Sulaiman Ninam Shah , Tan Sri

TAN SRI SULAIMAN NINAM SHAH

Mengawal perhimpunan UMN0 Suku Abad.

 

Sebelum merdeka, perjuangan Melayu didasarkan pada satu matlamat iaitu membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan Inggeris. Tumpuan semangat adalah bersandarkan slogan ‘Hdup Melayu’. Antara pemimpin Melayu yang aktif ketika itu ialah Tan Sri Sulaiman Ninam Shah. Beliau tidak akan lupa jerit-perit perjuangan, terutama apabila  ia dikaitkan juga dengan mempertahankan hak dan keistimewaan  orang Melayu.

 

Semangat kental Tan Sri Sulaiman ini barangkali boleh dikaitkan dengan pengalaman kerjayanya, terutama ketika beliau bertugas sebagai anggota polis mulai tahun 1920. Dalam usia yang relatif muda kobaran semangatnya dapat dilihat ketika rakyat bangun menentang penjajah. Ketika beliau menjawat ketua polis daerah, beliau pernah menyerahkan senjata kepada penduduk Dumai dan Pekan Baru, Sumatera , membantu mereka mengusir penjajah Belanda. Semasa rakyat menentang Malayan Union, Tan Sri Sulaiman adalah di antara wakil yang menghadap DYMM Sultan Johor untuk membantaj Perjanjian MacMichael.

 

Tan Sri Sulaiman anak jati Muar dan dilahirkan pada  2 Januari 1920. Dalam usia yang relatif muda, iaitu ketika berusia 25 tahun, beliau telah dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar. Beliau terkanal dengan suaranya yang lantang yang memperjuangkan matlamat menjadikan Melayu, bangsa yang berkuasa di tanah airnya sendiri. Sebelum menjadi Pengerusi Tetap UMNO pada tahun 1975, beliau mempunyai pengalaman di dalam UMNO sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Muar, Ketua UMNO Bahagian Muar, Setiausaha UMNO Johor, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO.

 

Namun ketokohannya semakin terserlah apabila beliau menduduki “kerusi empuk” Pengerusi Tetap. Sehingga sekarang, setelah lebih 25 tahun bercekul di kerusi itu, belum ada tanda-tanda yang ketokohannya semakin pudar, malah untuk jawatan pengerusi tetap tahun 2000/2002 beliau menduduki tempat teratas dalam senarai calon yang mahu menwarkan khidmat. Calon yang satu lagi, yang belum menampakkan ketokohannya, tidak mampu memberi tentangan.

 

Orang akan menilai Tan Sri Sulaiman dalam UMNO dari sudut prestasinya  sebagai Pengerusi Tetap UMNO. Beliau merupakan orang kesepuluh yang memegang jawatan pengerusi ini dan merupakan yang paling lama pula. Pemerhati politik UMNO menilai tempoh yang begitu lama yang berjaya dikekalkan Tan Sri Sulaiman adalah disebabkan oleh kewibawaan dan sifat karismatiknya, terutama ketika beliau mempengerusikan perhimpunan UMNO setiap tahun sejak tahun 1975. Walaupun jawatan ini dianggap jawatan yang  kurang “glamour” dan tanpa kuasa dalam heirarki kekuasaan UMNO Pusat, namun dalam keadaan tanpa kuasa dan tanpa glamour itulah Tan Sri Sulaiman berjaya menonjolkan kepribadiannya dan keistimewaannya. Pernah seorang ahli UMNO yang menghadiri perhimpunan  berkata, “Sesiap mahu mencabar Tan Sri Sulaiman Ninam Shah orang itu hendaklah mempunyai karisme  di atas pentas lebih canggih daripada Tan Sri sendiri.”

 

Ertinya, Calon yang ingin merebut jawatan yang disandang Tan Sri Sulaiman hendaklah mempunyai “sense of humor” seperti yang dimiliki Tan Sri Sulaiman. Di samping itu calon berkenaan hendaklah juga pintar mencipta gurauan di celah-celah suasana serius persidangan, tetapi jangan sampai gurauan itu kelihatan murahan atau “slapstick”yang dangkal.

 

Satu lagi keistimewaan Tan Sri Sulaiman dalam mengendalikan persidangan UMNO ialah kemampuannya menghidu sesuatu sebelum seseorang ahli perwakilan  menyampaikan ucapannya di luar tajuk. Beliau dengan tegas tetapi secara menyindir dan berseloroh.Sindiran dalam selorohnya itu tidak pula menyakiti perwakilan  atau menjatuhkan air mukanya.

 

Keistimewaan Tan Sri Sulaiman dalam mengendalikan persidangan UMNO dari tahun ke satahun selama suku abad yang lalu bagaikan meletakkan nama beliau sebagai sebuah lagenda pengerusi tetap UMNO. Dalam usia yang melebihi empat dekad itu, beliau masih boleh bertahan dan mampu mengurus kerenah perwakilan dan pemerrhati yang melebihi 2000 orang. Pengalamanlah yang mengajar beliau sehingga menjadi pengurus persidangan UMNO yang baik.

 

Tan Sri Sulaiman menaiki tangga heirarki UMNO dari bawah. Sepak terajang UMNO dengan segala intriknya beliau alami. Semangat bencikan penjajah bagaikan menjadi senjata yang amppuh untuknya meneruskan cita-cita menjadikan Malaysia negara yang bebas dari belenggu penjajah, baik secar politik mahupun secara ekonomi. Dalam pada itu cintanya kepada UMNO tidak pernah pudar. Misalnya, beliau tidak dapat melupakan peristiwa hitam UMNO pada tahun 1987. Saingan merebut jawatan tertinggi parti akhirnya memecahbelahkan UMNO hingga terbentuk apa yang dinamakan Team A dan Team B. Team A diketuai Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Tun Ghaffar Baba manakala Team B dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Musa Hitam. Tan Sri Sulaiman masih ingat bagaimana pengumuman keputusan pemilihan dilakukan pada pukul 3.30 pagi. Ekoran daripada keputusan yang menyebelahi Datuk Seri Dr. Mahathir dengan kemenangan tipis, ada usaha untuk membawa keputusan ke mahkamah. Akhirnya UMNO diharamkan dan UMNO baru terpaksa ditubuhkan. Inilah kenangan pahit dalam sejarah UMNO.

 

Tan Sri Sulaiman percaya UMNO tetap utuh walaupun sedang menghadapi zaman-zaman sukar. Pemimpin pergi dan pemimpin datang. UMNO tetap teguh, dan beliau terus akan memipengerusikan persidangan yang menjadi tumpuan bukan sahaja rakyat dalam negeri malah masyarakat antarabangsa. Tan Sri Sulaiman yakin untuk terus memimpin persidangan selagi beliau diperlukan. Usia bukan penghalang untuknya menreuskan kerjayanya sebagai pengerusi tetap UMNO. Pengalamannya amat diperlukan terutama dalam usaha meneruskan proses regenerasi dalam kepimpinan UMNO.

 

Pengalaman berguru dengan UMNO turut membawa kejayaan kepada Tan Sri Sulaiman ketiga diberi kepercayaan menganggotai barisan pemimpin kerajaan. Misalnya, pada tahun 1954 beliau dilantik ahli jawatankuasa kerja kerajaan Negeri Johor. Jawatan ini disandang beliau sehingga tahun 1964. Pada tempoh yang sama beliau dilantik sebagai Pengerusi Kerajaan Tempatan Johor. Dua dekad kemudian, Tan Sri Sulaiman dilantik pula sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara sehingga tahun 1985. Lantikan ini adalah ekoran beliau dilantik Senator pada tahun 1979.

 

Allahyarham meninggal dunia pada 5 Julai 2003, pukul 5.15 pagi setelah tidak sedarkan diri selepas menjalani rawatan kemoterapi di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur akibat sakit leukemia.

Beliau meninggalkan seorang balu, Toh Puan Rose Othman, sembilan orang anak terdiri daripada enam lelaki dan tiga perempuan, 15 orang cucu dan dua cicit.

Jenazah Allahyarham dikafankan di rumah anak sulungnya, Datin Faridah di Petaling Jaya sebelum dibawa pulang ke rumah Allahyarham di Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor untuk disembahyangkan. Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Jalan Bakri selepas solat Asar]][5].

 

 

One Response “Sulaiman Ninam Shah , Tan Sri” →
  1. Articles like this are why I love this website ;D

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: