Rembau Dan Sejarahnya Terjemahan Abbas Ali

REMBAU, SEJARAH DAN  PERLEMBAGAAN

(Terbitan Edisi Rumi)

 

Nama : Rembau, Sejarah dan Perlembagaan

Terjemahan & Padanan : Abbas Bin Haji Ali

Tahun terbit : 1953 (Edisi Jawi)

 

Buku ini diterjemah, dipinda dan dpadankan oleh Abbas bin Haji Ali, Guru Kanan di sekolah menengah King George V, Seremban. Cikgu Abbas berasal dari Chengkau, Negeri Sembilan. Buku ini dipadankan daripada karangan C.W.C Parr dan W.H. Mackerry yang tersiar dalam jurnal Straits Branch Roral Asiatic Society, Bilangan 56, December tahun 1910 dan dikeluarkan oleh Jabatan Undang Dan Perlembagaan Adat dan Istiadat Melayu Rembau.

 

Buku ini menggambarkan sejarah pentadbiran dan sistem Adat Perpatih di Rembau. Tujuan buku ini diterbitkan semula dalam versi Rumi adalah untuk melihat konsep, falsafah dan pelaksanaan adat ini dengan segala keunikan dan keistimewaannya. Juga buku ini ingin menunjukkan kepada masyarakat umum, terutama golongan muda dari negeri beradat itu bahawa adat yang dibawa dari Tanah Minangkabau (Sumatera Barat) sejak 350 tahun dahulu begitu serasi dan berjaya meningkatkan tahak tamadun penduduk Rembau, khususnya dan Negeri Sembilan amnya. Sejarah yang dipaparkan dalam buku ini mengikat erat hbungan antara penduduk Rembau dengan masyarakat zaman lampau yang berpusat di Melaka dan kemudian berhijrah ke Johor.

 

Buku ini juga akan meninjau  bagaimana negeri ini telah maju dan mempunyai peradaban dan kebudayaan , semenjak runtuhnya  Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511. Para warga Rembau menghormati dan memandang undang-undang dan adat mereka. Bagi mereka  adat dan undang-undang  berjalan bagaikan “membujur lalu, melintang patah”  yang membawa erti adat tetap berjalan lurus mengikut matlamatnya. Seperti kata orang tua-tua, “Biar mati anak, asalkan jangan mati adat.” Falsah perbilangan ini memberi kesan yang mendalam. Secara harafiahnya sahaja, jika anak hidup tapi tidak mahu mengikut adat dan undang-undang, maka dia tidak akan dihargai dan dihormati.

 

Menurut pengkaji adat perpatih, Norhalim Bin Haji Ibrahim Adat Perpatuh yang berasal dari Minangkabau itu disesuaikan dengan adat dan peraturan tempatan. Sistem matriakal yang ditunjangi adat itu kebetulan bersamaan dengan amalan matriakal orang tempatan. Hal ini menyebabkan adat ini semakin dirasakan sesuai dengan jiwa dan kehidupan orang tempatan yang menerima persemendaan dengan perantau-perantau dari Alam Minangkabau.

 

Buku ini asalnya diterbtkan dalam rulisan Jawi. Tujuan penterjemah yang diwakili warisnya meminta buku ini diterbitkan semula dalam versi Rumi untuk mengelak daripada tuduhan bahawa adat itu kononnya tidak relevan dan bersalahan dengan hukum syarak zaman ini. Dalam Kata Pengantarnya, Cikgu Abbas  menulis, “Pada masa yang akhir ini, didapati selalu benar menjadi perbincangan di dalam surat-surat khabar tempatan dengan berbagai fikiran dan tuduhan didatangkan oleh penulis-penulisnya, mengatakan pada beberapa perkara, maka adat ini adalah kononnya telah tidak berseusian lagi dengan zaman sekarang.”

 

Adalah diharapkan, dengan terbitnya versi ejaan Rumi, buku ini akan mampu menyelesaikan isu berbangkit seperti yang dikatakan Cikgu Abbas dan memperbetul pandangan serong rakyat Malaysia, amnya dan warga Negeri Sembilan khasnya terhadap sistem, sejarah dan Adat Perpatih ini.

 

Waris penterjemah telah membri keizinan untuk menerbitkan semula buku ini dan adalah dengan ini dicadangkan juga agar ahli warisnya diberikan ganjaran sama ada dalam bentuk sagu hati atau royalti. Untuk makluman bahawa saya adalah anak saudara (keponakan) kepada Cikgu Abbas bin Ali. Cikgu Abbas (Allahyarham) berkahwin dengan ibu saudara saya dari sebelah ayah.

 

Kandungan buku:

 

Bab 1 : Sejarah Pentadbiran dan Adat Rembau

Bab 2 : Struktur Adat Berdasarkan Raja, Undang, Lembaga, Ibu Bapa dan

Orang Besar, termasuk Suku.

Bab 3 :  Harta Pesaka

Bab 4 : Perkahwinan dan Perceraian

Lampiran :

  1. Perbilangan adat
  2. Senarai Undang
  3. Perlembagaan
  4. Senarai Pentadbir Suku
  5. Senarai Juak Hulubalang Undang
  6. Istiadat Mengurus Pengkebumian Undang
  7. Adat Menghulur Cincin (Review modified on 25 December 2006).
7 Responses “Rembau Dan Sejarahnya Terjemahan Abbas Ali” →
  1. Saya nak mengucapkan terima kasih terhadap info di atas.
    Untuk maklumat En. Afyassin, saya adalah salah seorang daripada cucu arwah Hj. Abbas

    Reply

  2. Shamly Bin Shahrin

    October 24, 2011

    Ribuan terima kasih kepada saudara Afyassin di atas usaha anda. Semoga apa yang di harapkan dapat di laksanakan dengan jayanya.

    Yg Benar,
    Shamly Shahrin
    ( Cucu Arwah Hj. Abbas )

    Reply
  3. Saya,kakak saya(yang tertulis diatas) serta keluarga sekali lagi mengucapkan terima kasih
    Yg benar,
    (Cucu arwah Abbas bapa kepada Abdullah)

    Reply
  4. Saya,kakak saya(yang tertulis diatas) serta keluarga sekali lagi mengucapkan terima kasih
    Yg benar,
    (Cucu arwah Abbas bapa kepada arwah Abdullah)

    Reply
  5. You actually make it seem so easy along with your presentation but I find this matter to be actually something which I feel I’d never understand. It kind of feels too complicated and very broad for me. I’m having a look ahead to your next put up, I will attempt to get the hang of it!

    Reply
  6. I’m impressed, I must say. Actually

    Reply
  7. Thanks! Really helpful

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: