullah dan beberapa tokoh Gapena sendiri seperti Zainal Borhan, Jaafar Rahim (Kalam), Hamzah Hamdani, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan Prof Datuk Dr Abdul Latiff Bakar.

 

Senarai tokoh dari luar  agak panjang. Ada Dr Yusmar Yusof dari Universitas Riau, Prof. Madya Haji Hashim Hamid dari Universiti Brunei, ada Drs Mohamd Haron dari Afrika Selatan, Dr Husseinmiya dari Sri Lanka, Dr M. Usof J. Kutilan dari United Kingdom, Prof Dr Ibrahim Alfian, Universitas Gajah Mada, Jogjakarta, Mboara Andrianarimanana dari Madagaskar, Dr Warfe T. Engracia dan Prof  Dr Ahmad E. Alonto dari Filifina dan Prof Wu Zhong Yu dari  Beijing, China. Indonesia mengirim paling  ramai pemakalah. Tujuh orang semuanya. Singapura dua orang, iaitu Masuri SN dan A. Ghani Hamid. Manakala Thailand tetap mengirimkan  Prof. Madya Dr Ahmad Idris  @ Worrawit Baru.

Tokoh-tokoh yang tersenarai itu kenal intim Ismail. Malah tokoh-tokoh inilah yang menjadi perantara Ismail dalam pencarian Melayunya di negara masing-masing. Tokoh-tokoh ini merupakan pemikir-pemikir Melayu yang memiliki buah fikir yang “sederap” dengan Ismail. Kalau tidak masakan mereka boleh dapat berbincang tentang buah fikir Ismail. Melihat mereka sering berada semeja di mana-mana keraian yang melibatkan Gapena dan Sekretariat Melayu Antarabangsa adalah testimoni  bahawa pemikiran mereka bagaikan telah menyatu, sederap dan sehaluan.

 

Diyakini tidak semua senang dengan cara Ismail diraikan dan diinstitusikan. Ada juga cakap-cakap belakang yang mempersoalkan kridibilti Ismail sehingga  sebuah kementerian dan sebuah kerajaan negeri sanggup melibatkan diri dalam “kerja-kerja pemujaan terhadap Ismail”, sekadar meminjam kata-kata seorang pengarang veteran di Kuala Lumpur. Pengarang ini tetap dengan cerita lamanya yang tidak pernah melihat secara positif sumbangan Ismail. Ada sahaja yang tak kena tentang Ismail.

 

Dalam program Ilham terbitan RTM sedikit masa lalu, Ismail mengakui adanya orang-orang yang tidak begitu bersetuju dengan apa sahaja yang dilakukannya. Itu perkara biasa katanya. Yang penting bagi Ismail, beliau punya perjuangannya sendiri dan terserah kepada orang ramai menilai apakah sumbangannya itu hanya “pesta sorak sorai” seperti yang diterjemahkan oleh tokoh-tokoh tertentu atau memberi manfaat kepada “banyak orang”.(Catatan modified on 1 January 1998).

One Response “Ismail Hussein Ibarat Pulang Ke Gagang” →
  1. Thanks for sharing superb information. Your web site is so cool. I am impressed by the info that you’ve on this site. It reveals how nicely you understand this subject. Bookmarked this web page, will come back for extra articles.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: