Detik Cemas Di Ruang Udara Menado

DETIK MENCEMASKAN DI RUANG UDARA MENADO

 

Kapal terbang GA 600, dari Garuda Airlines, jenis DC 10 berlegar-legar di ruang udara Menado Sulawesi Utara selama 20 minit. Ketika itu awan tebal menyelubungi ruang udara seluruh kota Menado yang sesekali kelihatan bagaikan menggamit ratusan penumpang yang ada dalam pesawat itu.

Anggota rombongan Jejak Bahasa, 12 orang semuanya termasuk pengurus Jabatan Dokumentasi, TV3, Zainal Ariffin saling berpandangan. Zainal baru sampai dari Jakarta untuk ikut serta bagi sektor Menado selama 6 hari.

Beberapa ketika sebelumnya sutradara Jejak Bahasa, Mohd Zainal Abdul Rahman dan jurukamera, Mohd Fadri begitu sibuk ke sana ke mari dalam pesawat mencari sudut terbaik untuk membuat penggambaran kota Menado dari udara. Mereka kembali ke tempat masing-masing di minta berbuat demikian oleh pramugari.

Kami hanya sedar yang pesawat tidak dapat mendarat di Lapangan Terbang Samratulangi setelah 2 kali kami melihat pulau gunung berapi yang sama muncul lagi di bawah sana.

”Kita seperti berlegar di ruang sahaja“ kata Zainal. “Nampaknya kapal terbang tak boleh mendarat. Ada ribut barangkali”.

“Tapi saya lihat cuaca elok. Bandar di bawah itu jelasnya”, ujar Haji Alias Yusof, jurufoto Dewan Bahasa dan Pustaka yang baru bersara Disember lalu. Alias juga kelihatan sibuk mengambil gambar kota Menado dari udara sebelumnya. Mulutnya kumat-kamit seperti sedang membaca sesuatu begitu juga halnya dengan beberapa anggota yang lain.

Ketua Ekspedisi, Othman Ismail yang tidak sedap badan dan batuk-batuk sejak sampai di Makasar 13 Januari lalu diam tidak bercakap. Tidak pasti apakah dia sedang tidur atau sedang bergelut melawan rasa kurang sedap badannya seperti biasa dia mengenakan topi birunya. Umumnya keadaan dalam pesawat sunyi sepi. Semua lebih kurang 100 orang penumpang seperti terpaku di tempat duduk masing-masing.

Kapal terbang cuba lagi melakukan pendaratan sebaik sahaja melintasi pulau gunung berapi bagi kali ketiganya. Ia bergoncang beberapa saat ketika melanggar awan tebal. Terdengar beberapa suara jeritan apabila kapal terbang “terhentak” sedikit membuatkan isi perut bagaikan naik ke dada. Suara tangisan seorang anak kecil bertalu-talu mengharukan.

Zainal dan saya saling berpandangan. Fadri yang berada di depan kami memeluk erat kamera tvnya. Suara pengacara Azura Abdul Karim yang biasanya memenuhi di ruang tempat kami duduk, tidak kedengaran lagi. Barangkali Azura juga sedang membaca sesuatu.

Kami lihat ke bawah lagi. Pulau gunung berapi kami lihat lagi, melintasi buat kali kelimanya. Tidak semena-mena kami merasa kapal terbang mendongak ke atas dan mempercepatkan kelajuan.

Juruterbang membuat pengumuman memberitahu kapal terbang tidak dapat mendarat kerana cuaca buruk sehingga dengan demikian kapal terbang akan berpatah balik ke Makasar yang akan memakan masa satu jam.

Kami lapang dada. Lebih baik patah balik daripada cuba mendarat. Saya teringatkan berita kapal terbang terhempas di Lapangan Terbang Pulinesia, beberapa waktu yang laluakibat cuaca buruk, apabila juruterbang cuba melakukan pendaratan. Mujur juga juruterbang pesawat yang kami naiki tidak cuba melakukan “advancer” atau ingin menjadi hero.

Sepanjang penerbangan kembali semula ke Makasar berbagai-bagai fikiran melintas lalu, terutama yang menyangkut kegiatan yang dilakukan di Makasar. Tambahan pula sambutan luar biasa hangatnya dari pihak Universitas Hassanaldin, yang menjadi hos rombongan Jejak Bahasa. Kegiatan diserikan oleh rombongan Ketua Pengarah DBP yang anggotanya terdiri daripada Datuk Rahim Bakar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Rahman Yusof, Pengarah DBP Cawangan Sarawak beserta dua orang pegawainya dan Mohd Kadir, Ketua Bahagian Pra-cetak DBP.

Selama menunggu di Lapangan Terbang Hassanaldin, Makasar sehingga cuaca di Menado membaik saya membelek-belek buku catatan. Cuba mengingat kembali peristiwa yang berlaku selama empat hari penggambaran di kota yang terkenal dengan sejarah raja-raja guanya.

Dr. Najmuldin Abu Safar, Pensyarah Universitas Hassanaldin yang baru sahaja meraih ijazah PHDnya dari Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi orang perantaraan kami di Makasar, ibukota Provinci Sulawesi Selatan. Pada malam kami tiba Dr. Najmuldin bersama Professor Sharifaldin Wahad, Timbalan Naib Canselor Universiti berkenaan untuk bidang pengembangan dan kerjasama berbincang …. dengan rombongan tentang unsur-unsur penggambaran yang akan diambil selama empat hari di kota Makasar yang penduduknya berjumlah dua juta orang.

Selain membuat penggambaran aulan memperkenalkan kota Makasar, rombongan akan mengadakan “mock-up” …. (…….) di fakulti kedoktoran.

Kru TV3 tidak melepaskan peluang merakamkan pertemuan rombongan Ketua Pengarah DBP dengan tokoh-tokoh akademik, sejarahwan, budayawan dan sasterawan Sulawesi Selatan, khususnya Makasar sendiri di Universiti Hassanaldin.

Fokus perbincangan meliputi kebahasaan yang di lihat dari perspektif sejarah dan kebudayaan. Dato’ Rahim dan Haji Aziz senada dalam selama perkenalannya bahawa dialog pagi itu tidak hanya sekadar  “……” tetapi lebih menekankan kepada usaha mencari persamaan dari semua sudut kehidupan, terutama budaya dan persuratan, baik antara etnik Bugis, Makasar mahupun antara etnik-etnik lain dengan di Malaysia Dato’ Rahim, menyatakan, menjelaskan betapa perlunya diwujudkan kesepakatan kerjasama dalam bahasa dan sastera antara Kuala Lumpur dan Makasar.

Katanya bahasa melayu menghadapi cabaran apabila ada kalangan kaum elit, terutamanya, lebih mengutamakan bahasa inggeris, pada era globalisasi. Menurutnya Dewan Bahasa mendokong penggunaan bahasa inggeris jika bahasa itu dapat mempertingkat kemahiran berbahasa inggeris rakyat malaysia.

Dalam pada itu Haji Aziz menekankan pula bahawa “perjuangan kami ialah menjadikan bahasa melayu/indonesia sebagai salah satu bahasa dunia. Bahasa kita merupakan bahasa ke empat terbesar di dunia. Mengikut jumlah menuturnya seramai 250 juta orang”. Haji Aziz pula menjelaskan bahawa satu keazaman politik amat diperlukan sekiranya bahasa melayu ingin dijadikan bahasa komunikasi MASTERA atau Majlis Sastera Nusantara dan MABBIM atau Majlis Bahasa Melayu Brunei, Indonesia dan Malaysia merupakan wadah dan platform untuk meningkatkan kerjasama kebahasaan dan kesasteraan serantau dalam nusantara.

Haji Aziz juga berharap penerbitan karya tempatan dan serantau dari Laos, Kemboja dan Vietnam, misalnya dalam bahasa melayu akan lebih memperluaskan lagi horizon pemikiran dan rasa mesra budaya antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.

Kedua-dua tokoh Dewan Bahasa ini turut menekankan keinginan dan harapan yang sama ketika mengadakan pertemuan dengan tokoh bahasa dan budaya di Balai Bahasa Sulawesi Selatan dan Yayasan Kebudayaan Puncak daripada perbincangan itu ialah acara menandatangani perjanjian persefahaman secara berasingan dengan Balai Bahasa dan Yayasan Kebudayaan Sulawesi Selatan.

Perjanjian ini merangkumi kerjasama dalam bidang penerbitan, latihan dan wisata bahasa. Sebagai permulaan, akan diusahakan penerbitan sebuah antologi puisi karya penyair dari Malaysia Sulawesi dan Kalimantan. Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak akan diberi tanggungjawab menerbitkannya.

Pertemuan di Balai Bahasa sedikit sentimentel dan sesekali emosional beberapa tokoh bahasa dan sastera  Makasar tidak dapat menyembunyikan perasaan terharunya menyambut kedatangan rombongan Dewan Bahasa dan Jejak Bahasa.

Seorang tokoh yang menyebut namanya Mutalib mahu bahasa melayu/indonesia hendaklah digunakan dalam sebarang pertemuan serantau kerana mutalib menganggap penduduk wilayah serantau majoritinya berbahasa melayu. Katanya lagi penerbitan karya orang Sulawesi masih di tahap “mengharapkan simpati” namun “bagi kami dana bukanlah segala-galanya, tetapi semangat untuk mengusahakan”.

Dengan sentimen melayu yang ….. Mutalib menekan bahawa bahasa melayu asalnya dari bahasa orang melayu yang datang ke Makasar berabad yang lalu.

Yang lebih menarik adalah tanggapan seorang peserta yang memperkenalkan dirinya sebagai Ishak. Dia seorang professor. Begitu bersemangat dia apabila berkata “bahasa indonesia itu adalah sebenarnya bahasa moden melayu.

Menurutnya sejak Sulawesi Selatan berubah menjadi provinci autonomi Januari lalu, “kami sudah melihat dasar-dasar autonomi itu membawa aroma melayu yang membugis terutama di Makasar. Ertinya kami kembali memelayukan dan membugisi”. Kurang jelas apa maksud Ishak.

Tambah menarik apabila Ishak berkata, “Yang kita tuturkan ini bukan bahasa Indonesia tetapi Bahasa Melayu Indonesia. Dengan ungkapan ini maka sudah timbul kebersamaan di kalangan kita dalam bahasa, iaitu adanya bahasa melayu indonesia, ada bahasa melayu malaysia, ada bahasa melayu singapura dan dan bahasa melayu brunei. Kebersamaannya adalah istilah bahasa melayu itu”. Ishak menekan jua peri pentingnya diadakan pertukaran karya sastera kerana di makin, “kita mendekati diri kita sebagai bangsa melayu”.

Seorang tokoh bahasa Makasar, Bustamin namanya, mencadangkan agar Dewan Bahasa memberi peluang kepada pegawai Balai Bahasa Sulawesi Selatan berlatih di Dewan Bahasa Kuala Lumpur. Katanya, “kita masih tertinggal dalam semua bidang pembangunan bahasa dan dengan adanya latihan seumpama itu maka pegawai bahasa kami akan meningkatkan pengurusan bahasa”. Haji Aziz menganggap positif cadangan Bustamin. Rombongan Jejak Bahasa mengadakan acara berasingan. Ketika pertemuan berlangsung rombongan makamalam di restoran masakan jawa berdekatan Pantai Esplande Menado.

Zainal arifin Pengurus Bahagian Dokumentari TV3 dan pengacara Jejak Rasul, yang menyertai rombongan di Menado melahirkan rasa puas hati dengan hasil penggambaran kru Jejak Bahasa di kota ini. Katanya banyak elemen bagus yang akan menjadi dan tarikan kepada program Jejak Bahasa. Dia sendiri memuji daya tarikan kota Menado. Saya tidak pasti daya tarikan apa yang dipuji Zainal.

Kerana dia berkata secara umum. Barangkali terlintas juga dalam hatinya tentang keindahan suasana kota, tidak tidak terkecuali wajah menawan kaum femininnya.

Saya teringat kata-kata seorang hos Jejak Bahasa di Jakarta, Tati. “Kalau nanti berada di Menado, bapak-bapak semua diharap tidak tergoda dengan kecantikan cewek-ceweknya,” kata Tati bercanda. Wajah Maria Menado dan arwah Normadiah seperti membayangi kami di kota Menado. Sungguh!

Menado, 23 Januari 2001.

 

6 Responses “Detik Cemas Di Ruang Udara Menado” →
  1. Exceptionally interesting thank you, It is my opinion your audience might possibly want a good deal more stories like this keep up the great effort.

    Reply
  2. There are some fascinating deadlines in this article however I don’t know if I see all of them center to heart. There is some validity but I’ll take hold opinion till I look into it further. Good article , thanks and we wish extra! Added to FeedBurner as properly

    Reply

  3. Luther Willaims

    April 3, 2012

    it’s nice to know that there are workarounds to the iweb restriction. I have to be honest. Because of the publishing limitation imposed by iweb I resorted to using wordpress to do so. Even though I love iweb, and the awesome user interface. I needed a universal platform to blog from wherever so I had to leave iweb behind.

    Reply
  4. Uuhm looks good! Take a look at my blog if you want. Maybe we can follow each other?

    Reply
  5. Hi Jason, you’ve got a bad link to the Webmaster Tools.

    Reply
1 Trackback For This Post
  1. Fish Oil Benefits

    Learn More…

    […]bookmarked!!, I love your blog![…]…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: