Usman Awang dan Penarik Beca

MENCARI MANUSIA DALAM WARKAH USMAN AWANG

 

2 Disember 2001

Tepat 12.35 pagi Khamis lalu, Datuk Usman Awang meninggalkan kita. Allahyarham kembali menemui Penciptanya setelah “uzur” hampir dua dekad. Punca kepergiannya seperti yang diumumkan doktor ialah sakit jantung atau dalam bahasa klinikalnya, “congestive heart failure with chronic renal failure.” Pergi sudah seorang yang kami anggap “mahaguru” dalam bidang kewartawanan dan kesusasteraan. Saya,  Allahyarham A. Karim Abdullah, Maarof Saad banyak belajar daripadanya. Allahyarham anak Sedili, Kota Tinggi berusia 72 tahun.

 

Allahyarham amat sensitive dengan kehidupan dan kemanusiaan. Jiwa seninya barangkali yang menjadikannya begitu. Dan ini tercermin dalam semua karyanya yang manusiawi sifatnya, malah mendobrak sempadan politik dan geografi. Pencerminan sensitivitinya itu turut dapat dilihat dalam banyak warkah, perutusan dan tutur katanya baik yang rasmi mahupun yang tidak. Kerana sesnitiviti dan kemanusiaannya itulah Allahyarham saya anggap tempat meluahkan rasa hati Pernah saya tulis surat kepada Allahyarham dari Bandung pada tahun 1978. Saya menulis “saudara adalah bapa penasihat buat saya selama ini, maka ada baiknya saya meluahkan perasaan saya ini. Barangkali setelah mengungkapkannya saya akan kembali  tenang dan paling tidak malam nanti saya akan tidur lena.”

 

Beginilah selalunya saya berkomunikasi dengan Allahyarham, baik yang ada kaitannya dengan masalah  kerja atau pun peribadi. Allahyarham memberikan masanya untuk menjadi “pendengar setia.” Misalnya, satu petang lama setelah waktu pejabat Allahyarham memanggil saya ke bilik pejabatnya di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Allahyarham bertanya apakah saya sedang menghadapi masalah. Katanya, “You kelihatan tidak tenang dan apa yang you tulis untuk ruangan Pita Sastera, majalah Dewan Sastera ini tidak bagus.”  Allahyarham menunjukkan skrip yang masih belum dihantar ke percetakan.

 

Lalu Allahyarham bercerita tentang seorang panarik beca. Katanya “Kita mungkin tidak tahu setiap kali penarik beca itu mengayuh basikalnya, dia sebenarnya sedang memikirkan masalahnya juga. Apakah dapurnya akan berasap petang itu atau apakah dia sudah membeli buku anak-anaknya. Segala macam masalah. Tapi dia terus bekerja, mengayuh becanya. Kerana itulah periuk nasinya.” Kira-kira begitulah kata-katanya dan Allahyarham menyerahkan kepada saya untuk mencari iktibar daripada cerita tentang penarik becanya itu.

 

Be the first to start a conversation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: