Atang Shamsuddin Sarjana Komunikasi Dari Padjadjaran

CATATAN A.F.YASSIN

Bila Wartawan Membuat Laporan Sebebas-bebasnya.

Atang Syamsuddin, seorang pensyarah ilmu Komuniaksi di salah sebuah universiti berprestij di Indonesia. Pengkhususannya adalan dalam bidang kewartawanan. Ahad lalu, Atang  berkunjung ke Kuala Lumpur selama seminggu untuk dua tujuan. Pertama dia menghantar anak keempatnya, bernama Puteri belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Puteri baru sahaja selesai melaksana tugas amalinya selama tiga bulan di Bandung. Puteri kini mendaftar sebagai pelajar tahun akhir dalam bidang kimia teknik.

Kedua, Atang mahu belajar lagi. Dalam usia 60 tahun dia kini sedang belajar lagi dalam bidang komunikasi (kewartawanan) di pringkat doktor falsafah. Ijazah Sarjana Kewartawanan diraihnya di salah sebuah universiti di Australia pada tahun 1967. Ketika itu usianya masih muda belia, belum kahwin. Dan kini, 36 tahun kemudian, setelah mempunyai empat orang anak dia inginbelajar lagi. Katanya, “saya masih punya lima tahun lagi menjadi tenaga pengajar. Jadi pada kesempatan ini saya mahu penuhi ambisi saya, memiliki PhD dalam bidang komunikasi, seperti halnya isteri saya yang sudah berpredikat doktor sejak lima tahun dahulu.”

Pengalaman mengajar selama lebih 38 tahun menjadikannya salah seorang anggota komuniti akademik yang paling disegani, terutama dalam bidang kewartawanan di negara jiran. Antara jawatan yang disandangnya ialah Timbalan Dekan Fakulti Ilmu Konumikasi selama beberapa tahun. Malah di Malaysia ramai bekas pelajarnya yang masih menjalin hubungan dengannya, antaranya Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’Seri Dr Sulaiman Mohamad, Ketua Polis Kedah, Dato’ Supiah Mat, Pengurus Besar Aset Keretapi Tanah Melayu, Ismail Hamzah dan bekas Pengarah Penerangan Negri Pahang, Razali Aziz dan pensyarah komunikasi di UiTM, Prof. Dr Bukhory Ismail.

Sekilas pandang, wajah Atang mirip wajah Menteri Besar Kedah yang berketurunan  Syed itu. Malah dalam pertemuan singkatnya dengan beberapa orang wartawan di Utusan Melayu Rabu lalu, secara berjenaka Atang dikatakan dikaitkan dengan menteri besar itu. Dan tidak mungkin kedua-dua tokoh itu punya kaitan apa-apa kerana Atang orang Sunda totok. Bahasa Indonesianya kuat dipengaruhi oleh slanga Sundanya.

Menurut Atang kunjungannya ke Kuala Lumpur kali ini “sambil menyelam sambil minum.” Kunjunganya ke Utusan Melayu adalah dalam rangka penelitian secara tidak formal untuk mendapatkan maklumat tambahan. Dia mula mengumpul bahan sebelum menggarap tesisnya. Katanya, “Kebetulan saya ke sini maka saya ambil kesempatan. Permasalahan dalam tesisi saya nanti ialah pemilihan berita sebelum ia disiarkan dalam suratkabar.”

Ini satu kajian bandingan. Atang amat tertarik untuk mengkaji bidang persuratkhabaran di Malaysia. Sistem politik yang berbeza antara dua negara memungkinkan wujudnya kebebasan media yang berbeza pula. Hal begini memberinya peluang untuk melihat lebih mendalam faktor-fakyor yang mwwujudkan perbezaan itu. Pertanyaanya selalu tertumpu kepada masalah saringan dan pemilihan berita. Siapa yang menentukan “story” mana yang dipakai dan mana yang tidak? Sejauh mana penglibatan pemilik suratkabar, misalnya dalam penyiaran berita? Dan di Malaysia siapa pemilik suratkabar? Apakah wawasan pemiliknya selari dengan wawasan pemerintah yang berkuasa?

Menurutnya, amat malang, dunia persuratkabaran di Indonesia berada di persimpangan. Kebebasan akhbar yang diperjuangkan kini  berada pada tahap sebebas-bebasnya. Akibatnya ia dimanipulasi 100 persen oleh pemiliknya. Pemerintah tidak lagi “mampu” mengawal kerana peraturan dan ketentuan yang ada telah pun dimansuhkan. Kementerian Penerangan yang satu masa memainkan peranan penting dakam sistem persuratkhabaran negara itu tidak lagi wujud. Siapa sahaja mahu menerbitkan akhbar, silakan! Tidak perlu izin siapa-siapa. Presiden pun tidak berkuasa menentukan arah tuju sesebuah akhbar.

Di kalangan orang suratkabar sendiri, sistem kawalan melalui Dewan Pers dan etika kewartawanannya telah lama tidak berfungsi. Kata Atang, “Dewan Pers hanya tinggal nama. Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) yang dahulunya utuh, kini sudah berpecah. Paling sedikit ada 30 persatuan wartawan di Indonesia hari ini.”

Kebebasan menubuhkan persatuan, kebebasan melaporkan apa sahaja dan kebebasan menerbitkan akhbar oleh sesiap sahaja menjadikan dunia persuratkhabaran di negara jiran itu anarkik. Tidak ada lagi sistem kawalan yang meletakkan media di Indoenesia di tempatnya yang wajar. Masyarakat rata-rata tidak dapat mempercayai lagi apa yang disiarkan dalam akhbar. Jika teori akhbar yang menuntut ketepatan dan kebenaran hendak dipakai, maka pembaca akan bercelaru untuk memilih mana satu yang tepat dan benar dalam ratusan berita tentang peristiwa yang sama.

Atang menyalahkan  sistem reformasi yang meruntuhkan rejim lama Presiden Soeharto pada akhir tahun 1980an dahulu sebagai biang keladi terjadinya keruntuhan sistem media. Atang melihat anarki media dan perkembangan selanjutnya dalam beberapa tahun yang akan datang mempunyai risiko tinggi terhadap kelangsungan hidup persuratkabaran di Indonesia. Katanya, struktur organisasi yang begitu kukuh dan dibina sejak puluhan tahun dahulu “hampir roboh akibat barah reformasi politik tanpa hujung pangkal.”

Pesan tersirat daripada analisis Atang tentang media Indonesia hari ini ialah media menjadi mangsa dalam sebarang perubahan politik yang datang mendadak. Di samping itu kebebasan mutlak yang sedang dirasakan di negara jiran itu sebenarnya tidak banyak membantu memperkasa sistem medianya. Pengalaman Indonesia setelah gerakan reformasi memperlihatkan kebebasan mutlak dan demokrasai ala Barat (baca: Amerika) masih lagi merupakan utopia bagi negara-negara membangun.

Amerika memerlukan lebih 200 tahun untuk membangun demokrasi dan kebebesan bersuara seperti pada tahapnya hari ini. Apakah mungkin Indonesia yang baru 58 tahun berdiri sebagai satu bangsa merdeka dapat berbuat demikian hanya untuk memenuhi kehendak beberapa orang sang algojonya. Atang geleng kepala apabila soalan ini diajukan kepadanya. Malaysia bagaimana. Komen Atang menarik untuk difikirkan: “Malaysia kan baru berusia 46 tahun. Tunggu sahaja 154 tahun lagi untuk menjadi seperti  Amerika! Atau 12 tahun lagi untuk menjadi Indonesia yang tidak membangun-membangun!  (Catatan modified on 1 Janury 1998)

3 Responses “Atang Shamsuddin Sarjana Komunikasi Dari Padjadjaran” →
  1. Indeed, a good subject. Thank you sharing was good. I will visit the site often for new articles.

    Reply
  2. These days, a company that does not have a mobile site will simply be unable to reach millions of people who shop online or who use their mobile phone to find a business. It’s simply so convenient for your customers and clients.

    Reply
  3. Thanks! htis is exactly what I was looking for! I never wanted to spring for the.mac account.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: